𝖧𝖠𝖩𝖲 41

1.4K 73 7
                                    

"Mama," panggil Adrian.

Tengku Kalisya yang ralit melihat majalah-majalah di ruang tamu terus mengangkat wajahnya.

Adrian melabuhkan punggung dihadapan ibunya.

"Hah, kamu ni kenapa ?" soal Tengku Kalisya.

Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hmm, sebenarnya..."

Tengku Kalisya mengerutkan dahinya. Apa kena dengan anak kedua aku ni ?

"Sebenarnya ?"

"Ermm... boleh tak Ad nak bawa Ayrose pindah rumah kitorang. Ad ada beli rumah untuk kitorang," kata Adrian perlahan.

Takut ibunya berkecil hati pula.

Tiba-tiba Tengku Kalisya tertawa. Itu jer , ke ?

"Lah, kamu ni. Benda tu ke kamu nak bagitau mama ? Aishh, apa yang tak bolehnya. Dia kan isteri kamu," kata Tengku Kalisya dengan sisa tawanya.

Adrian tersengih.

"Bukan apa, takut mama kecil hati. Ingat Ad nak keluar rumah ni sebab lain ke," jujur Adrian.

Tengku Kalisya tersenyum memandang anaknya.

"Takde lah. Mama faham, kamu kan pengantin baru. Harus lah ada privacy gitu," gurau Tengku Kalisya.

Terhambur tawa dua beranak itu di ruang tamu.

Sementara di dapur, Ayrose pelik mendengar suara gelak tawa dari ruang tamu. Apa lah yang lawak sangat tu ?

"Mama, hubby, gelak apa tu ?" Ayrose menatang dulang berisi teh dan kuih bunga pudak sebagai minum petang mereka.

"Eh Rose," tegur Tengku Kalisya apabila terperasan menantunya.

Ayrose meletakkan dulang tadi di atas meja lalu melabuhkan punggung di sebelah mertuanya.

"Takde lah. Ad ni, dia nak bawa kamu pindah. Ada ke dia takut tanya mama ?" kata Tengku Kalisya apabila terkenangkan raut wajah anaknya tadi.

Ayrose tergelak kecil.

Adrian di hadapannya sudah mencebik.

"Hmm, takut mama terasa," tambah Ayrose.

Tengku Kalisya menggeleng.

"Takdenya mama nak terasa. Yang penting, bagi mama cucu," sakat Tengku Kalisya.

"In Syaa Allah, kalau ada rezeki," jawab Ayrose.

Bibir Adrian mengukir senyuman nakal.

"Mama jangan risau, itu Ad akan pastikan," sampuk Adrian tiba-tiba.

Membuntang mata Ayrose memandang suaminya. Ni kalau dekat, memang dapat ketam lah !

"Kamu ni, bab-bab ni laju jer, kan ? Tu, papa kamu dah bising kerja kat office tu banyak," Tengku Kalisya mengubah topik.

Adrian mencebik kembali.

"Nanti lah, Ad kan tengah cuti," Adrian bersandar pada sofa.

Tengku Kalisya menjeling anaknya.

"Cuti, cuti, sebelum ni tak cuti pun tak masuk office," kata Tengku Kalisya.

Adrian buat-buat tak dengar. Malas betul nak masuk office !

Walaupun ayahnya seorang pengetua, tetapi Tengku Andri berjaya membina beberapa syarikat di sekitar Malaysia. Dan salah satunya diamanahkan kepada Adrian.

"Ni Rose, kamu buat kuih apa ni ?" soal Tengku Kalisya apabila melihat bentuk kuihnya yang pelik.

Ayrose mencapai piring di dalam dulang itu.

"Ini namanya kuih bunga pudak," jawab Ayrose.

Berkerut dahi Tengku Kalisya dan Adrian.

"Kuih bunga pudak ?"

Ayrose mengangguk dan tersenyum.

"Iye, nak rasa ? Kuih ni sedap tau. Ni kuih tradisional Kedah," tambah Ayrose lagi.

Ayrose memberikan mertuanya satu kuih bunga pudak.

Tengku Kalisya memakannya dengan lafaz bismillah.

"Ermm, boleh tahan sedap. Pandai Rose buat kuih," puji Tengku Kalisya.

Ayrose tersenyum malu. Pandangan dialihkan pada si suami.

"Hubby nak ?" hulur Ayrose.

Adrian kelihatan teragak-agak.

Sememangnya Adrian seorang yang susah mencuba benda baharu. Baginya, belum tentu ianya kena dengan selera.

"Rasa lah, rugi tak rasa," pujuk Ayrose lagi.

Akhirnya Adrian akur. Dia mengambil satu kuih dari huluran isterinya.

"Macam mana, sedap tak ?" soal Ayrose teruja.

"Hmm, sedap !"

Ayrose tersenyum suka melihat Adrian yang kelihatan teruja. Nasib dia buat lebih...

Bunyi phone berdering menyentakkan lamunan Ayrose. iPhone 10+ milik Tengku Kalisya berdering minta diangkat.

"Jap, mama jawap call," Tengku Kalisya bergerak ke luar rumah.

Adrian terus menghampiri isterinya dan bersandar pada badan Ayrose.

"Honey..." Adrian mula merengek.

Ayrose memandang suaminya. Ni nak apa pula ni ?

"Iye ?"

Adrian menguis-nguis hujung bajunya.

"Malam ni kan, hubby tak nak makan nasi," adu Adrian.

"Dah tu ? Nak makan apa ?" soal Ayrose pelik.

"Makan jer apa yang honey masak," jawab Adrian polos.

Ayrose berfikir sebentar.

"Laksa ?"

"Boleh jer,"

Ayrose mengukir senyuman. Dah lama juga dia tak makan laksa.

Malam ni, nak masak laksa Kedah lah !

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now