"MINTA maaf ya tokma, Encik Ray.. rumah kami berdua biasa-biasa aje." Alice bersuara perlahan, mewakili bagi pihak Aspalela yang sedang menghidangkan air dan juga sedikit kuih-muih buat Puan Sri Qadijah dan juga Ray. Sesungguhnya mereka berdua tidak begitu menyangka akan menerima kehadiran kedua orang tetamu itu pada hari ini.
"Itulah tu, Puan Sri, Encik Ray. Air dengan kuih pun hidang mana ada je. Segan pula kami." Aspalela turut tersenyum kekok tatkala pandangan Puan Sri Qadijah sedang terarah padanya. Yang lebih buatkan dia segan apabila Ray turut sama turun padang untuk datang ke rumah sewanya.
"Eh! Apa nak segannya? Tak payah segan-segan! Kami pun salah juga sebab main terjah aje datang. Kan Ray?" Puan Sri palingkan wajahnya ke arah Ray yang sedang duduk di sofa bersebelahannya. Ray sekadar bergumam perlahan, mata masih sibuk menatap telefon bimbit di tangan buatkan Puan Sri Qadijah mencuit lengan cucunya itu.
Seketika senyuman kembali terukir di bibirnya tatkala pandangan Alice dan Aspalela sedang terarah padanya.
"Jemput minum, tokma, Encik Ray." Alice mempersilakan mereka berdua untuk minum air yang sudah dituang dek Aspalela sebentar tadi.
"Jangan lupa jamah sekali ya kuih tu Puan Sri, Encik Ray. Kuih tu Alice yang buat kelmarin. Boleh lah rasa-rasa air tangan dia. Saya minta diri dulu." Sempat Aspalela mengusik si teman buatkan Alice memandang temannya yang sudah berlalu pergi dengan pandangan tajam.
Malulah dia Aspalela ni pun!
Mendengarkan ujaran Aspalela itu, automatik kepala Ray terangkat sebelum pandangannya terarah pada kuih kaswi di atas meja. Sempat dia kerling ke arah Alice buat beberapa ketika yang sedang berbicara dengan tokma.
"Wah, Alice memang minat buat kuih ke?" Soal Puan Sri Qadijah teruja. Sebuah kuih kaswi itu turut dicapainya.
"Eh, tak adalah, tokma. Buat suka-suka aje ni untuk makan petang. Kalau tak berapa sedap, Lis minta maaf ya." Risau pula Alice apabila dia lihat Puan Sri Qadijah sudah selamat masukkan kuih kaswi tersebut ke dalam mulut. Sudahlah kuih itu bukannya cukup bahan sangat. Betul-betul dia buat ikut resipi suka hati dia sahaja.
"Hurm, sedap!" Terangguk-angguk kepala Puan Sri Qadijah mengakui akan kesedepan kuih kaswi tersebut. Lembut, manis. Sangat menepati cita rasanya.
"Ya ke, tokma? Alhamdulillah, terima kasih." Bibir Alice tersenyum lebar mendengar pengakuan tersebut. Rasa dihargai pula bila orang puji masakannya.
"Betul. Tokma tak tipu. Cukup rasa dia." Puan Sri Qadijah angguk lagi. Sebuah lagi kuih dicapainya dan dibawa ke mulut.
Perbualan diantara tokma dan Alice mengenai kuih kaswi yang didengarinya itu buatkan Ray sekali mengangkat wajah. Mendengarkan tokma begitu beriya-iya memuji buatkan dia turut tertanya-tanya. Sedap sangat ke kuih buatan Alice itu?
"Alice apa khabar sekarang? Sihat?" Di dalam kesempatan itu, Puan Sri Qadijah mula menyoal tentang keadaan Alice. Sementelah tujuannya datang ke sini sememangnya untuk melawat gadis di hadapannya ini.
"Alhamdulillah, Lis sihat. Tokma pula?" Alice mengangguk sambil tersenyum. Soalan yang sama turut ditanyakan kepada wanita itu.
"Kalau tokma tak sihat, mungkin tokma tak datang kot melawat Alice harini." Nada Puan Sri Qadijah yang kedengaran seperti mengusik itu buatkan Alice tertawa. Betul juga kan? Apa punya soalanlah yang dia tanya tadi.
Puan Sri Qadijah turut tertawa kecil sebelum wajahnya berubah 360 darjah. Alice yang dapat menangkap perubahan wajah wanita itu menyentuh lengan Puan Sri Qadijah, buatkan pandangan mereka bersatu.
"Tokma okey?" Soal Alice prihatin. Keningnya turut terangkat tatkala ada rasa risau yang menjelma.
Puan Sri Qadijah hela nafas perlahan. Tangannya naik menyentuh tangan Alice bersama usapan lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
