TENGAHARI itu, Alice mengajak Aspalela datang ke penthouse untuk makan tengahari bersamanya. Rasanya sejak dia berkahwin, sudah lama juga dia tidak berbual panjang dengan Aspalela. Memandangnya Ray pun tiada untuk menemaninya makan tengahari, ada baiknya dia ada adakan catching up session dengan Aspalela!
"Lama juga aku tak datang melawat sini kan." Ujar Aspalela tatkala dia melangkah masuk ke dalam. Tubuhnya dipalingkan menghadap Alice. "Ini Encik Ray tahu ke aku datang?" Keningnya diangkat sebelah.
"Tahu. Aku dah mesej dia bagitahu." Alice anggukkan kepalanya. Walaupun mesejnya masih tidak dibalas Ray sedari pagi tadi tetapi dia harap Ray akan membacanya nanti.
Melangkah menghampiri countertop table, mata Aspalela sudah bercahaya terang. Lauk-pauk yang terhidang benar-benar membangkitkan seleranya.
"Amboi, rajinnya kau masak! Ini untuk Encik Ray ke untuk aku ni?" Aspalela ambil tempat duduk berhadapan dengan Alice. Matanya memicing sedikit.
"Untuk kaulah. Kan aku yang ajak kau makan sama-sama." Alice jeling Aspalela sedas. Memang dia sengaja masak untuk mereka makan berdua.
Aspalela angkat bahu. Bibirnya dicebikkan sedikit. "Manalah tahu kalau sebenarnya ni semua laki kau punya. Tapi sebab dia tak balik, itu sebab kau panggil aku. Kan?" Kata Aspaela begitu selamba. Sebuah pinggan berisi ayam paprik dicapai pinggannya.
Seketika Alice terdiam. Kata-kata Aspalela yang baru sahaja menyapa koklea telinga entah kenapa buatkan dia tersentap.
Tersedar akan riak wajah Alice yang separa berubah itu, Aspalela kemam bibirnya. Dasar mulut celupar!
"Lis.. aku minta maaf.." Cepat-cepat dia memohon maaf. Wajahnya turut terbias riak bersalah.
Mendengarkan itu, laju Alice gelengkan kepalanya. "Eh, kau nak sorry apa? Tak ada apa punlah." Bibirnya kembali mengukir senyum. Sebuah gelas dicapai lalu diisi dengan air kosong.
Aspalela picingkan matanya ke arah Alice. Lihat dari gaya Alice bereaksi nampak macam ada yang tak kena.
"Kau dengan Encik Ray.. okey kan?" Soalnya menginginkan kepastian.
Alice angguk kepalanya laju. "Mestilah okey. Ada nampak macam tak okey ke?" Soalan dibalas soalan. Lauk dimasukkan ke dalam pinggan.
Aspalela juihkan bibir. "Aku tanya. Sebab kalau ada apa-apa kau wajib bagitahu aku!" Jari telunjuk dihalakan pada wajah Alice. "Kalau Encik Ray buat kau pun kau kena bagitahu aku!" Penuh amaran nadanya.
Alice tertawa kecil. Kepalanya digelengkan beberapa kali. "Tak adalah. Ray okey." Sejujurnya mereka memang okey. "Cuma lately ni dia quite busy." Itu sahaja masalah yang membelenggu mereka.
Tetapi sejujurnya dia faham dengan kesibukan yang melanda Ray. Cuma dia sedikit sunyi apabila Ray tiada bersamanya. Bila dia bangun tidur, Ray sudah terlebih dahulu bersiap ke tempat kerja. Bila dia sudah tidur pula, Ray baru pulang ke rumah.
Jadi masa untuk mereka luangkan bersama semakin lama semakin berkurangan. Dan dia sedikit rindu akan adanya Ray disisinya.
"Biasalah. Dia busy cari duit untuk kau tu!" Aspalela kembali ukir senyum. Sengaja dia berkata sedemikian agar Alice kurang berasa sedih.
Alice turut sama tersenyum. Kerana itulah dia memilih untuk faham Ray.
"Lagipun bukan laki kau je busy sekarang ni. Encik Carl pun sama. Dah makin susah aku nak jumpa dia." Aspalela cebikkan bibirnya. Sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulut.
Berkerut dahi Alice mendengarkan itu. Seketika bibirnya terukir senyuman penuh makna. "Lain macam je bunyinya tu. Ada apa-apa yang aku patut tahu ke?" Keningnya diangkat tinggi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romansa[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
