PAGI itu selepas bersarapan, mereka berdua bergerak menuju ke rumah Tan Sri Alias. Memandangkan dia bakal mengikut Ray pulang ke rumah lelaki itu, dia harus bawa bersama pakaian beserta beberapa barangan penting miliknya yang masih berada di rumah papanya.
Alice palingkan wajahnya menghadap tingkap tatkala Aston Martin milik Ray bergerak membelah jalan raya. Sesekali anak matanya mengerling Ray yang begitu khusyuk pada pemanduan.
Perasan akan pandangan Alice terhadapnya, Ray turut palingkan wajahnya ke tepi. Dan dalam masa yang sama, Alice turut berbuat sama buatkan pandangan mereka bertaut seketika.
"Kau bosan ke?" Soal Ray apabila dia lihat Alice asyik pandang ke arah luar.
Alice sekadar gelengkan kepala. "Taklah." Dia bukan bosan. Cuma rasa kekok sedikit. Kalau dulu keadaan mereka diam sebegini dia fahamlah. Tetapi sekarang entah kenapa dia rasa sunyi pula.
Ray memandang sekilas sisi wajah isterinya. "Dah bagitahu papa ke kita nak datang?" Sengaja dia ajak Alice berbual.
"Dah!" Balas Alice penuh teruja. "Saya dah call Kak Yani tadi. Dia cakap alang-alang tu boleh makan tengahari sekali dekat sana." Bibirnya turut terukir senyuman.
Mendengarkan nada teruja Alice, Ray turut tersenyum kecil. Tak sia-sia dia mengajak isterinya berbual.
"Berapa banyak barang kau nak bawa nanti?" Ray menyoal lagi agar perbualan mereka tidak terhenti di situ.
Alice terdiam seketika. "Sikit je. Tak banyak pun." Terangguk-angguk kepalanya. "Nanti bila-bila kita pergi rumah papa, kita ambikla lagi. Boleh, kan?" Alice palingkan tubuhnya menghadap Ray.
Ray turut memandang Alice di sebelah. Wajah penuh pengharapan isterinya dipandang agak lama. "Boleh."
Melebar senyuman Alice mendengarkan itu. Tubuh kembali dihadapkan ke hadapan. Manakala Ray hanya mampu menahan senyum melihatkan tingkah isterinya.
Boleh hilang fokus dia dibuatnya kalau Alice pandang kearahnya lagi seperti tadi.
Stereng kereta dipusingkan sedikit apabila mereka selamat tiba di hadapan banglo milik Tan Sri Alias. Pintu pagar automatik yang perlahan-lahan terbuka memperlihatkan sosok tubuh papa dan Ungku Firyani.
Melangkah keluar daripada kereta, laju Alice bergerak menuju ke arah mereka berdua.
"Papa! Kak Yani!" Tubuh papa dan Ungku Firyani dipeluknya silih-berganti. Baru sehari berjauhan sahaja pun sudah cukup untuk buat dia rindu.
"Assalamualaikum, papa." Ray yang baru tiba dari arah belakang menghampiri Tan Sri Alias. Kekal tersenyum, tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan bapa mertuanya.
"Waalaikumsalam. Menantu papa sihat?" Tan Sri Alias turut sama tersenyum. Sengaja dia sebut perkataan menantu itu sedikit kuat sehingga Alice yang berada di sebelah memandang.
"Sihat, pa." Jawab Ray sambil mengerling ke arah isterinya. Wajah Alice yang memerah itu buatkan dia kulum senyum.
"Jom masuk! Kak Yani baru nak mula masak. Lis nak tolong tak?" Ujaran Ungku Firyani mengembalikan pandangan Alice pada wajah kakaknya. Kepalanya laju mengangguk tanda mahu.
"Kau masuklah dulu. Aku nak angkat barang sekejap." Ray sentuh bahu Alice di sebelah. Isyarat turut diberikan kepada papa dan Firyani untuk kembali ke kereta.
Tan Sri Alias dan Ungku Firyani sekadar mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam. Alice yang pada mulanya ingin turut masuk tidak jadi memulakan langkah. Sebaliknya dia mengejar langkah Ray.
Buka bonet kereta, luggage yang memuatkan baju dia dan Alice dikeluarkan. Seketika pandangannya terhala pada tubuh Alice yang berada di sebelahnya.
"Eh, kenapa tak masuk dulu?" Kening Ray berkerut pelik. Rasanya tadi dia suruh Alice masuk dulu, kan?
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
