46

22.2K 835 41
                                        

SEDARI dia melangkah masuk ke bangunan Imperial tadi, senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya. Daripada di locker room, naik ke lif dan hinggalah dia masuk bertugas, Alice masih mengekalkan senyuman yang sama.

Hinggakan ada beberapa teman sekerjanya yang menegur akan senyumannya yang begitu berbeda daripada kebiasaan. Namun dia sekadar menggeleng tanpa memberitahu apa-apa.

Kerana sesungguhnya ada orang lain yang perlu diberitahu terlebih dahulu soal apa yang sedang dipendamnya tika ini.

Memikirkan soal itu, Alice tersenyum lebih lebar. Pandangan pula secara automatik terhala pada cincin berlian yang tersarung elok di jari manisnya. Setelah hampir seminggu dia ambil masa untuk berfikir, Alice rasa dia sudah jumpa jawapan yang sebenar.

Dan jawapan itu pastinya bakal mengubah seluruh hidupnya tidak lama lagi.

Ting!

Notifikasi yang berbunyi datangnya dari telefon bimbitnya buatkan fokus Alice berubah. Paparan skrin yang sudah bernyala secara automatik dipandangnya. Ada pesanan daripada Aspalela.

+ Nak lunch sekali tak? Aku free harini.

Melihatkan perkataan 'lunch' yang tertulis, Alice jadi tersedar diri. Dah masuk waktu rehat rupanya. Ralit sangat tengok cincin dekat tangan sampai boleh tak perasan.

+ Boleh. Aku on the way turun.

Usai membalas pesanan Aspalela, segera Alice bangkit dari duduk. Alang-alang Aspalela dah ajak dia rehat, inilah masa yang sesuai untuk dia khabarkan kepada temannya itu tentang lamaran tersebut.

Melangkah keluar dari penthouse, Alice berhentikan tubuhnya di hadapan lif. Butang untuk turun ditekan sebelum dia berdiri menunggu. Tidak sampai beberapa saat, lif tersebut terbuka luas dan Alice segera masuk ke dalam.

Berdiri dia penjuru kanan, Alice tekan butang G buatkan pintu lif perlahan-lahan tertutup kembali. Namun belum sempat ia tertutup rapat, lif tersebut kembali terbuka menandakan ada orang lain yang ingin masuk.

Panggungkan kepala, kelihatan sosok tubuh Ray yang sibuk menatap telefon bimbit melangkah masuk. Bibir Alice secara automatik mengukir senyum tatkala wajah Ray menyapa kornea mata.

"Encik Ray."

Mendengarkan suara yang menyebut namanya itu, segera Ray angkat wajahnya dari terus menatap telefon bimbit. Wajah Alice yang sedang tersenyum dipandangnya buat beberapa ketika sebelum dia mengangguk sebagai balasan.

Tiba-tiba rasa awkward pula selepas hampir seminggu mereka tidak berbicara.

Tertutupnya kembali pintu lif, menandakan bahawa cuma mereka berdua yang berada di dalamnya. Alice mahupun Ray lebih selesa mendiamkan diri selepas sesi sapa-menyapa sebentar tadi.

Dalam diam, Alice sebenarnya sedang memerhati tingkah Ray di sebelahnya. Lelaki itu tampaknya begitu sibuk dengan telefon bimbitnya sedari tadi. Entah apa yang Ray lakukan dia sendiri tidak pasti.

Sudahlah tadi semasa dia menyapa Ray cuma angguk sahaja. Penat dia senyum lebar-lebar. Tetapi Ray langsung tidak beri apa-apa reaksi!

Kekal berdiri di tempatnya, Alice sekadar memandang hadapan. Buat seketika Alice teringatkan tentang cincin yang sudah tersarung di jari manisnya. Agaknya macam mana ya dia hendak beritahu Ray akan hal itu?

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang