𝖧𝖠𝖩𝖲 66

1.2K 57 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Gotcha ! Mana nak lari, hah ?" Adrian menggomol pipi Ayra Adena, anak sulungnya itu.

"Hubby, bawa Ayra tu sini. Jom makan dulu," panggil Ayrose dari dapur.

"Okay, sayang,"

Adrian mendukung Ayra lalu berjalan ke arah dapur. Terlihat seorang wanita yang bergelar 'ibu' sedang menghidangkan makan malam.

"Ermm, mesti sedap mama masak, kan Ayra ?" soal Adrian pada anaknya.

Ayra ketawa sambil mengangguk seolah dia mengerti apa yang dibicarakan papanya.

"Dah, makan dulu ni," Ayrose menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya dan pinggannya.

Kemudian dia mengambil Ayra dari dukungan Adrian. Ayra diletakkan di kerusi khasnya dan deletakkan semangkuk bubur di hadapannya.

"Mamamm... mmm..." Ayra mengambil sudu di dalam mangkuk itu.

Adrian dan Ayrose tersenyum melihat telatah anak mereka. Tak sangka sekejap jer masa berlalu.

"Mamami gaga tutu..." mulutnya membebel sambil dahinya berkerut.

Ayrose tergelak dan mencapai sudu di tangan Ayra.

"Mamam..."

Sesudu bubur diambil lalu disuakan ke Ayra.

"Eee, comelnya dia," Ayra tersengih sahaja apabila mamanya mencubit pipinya.

"Tengok lah anak siapa," kata Adrian riak.

"Well, anak saya lah tu," tambah Ayrose.

Adrian mencebik.

"Hello, kalau saya tak ada, dia pun tak ada tau," kata Adrian tak mahu kalah.

"Tapi saya yang lahirkan dia," lawan Ayrose.

Adrian memandang tajam ke arah isteriya.

"Fine honey. Sayang menang, hubby kalah," akhirnya Adrian mengalah.

Kalau dah namanya perempuan, lelaki takkan pernah kalah. Lelaki terpaksa mengalah ye.

"Nah, makan kenyang-kenyang ye, sayang mama,"

Adrian mencebik memandang isterinya. Sejak dah ada Ayra, dia kurang dapat perhatian dari Ayrose.

"Honey... suap ?" pinta Adrian manja.

Ayrose memandang suaminya dengan muka hairan.

"Aikk, sakit tangan ke apa ?" soal Ayrose sengaja.

"Alah, boleh lah. Ayra tu boleh pula..." rengek Adrian lagi.

"Tapi-"

"Ingat, isteri kena ikut perintah suami selagi tak melanggar syariat islam,"

Ayrose mengalah dan akur dengan permintaan Adrian.

"Yelah, sayang mama juga ni,"

✨✨✨

Adrian terjaga dari lenanya setelah mendengar bunyi bayi menangis. Dia duduk dan menggosok matanya.

Isterinya di sebelah di pandang. Lena betul dia tidur, penat lah kot.

Adrian bangun dan menghampiri baby coat di hujung bilik.

"Shuhhh... Papa ada ni sayang..." pujuk Adrian sambil menepuk-nepuk bayi itu.

Semakin kuat bunyi tangisan bayi itu.

Adrian check panpers nya, namun masih kosong. Perutnya juga masih ada minyak angin yang disapu sebelum tidur tadi.

Adrian mengeluh. Nak tak nak dia kena kejut Ayrose.

"Honey, honey," badan wanita itu ditepuk.

Ayrose tersedar dan menggosok matanya. Kepalanya sedikit sakit.

"Sorry ganggu honey. Tapi Ayra lapar," pinta Adrian.

Ayrose hanya mengangguk. Bayi itu bertukar tangan.

"Kesian anak mama, lapar ye sayang,"

Adrian tersenyum melihat Ayrose yang sedang menyusukan anaknya itu.

Tapi Adrian, kan ?

Matanya nakal sahaja menyinggah ke dada Ayrose yang terdedah.

Ayrose yang tersedar dia direnung itu mengalihkan wajah ke arah suaminya. Bahu Adrian ditepuk perlahan.

"Hubby jangan gatal sangat, eh ? Saya cucuk mata tu nanti," ugut Ayrose.

Adrian tersengih nakal.

Habis menyusukan Ayra, Adrian mengambil Ayra dari dukungan isterinya dan diletakkan semula di dalam baby coat. Bayi itu didodoi perlahan.

Adrian mengambil tempat di sebelah Ayrose. Wajah pucat isterinya dipandang.

"Honey, okay tak ? Kenapa pucat ni ?" soal Adrian membelek isterinya.

"Saya pening lah..." adu Ayrose manja.

Adrian terus memeluk isterinya. Kepala Ayrose diletakkan di dadanya dan diurut perlahan.

"Hmm..." Ayrose membetulkan posisinya.

Adrian berasa sedikit pelik. Sejak ada Ayra, memang Ayrose kurang bermanja, dah kalau budak tu asyik menangis jer.

Tapi sejak kebelakangan ni, dia manja lain macam. Muka pun selalu pucat.

Takkan mengandung ?

Eh, tak boleh ! Ayra tu baru berapa bulan pun.

Adrian menepuk Ayrose sehingga dia turut terlelap.

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now