PULANG sahaja daripada hospital, Alice mahupun Ray tidak mampu menahan senyuman yang terukir di bibir. Sesekali mereka memandang sendiri bersama perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh, berita yang mereka terima tadi terlalu menggembirakan.
"Tahniah, Puan Alice mengandung! Usia kandungan lebih kurang 5 minggu."
Perut yang masih kempis diusapnya Alice lembut. Kepala ditundukkan sedikit bersama senyuman yang terukir di bibir. Di dalam ini ada nyawa lain yang sedang membesar.
Zuriat dia dan juga Ray.
Sedang memandu, sempat Ray kerling ke arah tingkah Alice yang sedang mengusap perutnya. Melihatkan Alice yang sedang tersenyum, dia turut sama tersenyum.
Tangan sebelah kiri yang tadinya memegang stereng dibawa perlahan-lahan ke arah Alice sebelum disulamkan dengan jari-jemari isterinya. Terdongak kepala Alice ke atas buatkan pandangan dia dan Ray bersatu.
"Abang happy?" Soal Alice sambil tersenyum. Sisi wajah Ray ditatapnya tanpa jemu.
"Mestilah abang happy. Abang nak jadi ayah!" Laju Ray anggukkan kepalanya. "Manja happy tak?" Ray palingkan wajahnya menghadap Alice.
Alice turut sama mengangguk. "Happy! Lis happy kalau abang happy." Lengan Ray dipeluknya. Jujur dia terlalu bahagia mengetahui Ray turut sama bahagia dengan berita ini.
Ray sekadar tersenyum. Perut Alice yang masih belum terlihat bentuknya itu disentuhnya perlahan.
"Tapi.. Lis tak rasa terbeban kan?" Nada Ray kedengaran berubah risau. Wajah Alice sempat dikerlingnya.
Berubah riak wajah Alice tatkala soalan Ray menyapa koklea telinga. "Kenapa abang cakap macamtu?" Apa maksud Ray?
Ray hela nafasnya perlahan. "Sebab Lis tengah study lagi. Lis okey ke kalau extend nanti? Lis tak kisah?" Ray menyoal persoalan yang bermain di fikirannya tika itu.
Jujur, dia terlalu gembira dengan kehadiran nyawa lain di dalam perut Alice ketika ini. Tetapi dalam masa yang sama dia juga risau kalau-kalau Alice berasa terbeban dengan semua ini. Dia tidak mahu hal itu berlaku.
Mendengarkan itu, bibir Alice mengukir senyum. Ray sedang risaukan tentang penerimaannya rupanya.
"Tak pun! Lis okey je. Lis lagi suka pergi kelas ada baby teman!" Jawab Alice bersungguh-sungguh. Benar, dia tidak kisah.
Terbentuk kembali senyuman di bibir Ray. Tangan Alice kembali digenggamnya.
"Tapi kalau Lis sakit atau apa-apa, Lis janji bagitahu abang tau? Jangan pendam sorang-sorang. Kita tanggung semuanya sama-sama." Pesan Ray pada Alice. Keningnya turut terangkat sedikit.
Sungguh, dia tidak akan membiarkan Alice menanggung semuanya seorang diri. Dan kalau boleh, dia mahu sentiasa ada bersama Alice.
Alice anggukkan kepalanya. Bibir kian mengukir senyuman lebar. "Promise!" Tangan diangkat tanda berjanji.
Ray senyum lebih lebar. Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum dahi Alice diciumnya. Tangan pula bergerak mengusap perut Alice.
"Thank you for carrying my baby, Alice. You don't know how it means to me." Perlahan dia mengucapkan itu bersama anak mata yang tunak memandang Alice.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
