HASIL tidak dapat melelapkan mata untuk tidur, Alice memilih untuk turun ke bawah. Capai gelas dari atas kabinet, Alice labuhkan duduk pada countertop. Jag air kosong diangkat lalu air diisi separuh ke dalam gelas.
Bawa gelas tersebut ke bibir, tekak yang tidak begitu dahaga dibasahkan. Mata pula secara tidak sengaja mengerling ke arah jam pada dinding. 11 malam.
11 malam dan dia berada disini. Di dapur yang sunyi sepi. Seorang diri. Termenung jauh. Semuanya gara-gara lenanya tidak menjemput awal pada malam ini.
Nasib baik jugalah esok merupakan hari cuti. Jika tidak, mungkin dia akan tersengguk-sengguk semasa bekerja.
Lima hari.
Lima hari sebenarnya telah berlalu sejak hari kejadian dimana dia dilamar oleh Ray. Dan dalam masa lima hari ini juga, dia masih belum mampu lupa setiap saat yang berlalu pada malam tersebut. Tidak cuma itu, bait-bait ayat yang Ray lontarkan padanya juga masih segar di ingatannya sehingga kini.
Yang paling dia tidak boleh lupa ialah..
"Ah, don't worry, Alice. Because as a husband, it'll be my job to make you fall for me!"
Sebegitu mudah Ray berkata-kata, seolah-olah penolakannya tiada makna buat lelaki itu. Ray juga nampak terlalu tenang dengan berbagai jenis balasan sehingga dia yang melihatnya turut berasa pelik.
Sepertinya lelaki itu sudah bersedia lebih awal terhadap reaksinya.
Memikirkan lebih jauh tentang lamaran itu, rasa buntu kembali menyerang dirinya. Tidak cukup dengan lamaran Ray yang tiba-tiba, kata-kata penolakannya pada malam itu juga buat dia resah sama.
"Saya tak cintakan awak."
Selain daripada tipu Ray, dia juga sedang menipu dirinya sendiri. Sedangkan hakikat yang dia sendiri tahu ialah dia terlalu cintakan lelaki itu. Ray ialah lelaki pertama yang buatkan dia rasa sesuatu yang tidak pernah dia rasakan.
Cuma pada malam itu dia tidak punya pilihan. Dia terlalu terkejut dengan lamaran Ray lantas dia memilih untuk berkata sedemikian. Seterusnya buatkan Ray percaya bahawa dia langsung tidak punya perasaan terhadap lelaki itu.
Walhal yang sebenar-benarnya, dia cuma takut dia bakal kecewa jikalau mengetahui bahawa Ray tidak punya rasa yang sama sepertinya.
Keluhan berat kedengaran terbit dari bibir Alice. Sungguh, dia buntu dengan segala benda yang berselirat di dalam fikirannya.
"Hei! Tak tidur lagi?"
Terpanggung kepala Alice ke atas tatkala suara Ungku Firyani menyapa koklea telinganya. Senyuman tawar terbit dari bibirnya tatkala kakaknya melepasi tempat duduknya.
"Lis tak boleh tidur." Jawabnya perlahan sambil bermain-main dengan gelas di tangan.
Mendengarkan itu, kening Ungku Firyani terangkat sedikit. Gelas cawan dicapainya sebelum dia labuhkan duduk pada kerusi berhadapan Alice.
"Kenapa? Lis okey tak?" Sambil mengisi air ke dalam gelas, mata Ungku Firyani mengerling ke arah wajah Alice yang tampak mendung.
Meskipun tika ini dia sudah terlalu tahu akan mengapa Alice bersikap sebegitu, tetapi sengaja dia memilih untuk berpura-pura tidak tahu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
