𝖧𝖠𝖩𝖲 65

1.3K 59 1
                                    

"Comelnya cucu mama," Tengku Kalisya mendukung cucunya.

Tengku Kalisya datang melawat menantu selepas diberitahu oleh anaknya. Itu pun dia datang lewat sebab jalan jammed.

"Ishh mama ni, anak buah Arian tu yang comel," bantah Arian.

Adrian dan Ayrose sama-sama tergelak.

Tengku Kalisya menjeling anak sulungnya.

"Yang kamu tu, bila nak kahwin ? Adik kamu dah bagi mama cucu. Silap-silap jadi antertu kamu nanti," kata Tengku Kalisya.

"Antertu ?" soal Arian dan Adrian serentak.

Masing-masing tidak faham apa yang diperkatakan oleh Tengku Kalisya.

"Anak teruna tua lah maksud mama," jelas Ayrose.

Melihat kebingungan abang ipar dan suaminya, jelas mereka orang KL original.

"Kan, apa lah diorang ni. Antertu pun taktau. Kalau andartu ?" soal Tengku Kalisya lagi.

"Anak dara tua," jawab Ayrose.

Tersengih Tengku Kalisya dan Ayrose apabila melihat wajab ternganga Arian dan Adrian.

Ni abang borek, adik rintik ni.

"Mama, bila Rose boleh makan nenas ? Dah lama craving..." rengek Ayrose.

"Tunggu lah habis pantang. Dan waktu pantang nanti, ada banyak pantang larang dia. Tak boleh makan itu, tak boleh makan ini," kata Tengku Kalisya.

Ayrose sudah meneguk liur. Susu yang diminum waktu mengandung tu pun seksa, ini kan pula air herba bagai tu.

Eee, cukup lah dia pernah terminum air herba tu yang dia ingat air teh, masa arwah ibu pantang lepas bersalin Amsyar.

"Alah, air herba semua tu tak sedap lah, ma," Ayrose cuba memancing ibu mertuanya.

"Tak sedap tu lah ubat. Kalau nak sihat, kena minum tu semua tu," kata Tengku Kalisya lagi.

Ayrose mengeluh. Masih terngiang rasa air herba yang dia terminum dahulu.

"Takpe lah. Nanti kalau Rose dah habis pantang, mama kopekkan nenas khas untuk menantu mama," kata Tengku Kalisya memujuk menantunya.

Bersinar mata Ayrose memandang mertuanya.

"Kopek ?" sekali lagi Arian dan Adrian menyampuk.

"Mama cakap apa tadi ?" soal Arian memastikan.

Yelah, tantah mama mencarut ke tadi.

"Kopek. Kenapa ?" soal Tengku Kalisya.

"K-kopek ?" Arian dan Adrian berpandangan.

"Haishh, jangan nak otak kotor sangat lah..Mama piat sorang-sorang kang," ugut Tengku Kalisya.

Ayrose tergelak kecil. Lucu dengan gelagat dua beradik ni.

"Kopek tu maksudnya kupas. Ada sesetengah orang panggil kopek," jelas Ayrose tenang.

Tengku Kalisya dan Ayrose tergelak. Ni lah susahnya orang kampung cakap dengan orang KL, semua tak faham !

✨✨✨

Klekk

Adrian membuka pintu utama sebelum memboloskan diri ke dalam. Lampu dan kipas dibuka dahulu.

"Honey, come," panggil Adrian.

Ayrose masuk ke dalam rumah sambil dipimpin oleh Adrian. Bayi perempuan di tangan sebelah kanan Adrian.

"Untuk sementara ni, honey duduk bawah jer dulu. Tak boleh naik atas, selagi honey tak habis pantang," kata Adrian.

Ayrose mencebik memandang suaminya.

"Ala... bila saya boleh tidur atas ? Bosan lah asyik tengok bilik tu jer. Bagi lah saya tidur atas pulak," rengek Ayrose.

"No, honey sayang. Tunggu dah sihat sepenuhnya, baru boleh naik tidur atas balik," terang Adrian.

Ayrose mengangguk pasrah. Biar lah, asalkan dapat tidur suda.

Adrian memimpin isterinya duduk di atas katil.

Bayi itu ditepuk sebelum diletakkan sebelah Ayrose yang sedang duduk.

"Honey lapar tak, sayang ?" soal Adrian mencubit pii tembam Ayrose.

Lepas ni habis kurus lah pipi tembam Ayrose. Tambah pula ada Ayra Adena tu, dia pun habis jadi mangsa.

"Lapar, tapi nak bubur jer. Hubby masak lah. Yeh tak ?" soal Ayrose comel.

Adrian mencubit dan mengucup pipi tembam isterinya.

"Eee, kenapa comel sangat ni ? Mesti lah boleh," jawab Adrian.

"Okay, thank you. Sayang awak !" pipi Adrian dikucup sekilas.

Senyumannya bertukar senyuman nakal.

"Nak lagi,"

"Apa ?"

Pipinya disua dan ditunjuk.

Ayrose mengucup pipi Adrian sekali lagi.

"Okay, hubby pergi masak bubur dulu,"

Sebelum keluar, Adrian sempat mengucup kening isterinya.

Ayrose terkejut pada mulanya tapi dia tersenyum memandang ke arah luar.

'Tak pernah tak sweet !' jerit hatinya.

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now