"Settle dah semua ?"
"Dah !"
Adrian tersenyum teruja. Finally !
"Okay Am, ni nanti Am suruh kakak pakai. Pastikan dia pakai yang ni tau. Semua dah ada dalam ni. Dress, heels, shawl, perfume. Completed !" Adrian menyerahkan sebuah kotak kepada Amsyar.
"Yes, sir !"
Masing-masing pun mula beredar ke tempatnya untuk melaksanakan tugas mereka. Sementara Amsyar pulang ke biliknya.
Tok Tok
Klekk
Amsyar memulas tombol pintu bilik itu. Kelihatan kakaknya yang sedang menonton televisyen.
"Kakak,"
Mata Ayrose teralih pula pada pintu utama. Amsyar masuk bersama kotak di tangannya.
"Hmm ? Kotak apa tu ?" soal Ayrose ingin tahu.
Amsyar tersenyum sebelum meletakkan kotak itu di atas meja berhadapan kakaknya.
"Abang Ad kata, malam ni ada event, kena pakai cantik-cantik. So, ini pakaian yang akak kena pakai," terang Amsyar.
"Event ? Event apa ? Akak tak tahu pun..." Ayrose bersuara seolah berjauh hati.
Amsyar mengangkat bahunya.
"Am pun taktau lah. Ni semua Abang Ad yang suruh. Dia kata event tu kawan dia yang ajak datang. Segan lah kalau datang sorang. Tu yang dia ajak kita," tipu Amsyar.
Alah, tipu sunat takpe kan ?
Ni demi kebaikan kakaknya juga.
Ayrose mencapai kotak yang diberi oleh Amsyar tadi. Terpampang sehelai stciky note dihadapan kotak.
𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐬𝐮𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐥𝐨𝐨𝐤 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐭𝐨𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭 . 𝐓𝐨𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐬𝐭 𝐡𝐢𝐬𝐭𝐨𝐫𝐢𝐜 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐢𝐧𝐠𝐟𝐮𝐥 𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐲𝐨𝐮 . 𝐀𝐧𝐝 𝐈 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐬𝐮𝐫𝐞 𝐢𝐭 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐮𝐬 ❤️🌹
𝐒𝐢𝐧𝐜𝐞𝐫𝐞𝐥𝐲 ,
𝒜𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃 ♡︎Pelbagai persoalan bermain di minda Ayrose. Namun dia diamkan dahulu.
Dikeluarkan satu persatu barangan yang ada di dalam kotak tersebut.
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasíaBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...