35

22.5K 823 76
                                        

DENGAN bakul berisi baju kotor di tangan, Alice melangkah ke arah laundry room. Satu-persatu baju Ray dimasukkan ke dalam mesin basuh sebelum butang on ditekan. Dan sebaik sahaja mesin itu mula berpusing, Alice tersenyum lega. Selesai satu kerja!

Tersedarkan akan sesuatu, Alice automatik mengangkat lengan bagi mengerling ke arah jam. Jarum jam yang menunjukkan ke arah 1 menandakan sudah masuk waktu rehat.

Bersama langkah yang dibawa keluar daripada laundry room itu, Alice keluarkan telefon bimbitnya. Niatnya ingin melefon Aspalela namun tatkala ada mesej yang terlihat masuk ke pesanan daripada temannya itu, langkahnya terhenti serta-merta.

Aspalela
+ Sorry, Lis. Harini tak dapat lunch sekali :(

Nafas berat automatik terhela dari bibir Alice tatkala pesanan itu selesai dibacanya. Baru sahaja dia bercadang ingin makan tengahari bersama temannya itu. Nampak gayanya dia harus berehat di pantri sahajalah.

Alice
+ Sokay. Tak apa.

Simpan kembali telefon bimbit di dalam poket, Alice melangkah keluar dari penthouse tersebut. Tidak dilupakan juga access card turut dibawa bersama. Lorong menuju ke pantri kini menjadi hala tujunya.

Semakin dia menghampiri kawasan pantri, suara-suara rancak yang sedang berbual mula menyapa koklea telinga. Bibir automatik mengukir senyum. Pasti semua teman sekerjanya sudah berada di situ!

Setibanya dia di kawasan pantri, dapat dia lihat kelibat mereka semua yang sedang berkumpul di sebuah meja bulat seperti kebiasaan. Masing-masing sedang rancak berbual tentang yang dia sendiri tidak tahu tentang apa. Tanpa menunggu lama, terus sahaja Alice melangkah ke arah mereka.

"Hai semua!"

Khali.

Suasana yang tadinya dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua bertukar senyap serta-merta sebaik sahaja suara Alice mula kedengaran. Pandangan mereka semua juga automatik terhala ke arah Alice yang baru sahaja melepasi meja tersebut sebelum masing-masing memandang sesama sendiri.

Alice yang tersedar akan suasana yang tiba-tiba sunyi itu mengerutkan dahinya pelik. Angkat bahu, segelas mug yang berada di atas kabinet dicapai. Mungkin mereka terkejut agaknya dengan kehadirannya yang agak tiba-tiba.

Sedang Alice membancuh air Chocolate yang baru sahaja diisi dengan air panas, kedengaran pula suara-suara bisikan dari arah belakang yang buatkan rasa pelik sekali lagi menyelebungi dirinya. Dah kenapa pula nak cakap berbisik walhal tiada sesiapa pun disini selain dia?

Tak ada apa kot. Mungkin dia orang tengah bergosip dan tak mahu ada sesiapa yang dengar.

Selesaikan bancuhannya dengan segera, Alice mula berura-ura ingin melangkah pergi. Tak mahulah dia menjadi pengganggu untuk mereka terus bergosip. Lagipun dia boleh sahaja berehat di stor seorang diri.

Namun tatkala Alice baru sahaja ingin melangkah pergi, namanya diseru dari arah belakang yang buatkan dia kembali berpaling. Senyuman di bibir automatik terukir apabila menyedari pandangan mereka semua terarah padanya.

"Ya?"

"Sinilah!" Ejat melambaikan tangannya, menyeru Alice untuk kembali menuju ke meja.

Dengan langkah yang sedikit teragak-agak, Alice menghampiri meja bulat tersebut. Dada juga entah kenapa berdebar semacam tatkala dia tiba di hadapan mereka semua.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang