SEPANJANG perjalanan dari rumah menuju ke kolej, Aston Martin itu dibelenggu sepi. Selalunya ada sahaja perkara yang mereka bicarakan bersama tetapi tidak pagi itu. Semuanya kerana perbalahan semalam.
Sesekali pandangan Alice mengerling ke arah Ray di sebelah. Tampaknya Ray sudah kembali menayang wajah tidak berperasaannya itu. Dan dia tidak sukakannya.
Dia tahu Ray masih marahkan dia kerana hal semalam tetapi janganlah ignore dia seperti sekarang. Makin sedih dia dibuatnya.
"Awak.." Perlahan suara Alice menyeru Ray di sebelah. Senyuman cuba diukir sebaik manis tatkala menatap wajah suaminya.
Diam. Anak mata Ray masih kekal pada pemanduan tanpa langsung memandang ke arah Alice.
Alice kemam bibir. "Tengahari nanti jom lunch sama-sama, nak tak?" Ajak Alice bernada ceria. Manalah tahu Ray boleh terpujuk kan?
Diam.
"Aku sibuk. Banyak kerja." Balas Ray setelah beberapa ketika.
Bibir Alice sudah memuncung. Seketika matanya kembali bercahay terang. "Kalau macamtu, saya masakkan untuk awak lepastu kita makan dekat ofis. Kelas saya habis awal harini!" Alice angkat keningnya. Cubaan memujuk kali kedua.
"Aku tak ada dekat ofis." Balasan Ray sekali lagi buatkan Alice memuncung. Ray memang sengaja kan cipta alasan sebab taknak makan dengan dia?
Pusingkan tubuh menghadap Ray sepenuhnya, wajah tampan Ray ditatapnya. "Awak marahkan saya lagi kan? Saya tahu." Perlahan nada Alice berkata-kata. Bibirnya mencebik sedikit.
Ray kekal diamkan diri namun wajah Alice yang sedang menatapnya dalam dilihat dari sisi mata.
Alice hela nafas perlahan. "Saya minta maaf pasal semalam. Saya tahu awak marah sebab risau kan? Saya salah sebab tak dengar cakap awak." Bersungguh-sungguh Alice memohon maaf. Sungguh dia tidak mahu bergaduh lama-lama dengan Ray.
Kereta yang sudah memasuki perkarangan kolej buatkan Ray memberhentikan pemanduan. Tersentak tubuh Alice bersama kepala yang dipalingkan menghadap tingkap. Sekali lagi dia hela nafas lemah.
"Awak.." Alice menyeru Ray lagi. Kali ini lebih lirih dari tadi.
"Dah sampai." Ray sandarkan tubuhnya ke belakang. Stereng disentuhnya dengan sebelah tangan. Wajah Alice masih tidak dipandangnya.
Kian mencebik bibir Alice dengan reaksi Ray. Nampak sangat nak suruh dia keluar.
Capai beg galas dari belakang, Alice hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ray. Ray menyambutnya seperti biasa namun tatkala Alice tundukkan kepalanya, Ray kembali palingkan wajahnya.
Terangkat kepala Alice apabila melihat tingkah Ray. Ray tak cium dahi dia seperti selalu. Lama pandangan kekal pada wajah Ray, menunggu kalau-kalau Ray akan mengubah fikiran.
Malangnya tidak.
Tidak betah lagi berlama-lama, segera dia keluar daripada kereta Ray tanpa langsung berpaling.
Sedih dia tau Ray buat macamni!
SELEPAS makan malam bersama tadi, Ray tinggalkan dia di bawah begitu sahaja. Sedih tidak dilayan Ray siang tadi masih berbaki di hatinya. Lebih-lebih lagi apabila melihat tingkah Ray yang begitu bersahaja. Macam tak bersalah langsung!
Bersama langkah yang penuh protes, Alice masuk ke bilik tidur mereka. Sempat dia kerling ke arah Ray yang sedang bersandar pada katil.
Huh! Dia nak merajuk dengan Ray! Ray dah tak sayangkan dia!
