36

19.5K 800 68
                                        

Ray
+ I'll pick you up at 8 pm sharp. Jangan lewat.

MESEJ yang baru sahaja diterima oleh Ray beberapa minit lalu itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di hatinya. Seketika pandangannya dihalakan pula jam di dinding bilik.

6:30 petang. Masih berbaki 1 jam setengah lagi nampaknya sebelum lelaki itu tiba di rumahnya.

Helaan nafas perlahan terbit dari bibir Alice ketika itu. Jujur Alice rasa berdebar-debar memikirkan akan majlis yang akan dihidirinya malam nanti.

Sudahlah dia tidak pernah ke mana-mana majlis seperti sebelum ini. Bahkan dengan papa pun dia tidak pernah. Inikan pula pergi bersama Ray, selaku bosnya sendiri. Bagaimana jika dia akhirnya memalukan Ray di majlis itu nanti?

Palingkan wajah ke tepi, pandangan Alice pada ketika itu dihiasi dengan dress yang tergantung di hadapan wardrobe miliknya. Bibir automatik mengukir senyuman lebar sebelum dress itu dicapainya.

Berhentinya dia di hadapan cermin, dress yang berada di dalam pegangan itu diletakkan di hadapan tubuhnya. Bayangan dirinya yang seolah-olah memakai dress tersebut sedikit-sebanyak buatkan rasa gusar itu hilang dan digantikan dengan perasaan gembira yang tidak terkata.

Dress satin berwarna kuning lembut itu benar-benar mengingatkannya pada dress persis Princess Belle yang sememangnya sejak kecil menjadi kegemarannya. Sempat jugalah dia berangan seorang diri, bergerak ke sana kemari, berpusing dan menunduk gaya seorang puteri seolah-olah dialah Belle yang sebenar sebelum dia hamburkan tawa kecil.

Sememangnya sewaktu dia mencuba dress ini tempoh hari lagi dia sudah jatuh suka melihatnya. Dan mengetahui bahawa dress secantik ini ditempah khas oleh Ray buatnya, dia tak dapat tahan diri dari rasa teruja.

Entah kebetulan atau apa tetapi warna kuning lembut sememangnya warna kegemarannya.

Seketika, kedengaran pintu yang diketuk beberapa kali buatkan Alice berpaling. Tidak sempat dia ingin bereaksi, pintu tersebut dibuka dari luar sebelum sosok tubuh Ungku Firyani mula kelihatan.

"Lis dah si—" Kata-kata Ungku Firyani terhenti serta-merta tatkala dia pandang ke arah Alice. Membulat besar matanya beserta wajah tidak percaya.

"Astaghfirullahalazim, Alice! Belum siap lagi?!" Bersama tangan yang dicekak ke pinggang, Ungku Firyani bergerak menghampiri Alice. Dipandang adiknya itu atas bawah.

Alice ukir sengih apabila Ungku Firyani tayang wajah garang di hadapannya. Kepala yang tidak gatal juga digarunya.

"Lis tahu tak jam dah pukul berapa sekarang? Dah nak pukul 7 tau?" Soal Ungku Firyani dengan kening yang terangkat sebelah. Nada suara juga sengaja dibuat gelabah.

Berubah wajah Alice dibuatnya mendengarkan ujaran kakaknya itu. Jam di dinding terus sahaja dipandang sebelum matanya membuntang besar.

Benar kata Ungku Firyani. Jam sudah menunjukkan pukul 7:15. Dan dia langsung tidak perasan akan hal itu?

"H-Habistu macam mana ni, Kak Yani? Encik Ray cakap dia sampai pukul 8!" Alice telan liurnya payah. Nadanya juga turut berubah gelabah.

Sudahlah Ray itu strict orangnya. Walaupun setakat ini lelaki itu belum pernah memarahinya tetapi dia tetap takut melihat wajah gerun dan dingin Ray.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang