MASUK kali ini sahaja, dah berapa kali Alice berdehem. Nasi goreng di dalam pinggan juga diambil sedikit yang mungkin agar dia dapat cepat-cepat bangun dari meja makan ini. Sungguh, dia belum bersedia lagi untuk melihat wajah Ray selepas kejadian semalam.
Duduk berhadapan dengan Alice, Ray sekadar mengerling isterinya yang cuma menunduk sedari tadi. Sesekali ada senyuman yang terukir di bibirnya tatkala melihat tingkah Alice. Pasti Alice sedang malu dengannya.
Sudahi suapan terakhir, Alice hela nafas lega. Air di dalam gelas diteguk sehingga habis lalu dia mula bangun dari duduk. Wajah Ray masih tidak dipandangnya seraya dia melangkah ke dapur.
Melihatkan Alice yang sudah bergerak ke dapur, Ray turut sama mengikut. Nasi goreng yang masih berbaki sedikit lagi disuapkan ke dalam mulut sebelum perlahan-lahan dia mendekati Alice.
Letakkan pinggan di atas countertop table, Ray perlahankan langkahnya. Tubuh Alice yang sedang membelakangi itu dihampiri seraya dia memeluk pinggang isterinya daripada belakang.
Alice yang pada ketika itu sedang mencuci pinggan terhenti tingkahnya. Tubuh pula kian mengeras tatkala dipeluk sebegitu. Rasanya kalau dia tak pandang pun dia tahu siapa yang sedang memeluknya.
"A-Awak.. kenapa peluk saya ni?" Alice menyoal gugup. Hampir sahaja dia tak mampu bernafas.
Ray senyum. Dapat dia rasakan reaksi tubuh Alice terhadap pelukannya. "Saja. Nak peluk isteri sendiri tak boleh?" Ray menyoal kembali.
Alice terdiam. Liurnya cuba ditelan payah. "Bukan tak boleh. Tapi saya tengah cuci pinggan ni." Sebenarnya lebih kepada malu. Malu untuk berinteraksi dengan Ray selepas apa yang terjadi diantara mereka semalam.
Kening Ray terangkat sedikit. Pelukan di pinggang Alice dileraikan buatkan Alice menghela nafas lega. Namun Ray tidak beredar. Sebaliknya dia sengaja berdiri di sebelah Alice, memerhati tingkah isterinya itu.
"Awak pergilah duduk depan. Saya nak kemas dapur." Masih tidak memandang Ray di sebelah, Alice bersuara lagi. Makin lama Ray berada di sini, makin tak senang duduk dia dibuatnya.
Tersungging senyuman di bibir Ray. "Kalau aku taknak?" Soalnya sengaja.
Alice hela nafas. "Ikut awaklah." Balasnya sedikit pasrah.
Terhambur tawa Ray yang mendengarnya. Nampaklah yang Alice benar-benar cuba untuk menghalaunya pergi.
Dekatkan jarak mereka, anak matanya kekal memandang sisi wajah Alice yang masih tidak mahu memandangnya. "Alice, kau malu dengan aku ke?" Bibirnya tersungging senyuman senget.
Tingkah Alice terhenti seketika. Alamak! Obvious sangat ke dia tengah malu?
Kekalkan riak wajah, Alice menggelengkan kepalanya. "Mana adalah." Tipunya. Takkan dia nak mengaku kot dia memang malu.
Ray tertawa lagi. Pipi Alice yang kian bertukar warna dipandangnya. "Aku tahu tau yang kau tengah menipu." Keningnya terangkat sedikit.
Alice hela nafas sebelum dia beranikan dirinya untuk memandang Ray. "Saya tak tipulah. Mana ada saya malu. Kalau saya malu saya tak cakap dengan awak." Ucapnya bersungguh-sungguh.
Padahal tadi kalau ikutkan dia taknak bercakap langsung. Tapi dah tiba-tiba Ray peluk dia. Terus rosak plan dia!
Terangkat kening Ray ke atas. Tak malu konon!
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