Hampiri meja belajarnya, beg galas berisi laptop dan segala assignment digalasnya. Kemudian, langkah dibawa mendekati katil sebelum sebuah bantal dan selimut dibawa ke dalam pelukan.
Ray yang sememangnya memerhati tingkah Alice itu segera mengangkat kepala. Keningnya terangkat sebelah melihatkan bantal dan selimut yang berada di dalam pegangan isterinya.
"Nak pergi mana?" Soal Ray setelah beberapa ketika. Mata memicing memandang ke arah Alice.
Alice cebikkan bibir. "Kenapa nak tahu?" Bukan ke Ray tengah marahkan dia? Jadi kenapa nak tanya? Huh!
Hampir tidak berkelip mata Ray mendengar balasan Alice. Amboi! Ini siapa marah siapa ni? Kenapa dari gaya Alice macam Alice pula yang marahkan dia?
"Ikut sukalah."
Berubah riak wajah Alice akan ujaran Ray. Bibir sudah kian mencebik. Ray cakap ikut suka pada dia? Ray dah tak pedulikan dia lagi?
Sedihnya!
Bersama langkah yang semakin protes, Alice melangkah turun ke bawah. Bantal dan selimut dicampakkan di atas sofa berhadapan televisyen sebelum tubuhnya dibaringkan.
Tangannya disilangkan ke dada bersama riak wajah tidak berpuas hati. Nampaknya Ray memang betul-betul dah tak sayangkan dia! Ray tak kisah pun dia nak tidur di bawah!
Alice mendengus tidak berpuas hati. Kan dia dah minta maaf? Kenapa Ray taknak maafkan? Bukannya besar pun salah dia buat!
Huh!
Dia tak suka Ray! Walaupun dia rindu Ray tetapi dia tetap taknak kawan Ray!
MATANYA dicelikkan kembali dari dipejamkan. Tempat duduk bersebelahannya yang masih kosong dipandang sebelum jam yang tergantung pada dinding pula menjadi tatapan mata.
Jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Dan Alice masih tidak naik lagi ke bilik. Apa yang isterinya itu lakukan di bawah?
Bangkit dari pembaringan, segera Ray melangkah keluar dari bilik. Kaki perlahan-lahan menuruni tangga sebelum matanya sempat menangkap sosok tubuh Alice yang sedang berbaring pada sofa.
Hela nafas perlahan, sofa yang menempatkan isterinya itu dihampirinya. Sempat pandangannya meliar pada laptop dan kertas assignment Alice yang berselerak di atas meja.
Tergeleng-geleng kepalanya sebelum pandangannya terhenti pada sosok tubuh Alice yang begitu nyenyak tidur. Duduknya perlahan-lahan dilabuhkan di atas sofa bersama mata yang memicing ke arah Alice.
Seketika ada senyuman senget yang terukir di bibirnya tatkala melihat wajah Alice. Walaupun sudah dimarahi, akal Alice masih sama. Sampaikan sanggup bawa bantal dan selimut dan turun ke bawah semata nak tunjuk protes pada dia.
Macamlah dia tak tahu Alice sengaja nak tarik perhatian dia. Lepastu sedih bila dia taknak layan.
Ray gelengkan lagi kepalanya bersama tangan yang naik mengusap kepala Alice beberapa kali. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya sebelum tangannya dibawa ke pipi Alice lalu dicubitnya kegeraman.
Geram sebab buat dia risau! Geram sebab buat dia tak tentu arah! Geram sebab terlalu banyak akal!
Berkerut-kerut wajah Alice tatkala diperlakukan sebegitu. Namun Ray sekadar tertawa. Pipi Alice kembali diusapnya lembut.
Pusingkan tubuh menghadap meja, segala barangan Alice dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Tidak dilupakan lampu yang masih terpasang juga ditutupnya.
Galas beg Alice pada bahu, Ray tundukkan sedikit tubuhnya sebelum tubuh Alice perlahan-lahan dicempungnya. Kedengaran desisan kecil yang terbit dari bibir Alice buatkan Ray mengintai sedikit wajah isterinya.
Namun tidak lama kemudian, dia kembali mendaki tangga untuk naik ke bilik.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
