28

20.2K 845 82
                                        

SETELAH sekian lama bercuti dan merehatkan diri di rumah, hari ini dia kembali berkhidmat semula di Imperial. Bersama wajah yang dihiasi senyuman ceria dan langkah yang penuh yakin, Alice melangkah masuk ke dalam bangunan hotel.

Baru sahaja beberapa tapak dia tiba di kawasan lobi, terlihat beberapa orang teman sekerjanya yang sedang berada tidak jauh daripadanya. Dan tidak sampai sesaat, pandangan mereka semua serentak terhala ke arahnya buatkan dia mengukir senyum dan melambaikan tangan.

"Alice!" Kedengaran namanya diseru bersama lambaian yang memanggilnya.

Bersama senyuman yang kian melebar, laju kakinya melangkah menghampiri mereka semua.

"Assalamualaikum semua!" Ceria sekali suara Alice menyapa rakan-rakan sekerjanya. Setelah 5 hari bercuti, tipulah jika dia kata dia tidak rindu untuk berkumpul sebegini.

"Waalaikumsalam, Lis! Cerianya dia. Dah sihat ke ni?" Wana menjadi orang pertama yang membalas sapaan tersebut. Langkahnya turut dibawa mendekati Alice.

Terlepas tawa kecil Alice. "Alhamdulillah. Sihat sangat." Terangguk-angguk kepalanya membalas. Rasanya terlebih sihat sampaikan dia memilih untuk masuk kerja lebih awal meskipun masih berbaki 2 hari cuti.

"Ish, rindunya kita orang dengan Lis!" Hani turut sama menghampir Alice seraya memeluk bahu gadis itu.

Alice sekadar tersenyum lalu membalas pelukan tersebut. "Lis pun rindu Hani dan semua orang juga." Jujur dia tidak tipu. Dia memang rindukan mereka semua.

"Lama betul ko cuti Lis! Mak ingatkan ko dah tak nak kerja sini lagi." Suara rapuh Ejat yang kedengaran mencelah itu automatik buatkan berpasang-pasang mata mula terarah padanya.

Alice tersenyum lalu dia menggeleng. "Eh, mana ada! Lis masih kerja dekat sini lah, Jat. Cuma cuti lama sikit aje. Hehe." Ibu jari dan jari telunjuk dicantumkan gaya sedikit bersama sengihan comel.

"Kalau Lis nak tahu, Ejat ni sebenarnya rindukan Lis! Hari-hari memang muka dia je yang tanya bila Lis nak masuk kerja. Sampaikan semua pun dah penat nak melayan!" Zana pula bersuara, memecahkan tembelang Ejat yang satu itu mengundang tawa mereka semua termasuk Alice.

Wajah Ejat sudah berubah dek malu. Matanya kini mengerling ke arah Zana bersama pandangan maut. "Hesy, ko ni kan Zana! Suka fitnah aku kan!" Jari telunjuknya diunjukkan di hadapan gadis itu.

Membulat mata Zana apabila dituduh memfitnah. "Eh? Fitnah apanya? Semua orang tahu eh kau rindu Lis." Zana membela dirinya. Matanya kemudian memusing mencari wajah semua orang. "Betul kan korang kan?" Soalnya pada mereka semua.

Terangguk-angguk kepala mereka semua, menjawab soalan yang Zana ajukan.

"Betul tu, betul! Dewi gantikan tempat Lis lepastu Ejat selalu tersalah panggil nama Dewi dengan nama Lis." Cerita Dewi bersungguh-sungguh.

"Haah! Haritu masa aku kemas stor dengan Ejat pun dia suruh aku panggilkan Lis! Padahal aku yang incharge dengan dia time tu!" Fatihah mengulingkan biji matanya ke atas tatkala meluahkan perasaan yang terpendam. Sampai hati Ejat!

Satu-persatu cerita yang diceritakan padanya itu Alice dengar sambil tersenyum. Terkadang tawa kecil terbit juga dari bibirnya apabila ia terlalu kelakar. Tidak dia sangka bahawa sepanjang ketiadaannya, namanya masih diseru-seru dan dicari-cari oleh mereka semua.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang