"Dah okay, ke ? Sakit kepala lagi tak, sayang ?" soal Adrian.
Ayrose mengangguk dan tersenyum.
"Alhamdulillah, dah okay," jawab Ayrose sambil membetulkan tie suaminya.
"Betul ni ?" soal Adrian lagi.
"Betul," jawab Ayrose.
Ayrose menepuk kot yang dipakai Adrian beberapa kali membuang habuk. Kemudian dia tersenyum memandang suaminya.
"Dah siap !"
Adrian mengucup dahi Ayrose lalu menghampiri katilnya.
Ayrose tersengih.
"Anak Papa buat apa tu, sayang ? Hmm ?" Ayra yang sedang bermain dengan jarinya automatik mengangkat kepala.
"Pa... pa..."
"Iye sayang, Papa ni. Eee, wanginya dia. Geram !" Adrian menggomol pipi tembam Ayra.
Ayra terkekek ketawa sambil menolak wajah papanya.
Adrian terus mendukung Ayra. Sebelah lagi tangannya menggenggam tangan Ayrose.
Nampak tak betapa sweet nya, Adrian ?
Ini lah suami mithali !
Walaupun dah ada anak sekali pun, jangan pernah abaikan isteri. Sebab dia mengandung, bersalin, anak kau juga.
Ayra diberi kepada Ayrose. Merengek-rengek budak tu tak mahu melepaskan papanya.
"Tak boleh, sayang. Papa nak pergi work," halang Ayrose.
Adrian mencubit pipi tembam anaknya.
"Nanti Papa balik kita main lagi, okay sayang ?" pujuk Adrian.
Ayra memandang papanya dengan mata yang berkaca. Nak nangis lah tu.
"Alololo... takmau nangis sayang. Janji nanti balik kita main ye," pujuk Adrian lagi.
Mata Ayra dilap sebelum dia melabuhkan ciuman di pipi anaknya.
"Okay, jaga diri budak kecik, Papa nak work. Jangan naughty and jangan susahkan Mama, okay ?"
Ayra mengangguk seolah-olah mengerti.
"Good girl,"
Adrian beralih ke isterinya.
"Jaga diri, sayang. Kalau sakit kepala lagi, call hubby okay ? Jangan nak biarkan sampai melarat pulak baru nak call," nasihat Adrian.
"Baik. Hubby pun jaga diri," pesan Ayrose.
Adrian tersenyum. Dahi Ayrose dikucup lembut.
"Bye, sayang. Love you both !"
"Bye too, Papa. We love you too !"
Ayrose masuk ke dalam rumah selepas menutup pintu.
Dia memandang Ayra di dalam dukungannya.
"Ayra nak surprise Papa tak ?" Ayrose mengangkat keningnya.
Ayra ketawa dan menepuk-nepuk tangannya tanda 'mahu'.
Laju jer bila sebut pasal Papa dia.
✨✨✨
Adrian memicit kepalanya. Pening.
Tok Tok
"Masuk,"
Seorang lelaki bersama fail di tangannya masuk ke dalam bilik Adrian.
"Bos, Cik Danisha dalam perjalanan ke sini. Bos nak bincang di bilik meeting ke, di bilik bos ?" terang Irsyad formal.
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...