71

20.5K 696 67
                                        

LOCENG yang kedengaran berbunyi buatkan dahi Alice berkerut seribu. Laptop di dalam pegangan diletakkan di atas katil sebelum jam pada dinding bilik dikerlingnya.

Baru pukul 3 petang. Takkanlah Ray sudah pulang? Macam mustahil aje.

Turun daripada tingkat atas, Alice buka langkah menuju ke pintu. Sempat dia intai dari cermin kecil pada pintu sebelum ada senyuman yang terukir di bibirnya. Pintu tersebut terus sahaja dikuaknya luas.

"Alice!" Terbentuk senyuman di bibir Puan Sri Qadijah tatkala melihat wajah Alice.

"Tokma! Kenapa tak cakap nak datang?" Tubuh tokma terus sahaja dipeluknya erat. Rindunya dia pada tokma!

"Sajalah tokma nak buat surprise! Lama tokma tak jumpa cucu menantu kesayangan tokma ni!" Hidung Alice sempat dicuitnya buatkan Alice tertawa.

Seketika mata Alice terhala pada beg baju yang berada di dalam pegangan tokma. Kepalanya diangkat bagi mencari wajah tokma.

"Tokma tidur sini ke?" Soalnya bernada teruja.

Puan Sri Qadijah anggukkan kepalanya. "Boleh kan?"

Melebar senyuman Alice dibuatnya. "Mestilah boleh!" Dia lagi suka! Tak adalah dia bosan. Sudahlah Ray pun tidak mahu bercakap dengan dia.

Beg yang berada di dalam pegangan tokma ingin dicapainya namun sempat ditahan Puan Sri Qadijah. Sempat dia tilik tubuh Alice buat beberapa ketika sebelum dia kembali tersenyum.

"Tak apa. Biar tokma yang bawa. Berat beg ni." Beritahu Puan Sri Qadijah.

Alice sekadar tersenyum mengangguk. Lengan tokma dirangkul untuk masuk ke dalam.

"Nasib baik tokma datang tau! Lis bosan duduk rumah sorang-sorang. Tokma ada ni adalah teman berborak." Kepalanya disandarkan pada bahu tokma. Berkerut sedikit dahi Puan Sri Qadijah yang mendengarnya.

"Ray pergi mana? Dia tak borak dengan Lis?" Soal Puan Sri Qadijah sedikit penasaran.

Mendengarkan nama Ray disebut, Alice muncungkan bibirnya. "Abang Ray dah banyak hari balik lambat. Dia busy." Walaupun baru dua hari sahaja Ray pulang lambat ke rumah tetapi dia tetap rasa lama. Tak tahulah apa yang dia sibukkan di pejabat sana.

Melihatkan dari gaya Alice berbicara, entah kenapa Puan Sri Qadijah dapat menangkap sesuatu.

"Harini tokma nak makan apa? Lis masakkan!" Tidak mahu lagi mengendahkan tentang Ray, Alice pusingkan tubuh menghadap tokma.

Puan Sri Qadijah kembali tersenyum. "Tokma nak makan masakan paling sedap Lis pernah masak, boleh?" Pintanya dengan kening yang terangkat.

"Boleh!"

















BUNYI deruman enjin Ray yang kedengaran buatkan tingkah Alice yang sedang menghidang lauk di atas meja terhenti. Senyuman kian terukir di bibir sebelum langkah dibawa mendekati pintu.

Kuakkan seluasnya, sosok tubuh Ray sudah terlebih dahulu berada di hadapan pintu. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Ray dan disambut suaminya seperti biasa.

"Banyak kerja harini?" Soal Alice sambil tersenyum.

"Hm." Ray sekadar bergumam perlahan. Kot pada tubuh perlahan-lahan dibuka.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang