40

24.1K 900 93
                                        

SEMINGGU berlalu sejak kejadian itu. Dan dalam masa itu juga, Alice sedaya upaya meminimakan kekerapan berjumpa diantara dia dan Ray. Mereka tidak lagi terserempak seperti selalu. Tiada lagi perbualan ringkas seperti selalu. Hatta bertemu dua mata juga tidak walau sekali.

Kata Kak Gee, Ray sedikit sibuk pada minggu ini. Maka peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk mengekalkan jarak diantara mereka berdua. Semuanya kerana kata-kata perit yang Badrina lontarkan padanya tempoh hari.

Kendatipun dia tahu Badrina sengaja ingin menyakitkan hatinya. Tetapi hakikatnya yang dia sendiri juga perlu sedar bahawa dia sememangnya tidak pernah layak untuk mendampingi lelaki hebat seperti Ray.

"Hello! Takkanlah dekat depan frontdesk pun nak mengelamun!" Suara seseorang yang menyapa koklea telinga buatkan Alice kembali tersedar.

Seketika, sosok tubuh Camelia di hadapannya kembali menjadi fokus utama. Wajah gadis itu tampak marah, matanya pula tajam menjeling Alice yang mengelamun jauh.

"Sorry, Cam."Segera Alice meminta maaf. Bibir terukir senyuman penuh bersalah. Siapa suruh dia mengelamun jauh sangat?

Camelia menjeling Alice tidak puas hati. Buku log diserahkan kepada Alice kembali. "Nah, I dah sign macam biasa. Cuma untuk column Encik Ray, kena tunggu dia balik dulu. Rasanya Badrina cakap harini bos masuk."

Mendengarkan nama Ray disebut, tubuh Alice menegak. Wajahnya sedikit berubah namun berjaya dikawalnya.

"Okey, Cam. Terima kasih." Alice tersenyum kecil seraya mencapai buku log tersebut.

"Hm." Camelia kembali labuhkan duduk. Tangannya pula menghalau Alice pergi buatkan Alice mengangguk faham.

Manalah dia tak faham kalau Badrina dan Camelia itu teman baik, kan?

Kembali palingkan tubuh, Alice kerling jam di tangan. Mata pula meliar ke arah sekeliling, mencari kelibat Ejat dan Fatihah yang hilang secara tiba-tiba.

Angkat bahu, tubuhnya kembali dipalingkan menuju ke arah lif. Mungkin mereka ada hal lain kot.

Dalam perjalanan menuju semula ke private lif, entah bagaimana Alice terlanggar seseorang buatkan buku log di tangannya terjatuh ke lantai. Automatik tubuhnya menunduk ingin mengambilnya kembali.

Dan dalam masa yang sama, ada tangan lain yang turut mencapai buku tersebut buatkan pandangan mereka bertemu.

"Alice?" Tegur gerangan itu terlebih dahulu.

Buat beberapa ketika, Alice cuba mencerna wajah di hadapannya itu. Dan tidak lama kemudian, matanya membulat sebelum bibirnya terukir senyuman.

"Zaki?" Sapaan itu kedengaran seperti soalan. Harap dia tak salah oranglah.

"Nasib baik kau ingat aku lagi!" Terangguk-angguk kepala Zaki. Sangka dia Alice sudah lupakannya.

Alice hela nafas lega. Syukurlah dia sebut nama yang betul.

Capai semula buku log tersebut, Zaki dan Alice kembali berdiri. Sempat Zaki kerling tajuk buku log tersebut sebelum diberikan kepada Alice kembali.

"Kau kerja sini ke?" Tanya Zaki sambil memperbetulkan beg galasnya.

"Haah." Alice angguk kepalanya laju. "Awak buat apa dekat sini?" Soalnya berbasa-basi.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang