41

22.9K 961 150
                                        

JIKA difikirkan semula, dia sendiri menyesal dengan apa yang dia cakap pada Ray kelmarin. Tak lena tidurnya dek rasa kesal yang dia sedang rasakan sekarang. Rasa bersalahnya terhadap Ray tika ini sememangnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Dia tahu dia tidak sepatutnya berkata sedemikian kepada Ray walau apa pun yang bertandang di dasar hatinya. Tindakannya juga sangatlah tidak wajar kerana telah melebihi batasan seorang pekerja terhadap seorang majikannya seterusnya memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang tidak bersikap profesional.

Helaan nafas dihela lemah tatkala kotak fikirannya tidak henti-henti memikirkan hal tersebut. Straw di dalam pegangan digoyangkan beberapa kali sebelum air kosong yang dipesannya disedut perlahan.

Seketika kedengaran kerusi di hadapannya ditarik sebelum sosok tubuh Aspalela kelihatan melabuhkan duduknya.

"Sorry aku lambat sikit! Ada hal dekat kitchen tadi." Kedengaran mengah nada suara Aspalela tatkala berkata-kata.  Apron di tubuh turut ditanggalkan talinya.

"Tak apa." Alice sekadar tersenyum tipis apabila anak mata mereka bersabung. Straw di dalam pegangan sengaja digoyangkan lagi.

Aspalela sekadar memerhati tingkah Alice yang agak pelik dimatanya. Namun tidak pulalah dia menegur. Beberapa ketika kemudian, dahinya berkerut sedikit sebelum matanya membulat.

"Eh, aku baru teringat!" Ujaran Aspalela yang agak tiba-tiba itu buatkan Alice kembali mengangkat wajah. Keningnya terangkat ke atas, menunggu bicara Aspalela yang agak suspens.

"Bukan harini patutnya staff penthouse keluar lunch dengan Encik Ray ke? Kenapa kau ada dekat sini?" Aspalela perlahankan sedikit ton suaranya. Jari telunjuk pula dihalakan pada wajah Alice bersama mata yang turut mengecil.

Mendengarkan kata-kata Aspalela itu, dahi Alice naik berlapis. Nama Ray yang terbit daripada bibir temannya sedikit sebanyak buatkan tubuhnya menegak. Namun ada persoalan lain yang ingin dia tanyakan kepada Aspalela tika ini.

"Mana kau tahu? Aku.. ada bagitahu ke?" Nada Alice kedengaran teragak-agak. Rasanya macam tak ada. Tapi macam mana pula Aspalela boleh tahu?

Kini, giliran Aspalela pula terdiam. Alamak! Terkantoi pula!

Aspalela berdehem kecil. Wajahnya pula dikawal sebaik mungkin. "Tak. Tapi Encik Carl yang bagitahu aku." Balasnya cukup bersahaja.

Terangguk-angguk kepala Alice. Oh! Patutlah Aspalela tahu.

Aspalela hela nafas lega apabila Alice tidak berikan sebarang reaksi yang aneh. Takut juga dia kalau kena soal tentang bagaimana Carl boleh 'terberitahu' pada dia.

"Ha! Dah tu kenapa kau ada dekat sini? Kenapa tak lunch sekali dengan dia orang?" Kembali ke topik asal, Aspalela soal Alice semula. Pelik juga dia bila Zakuan beritahu Alice datang ke kafe tadi. Walhal dia sendiri sudah sedia maklum bahawa staff penthouse akan keluar makan tengahari bersama bos mereka.

Angkat wajah, Alice sekadar menggeleng kepala. "Tak ada apa. Saja. Lagipun aku bawa bekal." Jawab Alice tak jujur.

Berkerut dahi Aspalela. Matanya meliar ke arah meja mereka yang kosong. "Habistu mana bekal kau? Kenapa tak bawa turun?"

Alice mengemam bibir tatkala penipuan dia nampaknya memakan diri. Tangannya segera naik menepuk dahi. "Lupalah. Rushing nak turun tadi." Tak jujur buat kali kedua.

Mengecil mata Aspalela melihatkan tingkah Alice yang sedari tadi agak aneh di matanya. Peluk tubuh, tajam anak matanya memanah wajah temannya itu.

"Kau ni kenapa sebenarnya? Semacam je aku tengok."

Alice kekalkan wajah tidak bersalah meskipun dia tahu dalam beberapa saat lagi Aspalela akan berjaya robohkan benteng penipuannya. "Mana ada pape." Kepalanya tergeleng.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang