MANGKUK berisi nasi goreng didaratkan di atas meja. Alice kemudiannya membuka langkah menuju ke tingkat atas. Tolak pintu bilik perlahan, Alice suakan kepalanya ke dalam bagi mencari Ray. Dan tatkala sosok tubuh suaminya mula kelihatan, Alice ukir senyum.
"Awak dah siap? Jom kita sarapan." Alice hampiri Ray yang sedang berdiri di hadapan meja solek.
Ray palingkan tubuhnya sedikit. Tingkahnya yang sedang memperbetulkan tali leher turut sama terhenti. "Sekejap. Sikit lagi."
Kembali berpaling menghadap cermin, Ray hela nafas tidak puas hati. Entah kenapa hari ini keadaan tali lehernya nampak pelik. Walhal sudah hampir 30 minit dia berdiri di hadapan cermin semata untuk memperbetulkan keadaan tali lehernya.
Ray kembali tegakkan tubuh. Seketika matanya mengerling ke arah Alice yang sedang berura-ura untuk melangkah pergi. Tali lehernya digenggam lembut.
"Alice." Seru Ray akhirnya.
Tubuh Alice automatik berpaling tatkala Ray menyeru namanya. "Ya, saya?" Alice angkat keningnya tatkala pandangan mereka berdua bertaut.
Ray pandang Alice agak lama. "Tolong aku." Pintanya.
Kening Alice mula berkerut. Tubuh Ray kian dihampiri. "Tolong apa?" Soalnya lembut.
Tidak berkata apa-apa, Ray tunjuk ke arah tali lehernya yang sedikit senget. Wajah Alice kemudiannya dipandang kembali memberi isyarat.
Melihatkan itu, bibir Alice terukir senyuman. Oh, Ray mahu dia tolong pakaikan tie rupanya! Dia fikirkan apa tadi.
Dekatkan lagi jarak mereka berdua, tangan Alice naik menyentuh tali leher Ray. Kolar baju Ray ditarik terlebih dahulu sebelum tangannya lincah memperbetulkan kedudukan tali leher Ray. Turut dipastikan agar ia tidak senget seperti awal tadi.
Kekal sebagai pemerhati, Ray hanya memandang wajah isterinya yang tidak sampai beberapa inci jaraknya. Bibir naik menyungging senyuman melihat Alice yang begitu ralit memperbetulkan keadaan tali lehernya.
Tidak menyangka dia bahawa saat ini benar-benar berlaku. Jika dulu, dia perlu memakai tali leher dengan sendirinya. Tetapi sekarang, dia sudah punya Alice untuk memakaikan tali leher buatnya.
Senyuman kian melebar. Berada sedekat ini dengan Alice buatkan Ray memanfaatkan masa yang ada dengan memandang wajah Alice tanpa jemu.
"Siap!" Bibir Alice mengukir senyuman puas hati. Tali leher tersebut didaratkan pada dada Ray sebelum kepalanya dipanggung ke atas. Senyuman Ray mula menyapa kornea mata.
Kekal memandang isterinya, tangan Ray naik menyentuh tali leher tersebut. Sempat dia buang pandang ke arah cermin. Keadaan tali lehernya nampak lebih kemas setelah sentuhan isterinya.
Bibir Ray terukir senyuman tipis. Anak mata Alice ditatapnya. "Thank you." Ucapnya penuh makna.
Mendengarkan itu, Alice tersenyum lagi. "Welcome. Dah, jom sarapan!" Ajak Alice seraya berura-ura untuk melangkah pergi.
Namun belum sempat dia berbuat sedemikian, lengannya terlebih dahulu ditahan Ray buatkan dia kembali berpaling. Keningnya terangkat ke atas sambil memandang Ray.
Tidak berkata apa-apa, Ray daratkan ciuman lembut pada dahi Alice. Buat seketika, tubuh Alice tergemap sebelum dia kembali mengangkat wajah. Dada turut berdetak laju daripada kebiasaan. Wajah Ray dipandangnya penuh tanda tanya.
"Upah untuk isteri aku." Ray sunggingkan senyuman senget.
Mendengarkan itu, pipi Alice mula berona merah. Senyuman yang tidak tertahan akhirnya terukir lagi sebelum dia benar-benar berlalu pergi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
