TUBUH bergerak sedikit tatkala dia mula terjaga dari lena. Tangan sebelah kiri mula menggagau-gagau tempat tidur sebelah sebelum matanya dicelikkan. Bersama dahi yang berkerut, Ray pusingkan kepala ke arah sekeliling.
Dimana Alice?
Bangun dari pembaringan, langkahnya dibuka menuju ke luar bilik. Mata pula meliar bagi mencari keberadaan isterinya. Seketika tatkala matanya menyapa sosok tubuh Alice yang sedang berdiri di dapur, bibir Ray mengukir senyum.
Perlahan-lahan, langkah Ray dibawa menuju ke arah Alice sebelum tubuh isterinya itu dipeluk daripada belakang. Alice yang pada ketika itu sedang menyapu jem pada roti sedikit terkejut sebelum dia akhirnya tersenyum.
"Morning, awak." Alice pusingkan sedikit kepalanya bagi memandang Ray.
"Morning." Suara serak Ray mula kedengaran seraya tepi kepala Alice diciumnya. Dagunya kembali didaratkan pada bahu Alice.
Alice sekadar tersenyum akan tingkah Ray. Turut dirasakan pelukan Ray pada pinggangnya kian erat.
"Buat apa ni?" Soal Ray tatkala pandangannya terhala pada roti yang berada di dalam pegangan Alice.
"Buat roti." Balas Alice sambil meneruskan tingkahnya yang terhenti tadi.
Dahi Ray berkerut sedikit. "Kau lapar ke?" Nadanya kedengaran risau. Dia bangun lewat sangat ke?
"Tak pun. Saya saja je. Tadi ternampak jem ni dalam peti sejuk. Alang-alang nak tunggu awak bangun, saya buatlah roti dulu." Alice gelengkan kepalanya. Dia lebih kepada bosan je sebenarnya.
Roti yang sudah disapu jem itu dilipatnya sebelum kepalanya dipalingkan sedikit menghadap Ray. "Awak nak?" Roti tersebut disuakan di hadapan Ray.
Melihatkan suaan roti daripada tangan Alice, Ray sekadar menggigitnya perlahan. Seketika wajahnya berubah riak buatkan dahi Alice turut sama berkerut.
"Kenapa? Tak sedap ke?" Soal Alice dalam keraguan. Dia pun satu. Main ambil aje jem yang ada dalam peti sejuk resort ini. Entah-entah dah expired!
"Aku tak suka chocolate." Lain yang Alice tanya, lain yang Ray jawab. Namun roti tersebut dikunyahnya juga sehingga habis.
Kian berkerut dahi Alice akan ujaran Ray. "Habistu kenapa awak makan?" Soalnya dalam kepelikan.
"Sebab kau yang suap." Cukup bersahaja balasan Ray itu namun cukup buatkan Alice tersenyum.
Kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum pipi Ray ditepuknya perlahan. "Ish, mengada! Kalau tak suka tu, tak payahlah makan." Baki roti gigitan Ray tadi dimasukkan ke dalam mulut.
Ray sekadar tersenyum tanpa membalas. Sebaliknya tubuh Alice kembali dipeluknya.
"Harini kau nak pergi mana?" Soal Ray sambil mengangkat kening.
Alice terdiam buat seketika. Pelukan Ray pada pinggangnya dileraikan seraya tubuhnya dipusingkan menghadap Ray sepenuhnya.
"Saya pun tak tahu. Awak nak pergi mana?" Alice menyoal Ray kembali.
Sejujurnya dia juga sudah tidak tahu kemana lagi mereka ingin pergi. Hampir seminggu mereka berada di Bali, sudah terlalu banyak tempat yang Ray bawa dia terokai.
Ray picingkan matanya. Pinggang Alice kembali dipeluknya. "Aku tanya kau."
Alice terdiam lagi untuk beberapa ketika sebelum bibirnya kembali mengukir senyum. "Kalau kita duduk depan pantai aje boleh?" Keningnya diangkat beberapa kali.
Dahi Ray berkerut pelik. "Itu je?" Dia tiada masalah untuk bawa Alice jalan-jalan di pantai tetapi takkanlah itu sahaja tempat yang isterinya mahu pergi sedangkan banyak lagi tempat lain yang ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
