53

20.8K 793 6
                                        

LETAKKAN segala beg kertas di dalam pegangan di atas meja, Ray labuhkan duduk di atas sofa. Badannya disandarkan ke belakang bersama mata yang terpejam.

Alice yang baru melangkah masuk ke rumah sekadar tersenyum melihat ke arah Ray yang tampak keletihan. Seharian mereka berada di luar. Wajarlah jika Ray penat.

Langkahnya kemudiannya dibawa mendekati sofa. Duduknya dilabuhkan di sebelah Ray. "Kalau awak penat, awak pergilah naik rehat. Saya boleh kemas semua barang ni." Ucapnya perlahan.

Mata Ray kembali tercelik mendengarkan suara isterinya. Angkat kepala, wajah Alice yang sedang tersenyum menyapa kornea mata.

"Tak apa. Aku nak tolong isteri aku." Ray gelengkan kepalanya. Bahu Alice disentuh perlahan seraya dia bangkit dari duduk.

Dia mungkin penat tetapi mustahil untuk dia biarkan Alice lakukan semuanya sendiri.

Melihatkan Ray yang sudah bergerak menuju ke dapur bersama barangan yang dibeli tadi, Alice turut mengekori dari belakang. Bibir masih terukir senyuman lebih-lebih lagi apabila melihat tingkah Ray yang berura-ura ingin mengemas.

Tolong menolong Ray, Alice turut sama menyimpan segala barangan yang ada di tempatnya. Turut diasingkan beberapa barang yang diperlukan untuk dia masak malam nanti.

Memikirkan tentang itu, Alice pandang ke arah Ray yang membelakanginya. Agaknya makanan apa yang suaminya itu suka?

"Hmm, awak.." Alice mula menyeru Ray.

Terpaling tubuh Ray ke belakang. Keningnya terangkat ke arah isterinya. Perlahan-lahan, Alice bergerak menghampiri Ray.

"Malamni awak nak makan apa?" Soal Alice bersama bibir yang terukir senyum. Matanya dikerlipkan beberapa kali.

Ray terdiam, seolah-olah sedang berfikir. Wajah isterinya dipandang lama. Seketika kemudian, Ray gelengkan kepalanya. "Aku tak kisah."

Berubah riak wajah Alice. Apa maksud Ray dengan 'tak kisah'?

Seolah-olah tahu apa yang difikirkan isterinya, Ray ukirkan senyuman tipis. "Aku makan apa je yang isteri aku masak." Jawab Ray jujur.

Mendengarkan itu, senyuman kembali menghiasi wajah Alice.  Tiba-tiba, dia rasa lebih teruja untuk masakkan buat Ray.

"Okey!" Alice anggukkan kepalanya laju. Senyumannya kian melebar tatkala memandang Ray.

Ray turut sama tersenyum melihat isterinya yang sedang tersenyum. Hidung Alice dicuitnya manja.

"Aku naik dulu. Nak mandi, nak solat. Kalau ada apa-apa cari aku dekat bilik kerja. Aku ada kerja sikit nak buat." Pesan Ray usai dia siap mengemas.

Alice sekadar mengangguk lagi. "Okey. Jangan lupa rehat." Alice turut sama berpesan.

Ray sekadar memandang sisi wajah Alice yang terlihat begitu sibuk. Tidak lama kemudian, dia akhirnya naik ke atas untuk membersihkan diri.

















TOMBOL pintu bilik kerjanya kembali ditutup bersama helaan nafas. Leher yang lenguh hasil menghadap iMac sejak petang tadi diurutnya perlahan. Dalam masa bercuti pun nampaknya dia tetap harus peka dengan emel yang diterimanya.

Perlahan-lahan, langkahnya dibawa menuju ke bawah. Ingin mencari Alice yang masih belum siap bertukang di bawah. Rasanya selepas mereka solat berjemaah bersama, isterinya turut sama menghilang tidak memunculkan diri.

"Alice?" Anak tangga terakhir dipijaknya bersama laungan memanggil nama Alice.

Sayup-sayup kedengaran namanya diseru, Alice palingkan tubuhnya ke belakang buat seketika. Ray panggil dia ke?

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang