72

19.4K 629 39
                                        

GELAK tawa Alice dan Ray kedengaran mengiringi langkah mereka menuju ke bawah. Saling memeluk pinggang sesama sendiri, bibir laju berdebat tentang siapa yang bertanggungjawab diatas kelewatan mereka bangun daripada tidur selepas Subuh tadi.

"Salah abanglah!" Alice ulingkan biji matanya. Memang betul pun salah Ray!

Membuntang mata Ray tatkala dipersalahkan. "Salah manjalah!" Patutnya Alice yang kejut dia malahan Alice tidur bersamanya!

"Abang yang tidur dulu! Lis ikut je!" Dah dia tengok Ray tidur, dia pun joinlah. Nak buat macam mana kalau mata dia dah mengantuk?

Terangkat kening Ray. "Kenapa manja ikut abang?" Ujinya sambil tersenyum senget.

Alice menarik muka masam apabila ujaran Ray itu tidak lagi mampu dibahasnya. Walaupun dia salah tetapi dia tetap nak salahkan Ray!

Ray sekadar tertawa melihat riak wajah isterinya. Pinggang Alice kekal dipeluk bersama langkah yang kian diteruskan.

Setibanya mereka di bawah, terlihat sosok tubuh Puan Sri Qadijah yang sedang memandang ke arah mereka sambil tersenyum. Mata wanita itu sedari tadi kekal memerhati kedua orang cucunya yang nampak gayanya sudah berbaik dari 'perang dingin' semalam.

Tahu pun sayang isteri!

"Morning, tokma!" Alice terlebih dahulu berlari mendapatkan tokma. Pipi tua itu diciumnya.

Tersenyum Puan Sri Qadijah dek tindakan Alice itu sebelum tubuh Alice turut sama dipeluknya. Anak mata diliarkan pada wajah Ray yang sedang mara ke arah mereka.

"Nyenyak tidur semalam, Ray?" Soal Puan Sri Qadijah bernada perlian. Semalam kan bukan main lagi tak izinkan Alice tidur bersamanya.

Tersungging senyuman di bibir Ray tatkala mendengar perlian tokma. "Mestilah nyenyak kalau ada isteri dekat sebelah." Balasnya penuh selamba.

Terangkat kening Puan Sri Qadijah pada Alice di sebelah. Manakala Alice pula sudah menjuihkan bibir.

"Tokma! Tokma nak tahu tak abang pergi tidur balik lepas Subuh tadi? Nasib baik tak bangun lambat!" Cerita Alice pada Puan Sri Qadijah. Kepalanya tergeleng-geleng buatkan Puan Sri Qadijah tertawa.

Memicing mata Ray ke arah Alice. "Amboi! Cakap pasal abang je? Manja pun tidur sama kan?" Ujar Ray tidak berpuas hati. Tak adillah Alice salahkan dia seorang walhal mereka tidur bersama-sama.

Puan Sri Qadijah sekadar tersenyum mendengar gurauan manja diantara Alice dan Ray. Panggilan diantara kedua orang cucunya yang sudah bertukar juga menimbulkan rasa senang dihatinya. Tak sia-sialah dia plan dia semalam!

"Hmm, nasib baiklah ada tokma kan tolong buatkan breakfast. Kalau tak, tak tahulah!" Silih-berganti pandangannya dihalakan pada Ray dan juga Alice. Senyuman mengusik turut sama terbit di bibirnya.

Alice sudah menyengih. Tempat duduk bersebelahan Ray diambilnya. "Sorry Lis tak tolong. Lis tertidur." Sebersalah pula dia kerana sudah menyusahkan tokma.

Puan Sri Qadijah gelengkan kepala. Lengan Alice digenggamnya. "Alah, tak apa! Dah makan cepat! Ni kelas Lis pukul berapa?" Soal Puan Sri Qadijah seraya memasukkan roti ke dalam mulut.

"Pukul 9, tokma." Alice ukir senyum. Cawan air dibawa ke bibir.

"Oh, lambat lagi. Ray pula masuk ofis pukul berapa?" Puan Sri Qadijah halakan pandangan pada Ray di sebelah Alice.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang