58

19.4K 743 16
                                        

MAKANAN tengahari kali ini disediakan oleh Alice dan juga Ungku Firyani bersama memandangkan Tan Sri Alias sendiri yang request begitu. Katanya sudah lama tidak makan hasil masakan gabungan kedua orang anak gadisnya itu.

Berdiri bersebelahan Alice, Ungku Firyani sesekali mengerling tingkah adiknya yang sedang memotong sayur di sebelah. Sedari tadi mereka berada di ruangan yang sama tetapi dia hanya kekal diamkan diri dah kekal memerhati Alice.

Alice tampak sedikit ceria pada pagi ini. Langsung tidak terbias kesedihan di wajah adiknya selepas kejadian semalam. Tetapi mengenali Alice itu bagaimana, dia tahu Alice bijak menyembunyikan rasa itu.

Apa agaknya perasaan Alice tika ini?

"Lis.." Perlahan suara Ungku Firyani menyeru buatkan Alice palingkan wajahnya ke tepi. Senyuman terbias di bibirnya.

"Ya?"

Ungku Firyani pandang Alice agak lama. "Lis.. okey?" Nadanya kedengaran teragak-agak. Bimbang jikalau soalannya bakal buat Alice terganggu.

Alice anggukkan kepalanya laju. "Okey! Kenapa?" Riak pelik terpampang jelas di wajahnya akan soalan Ungku Firyani.

Ungku Firyani kemam bibir. Tubuhnya dipalingkan sepenuhnya menghadap Alice. "Semalam Lis tak turun makan malam sama-sama. Lis.. terasa dengan apa yang mama cakap ya?" Soalnya penuh berhati-hati.

Alice terdiam. Tingkahnya yang sedang memotong sayur turut terhenti seketika. "Sikitlah." Jujurnya. "Tapi tak apa. Lis dah lupakan pun." Alice kembali tersenyum. Memang dia dah lupa pun.

Sungguh, dia tidak mahu terlalu berfikir soal itu. Sementelah Ray sendiri sudah memberi jaminan bahawa suaminya itu langsung tidak kisah akan hal tersebut. Lagipula perkahwinan ini adalah hak mereka jadi tiada gunanya jikalau mereka terlalu fikirkan apa tanggapan orang lain terhadap mereka.

Ungku Firyani turut mengukir senyuman. Lega sedikit hatinya mendengar kejujuran Alice.

"Baguslah kalau macamtu. Kalau boleh, Lis jangan fikir langsung apa yang mama cakap. Biarkan je dia nak cakap apa yang dia nak. Yang penting jangan simpan dalam hati." Nasihatnya bertalu-talu agar Alice tidak terlalu fikirkaj tentang Ungku Faizah.

"Anggap je mama tu macam tak wujud kalau itu dapat legakan hati Lis!" Bersungguh-sungguh dia berkata buatkan tawa Alice terletus.

Sampai macamtu sekali!

"Ya! Kak Yani jangan risau. Lis okey." Alice angguk-angguk kepalanya. Dia memang benar-benar okey sekarang. "Ray cakap dia pun okey. Jadi kami berdua okey." Alice senyum lebih lebar.

"Mestilah Kak Yani risau. Lis adik Kak Yani. And this is the least I can do to protect you." Bahu Alice disentuhnya lembut. Kalau boleh, dia tidak mahu langsung Alice disakiti mama.

11 tahun sudah cukup lama untuk meninggalkan bekas di hati Alice. Sekarang dia cuma mahu lihat Alice bahagia disamping Ray.

Lesung pipit Alice kian kelihatan apabila dia tersenyum. "Ish, sweetnya! Kakak siapalah ni eh?" Bahu Ungku Firyani dipeluknya erat.

"Mestilah kakak Lis!" Ungku Firyani turut memeluk bahu Alice. "Lis kena sayang Kak Yani lebih tau! Kalau boleh lebih banyak daripada Ray!" Bisiknya perlahan.

Terkekeh-kekeh Alice ketawa. Ini kalau Ray dengar tak tahulah dia!

"Okey!" Ibu jari dan jari telunjuk disatukan gaya 'okey'. Tawa mereka berdua bergabung serentak.

"Ingat tau pesan Kak Yani? Kalau mama kacau Lis, buat tak tahu je." Pesannya sekali lagi dan Alice sekadar tersenyum.

"Lis jangan risau sebab Kak Yani dengan papa sentiasa ada belakang Lis. And now, Lis dah ada Ray juga! Kami bertiga akan buat apa je untuk Lis." Ungku Firyani kian eratkan pelukan mereka.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang