Semasa kelas Pendidikan Jasmani, semua murid perlu turun ke padang. Cikgu Hafizan telah menunggu kami.
Aku menyusun buku ke dalam beg dan menutup lampu serta kipas kerana aku adalah orang terakhir turun.
"Hah Rose," tegur Cikgu Asyraf.
"Eh, Cikgu ?" soalku terkejut.
Cikgu Asyraf mewakili cikgu bola keranjang wakil sekolah.
"Rose, harini Cikgu Asyraf nak pinjam budak bola keranjang. Yang terlibat boleh pergi," putus Cikgu Hafizan.
Aku sekadar mengangguk.
"Baik, terima kasih cikgu,"
Cikgu Hafizan tersenyum dan mengangguk.
Da bahagian sebelah kanan padang, murid-murid menengah atas yang terlibat dengan bola keranjang sedang berkumpul. Untuk Tingkatan 5, semuanya ada di padang kerana mereka waktu PJ juga.
"Assalamualaikum semua,"
"Waalaikummussalam, cikgu !"
"Baik, harini kita akan practice bola keranjang. Kita ada pertandingan, dan yang terbaik akan dipilih. Macam biasa, Rose akan menjadi kapten," ucap Cikgu Asyraf.
Aku yang berdiri di sebelahnya sekadar mengangguk.
"Cikgu, kenapa setiap tahun Rose, eh ?"
"Haah, takde yang lain, ke ?"
"Best sangat ke cara Rose main ?"
"Entah, asyik dia jer..."
Rata-rata pelajar mula merungut. Asyik dahulukan ketua pengawas tu !
"Sebab dia hebat. Kamu semua tak pernah pun tengok dia main, kan ? Sekarang, biar Rose tunjukkan betapa hebatnya dia main sehingga saya boleh pilih dia," ucap Cikgu Asyraf.
Tidak terlupa, Adrian, Zayyan, Syafi, Adam, Aakif, Ayyan, Ayyen dan Melissa turut serta. Mereka sememangnya pandai bermain bola keranjang kecuali si Melissa. Dia hanya ikut sahaja kerana ada Adrian.
"Boys, boleh ambil posisi. Rose," arah Cikgu Aysraf.
Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.
"Cikgu, why boys tu kena main dengan Rose ? Takde perempuan dah, ke ?" soal Camelia sinis.
"Itu salah satu keistimewaannya. Awak duduk jer dulu, dan tengok," balas Cikgu Asyraf.
Masing-masing mula mengambil tempat di dalam gelanggang. Cikgu Asyraf mengambil bola lalu diberi kepada Iqmal sebagai pemula.
PRITT
Bola diberi kepada Amzar. Amzar melantunkan bola menuju ke tiang gol. Kemudian ianya diberikan pula pada Zarith.
"Zarith !"
Zarith melantunkan bola beberapa kali sebelum berlari betul-betul ke arah tiang gol kanan. Dia melompat dan membaling bola ke arah jaring gol.
PAKK
Bola tadi melantun keluar. Ianya seperti ditepis seseorang tetapi tidak jelas siapa yang menepis. Tidak seorang pun melihat siapa yang menepis. Mereka tercengang.
Bola yang hampir keluar itu ditarik semula ke dalam dan dibawa ke arah jaring gol sebelah kiri pula.
"Gotcha !"
Aku berlari sambil melantun bola ke arah jaring gol sebelah kiri. Aku melompat dan menjaringkan bola tadi.
PRITT PRITT
Aku menghembus nafas lelah. Bak kata Acha, capek !
"0-1,"
Round two ")
PRITT
Bola yang dilantun oleh Zack diberi kepada Eiman. Eiman mengacah bola dihadapan Syahril dan bertindak memberi pada Hakim.
Namun tidak sempat diberi pada Hakim, Farish merampas bola itu.
"Syahril !"
Farish membaling bola pada Syahril. Syahril mengambilnya dan terus melantun ke arah jaring gol kanan.
Syahril ingin memberi bola tadi kepada Zarith kerana dia yang paling dekat dengan gol dan sudah bersedia.
"Zarith !"
Aku melompat dan mengambil bola tadi lalu berlari ke arah jaring gol kiri. Dengan sekali jaringan, terus gol.
PRITT PRITT
Skip beberapa game<3
"Huh," aku melepaskan ikatan rambut.
Air di botol aku capai lalu meneguk rakus. Peluh dilap menggunakan kain kecil.
"Jadi kamu semua nampak kan tadi ? Macam mana Rose main ?" soal Cikgu Asyraf.
Masing-masing menganguk.
"Rose ni cari main dia kasar, tapi bukan main tipu. Cuma dia jenis main kasar. Budak-budak lelaki ni, dah biasa kena balun dengan Rose tu," sempat Cikgu Asyraf memerli.
Lelaki-lelaki tadi memandang Cikgu Asyraf tidak puas hati. Uihh, boleh jatuh saham kami, cikgu !
Cikgu Asyraf tergelak kecil.
"Rose ni, 172 cm tinggi dia, tapi dia boleh buat macam tu. Jadi, saya harap kamu semua boleh belajar daripada Rose," pesan Cikgu Asyraf.
"Apa ?!"
Terbuntang mata mereka mendengar bila cikgu menyebut tinggi Ayrose.
"Kenapa kamu jerit ni, terkejut saya," Cikgu Asyraf mengurut dadanya.
"Rose 172cm ?"
"Lelaki pun ada yang 170 cm au..."
"172 ? Aku un baru 168..."
"Serius ke cikgu Rose 172 cm tinggi dia ?"
Bertubi-tubi soalan dihadiahkan kepada Cikgu Asyraf.
"Saya serius lah. Dah, dah, jom kita latihan. Haih, membawang tengah panas macam ni," kata Cikgu Asyraf.
Aku mengikat semula rambutku dan air mineral diletakkan di tepi dinding.
"Pandai kau main ?"
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...