"Takpe, biarkan..."
"Mana boleh ! Kakak tak salah kot !" bentak Ayyan.
Api kemarahannya semakin marak apabila Ayrose tidak mengambil peduli tindakan yang dikenekan padanya walhal dia tidak bersalah.
Aku mengambil tangan Ayyan dan mengusap lembut.
"Arwah ibu pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Biar Allah yang balas segalanya. Kita doakan semoga dia diberi hidayah dan petunjuk," aku tersenyum lemah.
Ayyan sedikit tersentuh dengan kata-kata Ayrose. Dia mengambil tempat duduk di sebelah katil Ayrose dan membelai rambut adik perempuannya itu.
"Haih, macam mana lah kakak boleh sabar ? Orang dah khianat kot," gumam Ayyan.
"Hidup ni ada ujian dan dugaan. Kita kena sentiasa sabar dan syukur. Bersabar lah selagi boleh," tambahku lagi.
Ayyan mengusap perlahan tangan Ayrose dan mengucupnya. Syukur dia dikurniakan adik yang penyabar.
✨✨✨
Sedang asyik aku termenung memandang siling, bunyi pintu bilik dibuka memecah kesunyian. Bunyi derapan tapak kaki menghampiri katil kedengaran.
Melissa tersenyum sinis. Dipandang wajah kosong Ayrose dengan pandangan puas.
"Rose, Rose," Melissa mendekati katil Ayrose.
Aku sekadar membatukan diri.
"I dah cakap, jangan pernah ganggu boyfriend I, but apa you buat ? So, terima lah akibatnya. Pandai buat, pandai tanggung," ucap Melissa dengan sinis.
Melissa masih marah akan kejadian tempoh hari hingga menyebabkan Ayrose terlantar di hospital.
"Yelah Mel. Aku minta maaf, sebab ganggu 'boyfriend' kau. Aku takde niat nak ganggu hubungan korang. Lepas ni, kalau aku ganggu lagi, aku minta maaf. Kalau kau nak cederakan aku pun, aku tahu sebab apa," tanpa dipinta, air mata mengalir bersama senyuman palsu.
Melissa merengus geram. Dia rasa disindir !
"You ! Kalau you berani ganggu boyfriend I lagi, silap-silap terus masuk kubur I bawa. Remember Mutiara Ayrose, Tengku Adrian Haikal is mine ! Mine forever !" bidas Melissa.
BAMM
Pintu bilik dihempas kasar. Suasana hospital menjadi sunyi sebentar. Nasib si Melissa tak dikira orang gila.
Kalau tak, mungkin dah dimasukkan ke Tanjung Rambutan sana-
Aku memicit sedikit di bahagian pelipis. Pening betul lah minah sorang ni !
✨✨✨
"Papa, kenapa Rose yang kena gantung ? Papa pun tahu kan, Mel yang salah ? Ramai saksi kot," bangkang Adrian lagi.
Sudah banyak kali dia bantah, alasannya tetap sama. Tapi dia tak kira, tetap nak bantah juga !
"Berapa kali Papa nak cakap, ini semua untuk kebaikan syarikat Papa juga. Kalau Papa gantung sekolah Mel tu, Dato' Naim akan batalkan kontrak kami," beritahu Tengku Andri.
Adrian merengus geram.
"Syarikat, syarikat, syarikat. Tu je yang Papa tahu. Tapi Papa tak pernah pun nak bagi duit belanja ke, duit beli barang dapur ke. Kenapa Abang Ian yang kena kerja ?
Abang Ian tu pun belajar juga lah, Papa. Dia tiap-tiap bulan tak pernah miss bagi duit dekat Ad dengan Mama. Kadang tu rasa serba salah. Mana dia nak tanggung perbelanjaan sekolah dia, benda seharian dia, fikirkan Ad dengan Mama dekat rumah ni. Papa tak fikir ke semua tu ?" luah Adrian.
Jujur dia tak mampu menahan air matanya saat ini. Lantak lah bapak dia nak kata dia cengeng sekalipun. Dia tak kira, bila buka jer cerita pasal abang dia, dia rasa sebak.
Tengku Andri mengeluh perlahan. Bingung dibuatnya ?
Tanpa mereka sedar, Tengku Kalisya dan Tengku Arian mendengar semuanya.
CONTINUEZ...
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasíaBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...