LAMPU-LAMPU chandelier bergemerlapan dari siling lobi hotel lima bintang memantulkan cahaya ke permukaan kristal yang tergantung indah. Tetamu-tetamu yang hadir pada malam itu juga tidak kurang ramainya. Lebih-lebih lagi apabila majlis itu adalah majlis perkahwinan anak tunggal kepada Tan Sri Ghaos, ahli korporat yang berjaya.
Ray dan Alice pada ketika itu baru sahaja tiba di pintu gerbang sedang dalam perjalanan ingin masuk ke dalam. Namun baru beberapa tapak mereka melangkah, Ray tiba-tiba berhenti di pertengahan jalan buatkan Alice sedikit terpinga-pinga sebelum dia turut sama berhenti.
Kerutkan dahi, kepalanya dipalingkan menghadap Ray. Dan dalam masa yang sama, Ray turut sama memalingkan wajahnya ke arah Alice. Sementara Alice mengangkat keningnya pelik bersama pandangan yang diliarkan ke sekeliling.
"Alice, did you bother if I ask you to do something?" Tanpa aba-aba, Ray melontarkan soalan tersebut kepada Alice.
Kening Alice semakin berkerut. Diam buat seketika untuk berfikir, dia akhirnya menggeleng. "Tak?"
Ray berdehem kecil. Matanya sengaja diliarkan ke sekeliling sebelum lengan kanannya dihulurkan pada Alice. Melihatkan huluran itu, Alice cuma memandangnya tanpa berbuat apa-apa.
Seketika, kepalanya kembali dipanggung ke atas, ingin mencari wajah Ray. Akan tetapi tatkala pandangannya terpandang akan gelagat sepasang suami isteri yang berjalan melepasi mereka, Alice akhirnya dapat menangkap apa yang Ray mahukan.
Ray mahu dia memeluk lengan lelaki itu.
Kembali mencari wajah Ray, pandangan mereka bersabung lagi. Ray angkat keningnya tinggi, menunggu maklum balas Alice akan permintaannya.
Ukirkan senyuman, tangan Alice perlahan-lahan memaut lengan Ray. Meskipun tika ini dadanya berdebar bagai nak gila, tetap sahaja dia beriak tenang. Asalkan Ray tidak dapat mendengar rima jantungnya, dia akan baik-baik sahaja.
Langkah Ray dan Alice yang beriringan bersama menarik pandangan beberapa orang yang di sekeliling mereka. Sememangnya kerana aura yang dibawa Ray pada malam itu amat berbeza. Dan mungkin juga kerana peneman yang dibawa lelaki itu juga turut berbeza.
Disisi Ray, Alice sedang sedaya-upaya mengukir senyuman manis. Dapat dia rasakan betapa kakunya pegangan dia pada lengan Ray ketika itu. Namun semestinya tindakannya itu tidak akan ditarik balik. Dia tidak mahu memalukan Ray disaat-saat seperti sekarang.
Semakin hampir mereka dengan suasana riuh-rendah hotel, semakin banyak mata-mata yang memerhati. Rata-rata tetamu pada malam itu pastilah mengenali Ray sebagai CEO kepada Imperial Lux. Namun gadis di sebelah lelaki itu belum pernah mereka lihat.
Sementara itu, ada juga rata-rata yang membangkitkan tentang persalinan mereka berdua yang dikatakan sedondon. Alice yang mendengar sekadar mengukir senyuman manis. Sememangnya warna tie yang Ray pakai itu senada dengan warna dressnya.
Kekalkan senyuman, Alice hanya mampu tunduk kepada sesiapa yang menyapanya. Meskipun dia tidak mengenali mereka, tetapi dia tahu bahawa mereka itu ialah kenalan kepada Ray.
"Ray! Finally you made it!" Suara Tan Sri Ghaos kedengaran dari kejauhan tatkala mereka semakin tiba di pintu utama. Pandangan Alice turut beralih, memandang lelaki itu yang sedang tersenyum-senyum ke arah mereka.
Senyuman Ray mula terukir lebar. Tubuhnya dibawa mendekati Tan Sri Ghaos sebelum dia memeluk lelaki itu. "How are you, Tan Sri?" Soal Ray usai pelukan mereka dileraikan.
"Good!" Tan Sri Ghaos angguk kepalanya. Pandangannya kemudiannya diliarkan ke arah Alice di sebelah Ray.
Keningnya terangkat sedikit. Senyumannya terukir senget. "You bring Alice too!" Sempat dia kerling Ray tatkala berkata sedemikian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Любовные романы[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
