Prologué

26.2K 455 16
                                    

ARDEN NUFAIL tak pernah harap perasaan cintanya dibalas. Bagi dia, mencintai seseorang dengan ikhlas itu lebih indah. Perasaan itu tulus. Cukup melambangkan kesanggupan untuk mencintai sepenuh hati tanpa syarat atau keperluan untuk mendapat sesuatu tanpa ganjaran. Dia bahagia melihat orang yang dicintai bahagia dan gembira.

Melalui Aryan dia belajar, mencintai seseorang itu tak semestinya memiliki. Dia belajar untuk tidak menjadikan cinta itu satu perjanjian timbal balik. Ianya merujuk kepada persetujuan kedua-dua pihak terlibat memberikan sesuatu dan menerima sesuatu sebagai balasan. Sama seperti perhubungan.

Tapi, Nufail bukan begitu.

Dia saksi. Ketika Aryan mencintai Darya dari jauh. Walaupun ketika itu Darya membenci. Aryan lansung tak mengharapkan sebarang balasan. Malah lelaki itu lebih senang jika Darya memilih untuk membencinya. Aryan simpan perasaan itu seorang diri.

Walaupun mencintai Darya seolah menyeksa diri Aryan.

Sejak dia dan Darya menginjak remaja lagi. Dia sudah sukakan wanita itu. Tapi Nufail tak pernah dapat keberanian untuk luahkan perasaannya. Dia tak mahu rosakkan hubungan persahabatan dia dan Darya. Bahkan Darya telah menganggapnya seperti abang.

"Aku nak berterima kasih dekat dia sebab hadir dalam hidup aku. Aryan pernah pesan dekat aku, mencintai tak semestinya memiliki. Aku setuju dengan Aryan. Tengok dia gembira pun aku dah cukup bahagia. Cinta kita terbalas itu indah, tapi bukan ke lagi indah kalau kita ikhlas mencintai dia tanpa harapkan sebarang balasan? Aku tak berharap lansung dia balas perasaan tu. Lambat-laun hilanglah tu."

Tika dia ditikam. Tak terdetik pun rasa menyesal dalam hati. Baginya, sekurang-kurangnya Darya selamat. Dia mahu Darya hidup bahagia bersama Aryan. Malah dia bangga kerana dapat korbankan diri demi orang tersayang.

"You tak nak makan ke?" Nufail mengetap rahang apabila gadis itu masih ada di sini. Dalam wad persendiriannya. Bukankah tadi Nufail sudah halau?

Nampaknya dia masih tak faham bahasa.

Soalan tadi dibiar sepi. Lansung tak berniat mahu jawab. Sejak minggu lepas lagi gadis ini tak henti mengganggu ketenangannya. Nufail sudah buntu mahu halau gadis ini bagaimana lagi. Gadis ini sungguh degil. Malah lebih degil daripada Darya.

Salahnya juga kerana terlebih baik hati tempoh hari. Dia sangka gadis ini mahu bunuh diri. Tanpa was-was terus dia terjun ke dalam tasik. Pada malam itu dia sekadar mahu tenangkan fikiran. Tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh seorang perempuan seolah terapung di dalam tasik.

Akhirnya makan diri. Malah gadis ini seumpama bala buat dirinya. Kemana-mana sahaja dia ekori Nufail. Lebih teruk lagi bila gadis ini tahu di mana dia bekerja sekarang. Semuanya gara-gara kad bisnes Nufail terjatuh dari jaket kulitnya pada malam tersebut. Nasiblah, pada hari dia dan Darya serbu ke gudang tersebut gadis ini tiada. Kemana dia pergi pun tak tahu. Lagipun Nufail tak kisah.

Berita dia ditikam sampai ke telinga gadis tersebut. Hasilnya, di sini. Di hadapan dia sekarang gadis ini cuba mengganggu ketenangan dia. Hilang sudah fikirannya tentang Darya tadi. Aryan beritahu, wanita itu menjauhkan diri dari semua orang.

Aryan pun tak pasti Darya kemana.

Nufail risaukan Darya. Apatah lagi Aryan. Ah, sudah pastilah wanita itu rasa bersalah terhadap mereka semua. Jika dia jadi Darya pun, dia bakal dihantui rasa bersalah bila sahabat sendiri hampir hilang nyawa gara-gara diri sendiri.

"Makanan you tak berusik, Arden." Ujar gadis itu lagi. Tak puas hati apabila Nufail masih berdingin. Lelaki ini tak pernah layan dia. Hairan. Sedangkan bersepah lelaki di luar sana berebut mahukan dirinya.

Dia merupakan penari profesional terkenal tanah air. Malah dia seringkali mempersembahkan tariannya di luar negara. Dia pernah menerima piala berprestij dunia atas persembahan tarian begitu indah. Tak dinafikan lagi. Dia sungguh berbakat. Tapi Nufail seperti tak kenal dia lansung!

Sebab itu dia tertarik dengan Nufail.

"Arde-"

"Shut up, Maleeqa." Akhirnya. Suara emas itu keluar juga. Namun intonasinya datar. Lansung tak berperasaan. Pada masa yang sama, Nufail bengang. Tak pernah ada seorang pun panggil dia Arden. Kenapa gadis ini selamba saja panggil dia Arden?

Inaya Maleeqa diam. Bibirnya dikemam. Sekurang-kurangnya Nufail bersuara. Perlahan-lahan, sudut bibir naik mengukir senyum. Baginya, bila Nufail bersuara tandanya lelaki itu sudi bercakap dengannya.

Maleeqa.

Entah kenapa dia suka dengar Nufail panggil dia Maleeqa. Sedangkan dia benci dengan nama kedua itu. Tapi bila Nufail sebut, kedengaran begitu indah pada halwa pendengarannya. Bagus. Seorang rasa aneh dengan nama pertama. Seorang lagi bencikan nama kedua. Seolah melengkapi antara satu sama lain.

Inaya Maleeqa mabuk cinta terhadap Arden Nufail.

Biarlah lelaki itu masih dingin dirinya sekarang. Dia yakin, lambat-laun Nufail akan balas perasaan dia.




Mesti korang ingat Nufail hijau
macam Aryan kan?
Tak elok berharap pada sesuatu yang tak pasti hehe.
Enjoy your reading! 🌷🤍

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang