HARI ini merupakan hari ulang tahun Imperial yang ke-10. Sedar tidak sedar, sudah hampir 5 tahun dia memegang takhta sebagai pemilik Imperial bagi menggantikan arwah bapanya, Dato' Rahman.
Sejak dia berumur 23 tahun, dia sudah dididik untuk mengambil alih hotel yang sudah terbina di atas nama bapanya. Jika dulu dia tidak begitu yakin dengan kebolehannya, lebih-lebih lagi dengan pemergian ketiga-tiga ahli keluarganya.
Namun hari ini, dia harus mengakui bahawa separuh daripada dirinya sudah diabadikan sepenuhnya pada Imperial.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih sudi bersama Imperial daripada bawah pentadbiran arwah papa saya iaitu Dato' Rahman sehinggalah giliran saya yang mengambil alih. Terima kasih kerana sudi beri kepercayaan kepada saya untuk mengetuai kalian semua." Ucap Ray sambil tersenyum di hadapan khayalak ramai.
Tepukan gemuruh mula kedengaran buatkan pandangan Alice terhala ke arah hadapan. Seketika pandangannya kembali diliarkan ke arah Ray yang sedang berdiri di sebelahnya sebelum ada senyuman yang terukir di bibir.
Sungguh tika ini dia terlalu bangga dengan Ray. Setelah mengetahui apa yang suaminya itu lalui selama ini, Ray masih mampu mentadbir Imperial sejauh ini tanpa gagal. Dan untuk itu dia sangat bangga memiliki suami yang hebat seperti Ray.
"Di atas kesempatan itu, saya juga ingin meminta jasa baik anda semua untuk mendoakan urusan isteri saya dalam melahirkan anak kami berjalan dengan lancar." Suara Ray yang kembali kedengaran buatkan Alice kembali tersedar. Angkat wajah, pandangan Ray kini sedang terarah padanya sambil tersenyum.
"My wife willingly carried our baby and even sacrificed her days and nights just to make me happy. And as a husband, I always want and pray the best for her." Pelukannya pada pinggang Alice kian erat tatkala mengucapkan itu. Manakala Alice pula sudah mengukir senyum tatkala pandangan mereka bersatu.
Ray palingkan sedikit tubuhnya menghadap Alice. "Thank you, manja untuk semuanya." Ucap Ray sambil tersenyum. "Abang tahu abang takkan mampu balas segala pengorbanan manja tapi abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bahagiakan manja dan anak kita." Sambung Ray lagi seraya mencium kekura tangan Alice.
Jujur dia katakan, pengorbanan yang telah Alice lakukan buatkan terlalu besar jika dibandingkan dengan apa yang dia lakukan sekarang. Alice telah mengorbankan masa belajarnya demi melahirkan anaknya, membawa perut besar kesana kemari tanpa mengeluh walau sedikit. Dan perkara itu pun sudah cukup untuk buat dia menghargai kehadiran Alice di dalam hidupnya.
Mendengarkan ucapan Ray buatnya, Alice jadi sebak sendiri. Namun senyuman tetap sahaja terukir di bibirnya bersama tangan yang memeluk pinggang Ray lebih erat. Ray turut melabuhkan ciuman di dahi Alice sambil tersenyum.
Turut menjadi penonton dari hadapan, Tan Sri Alias, Ungku Firyani dan juga Puan Sri Qadijah juga tersenyum melihatnya. Melihat kebahagiaan mereka berdua cukup untuk buat mereka berasa bahagia sama.
Tepukan gemuruh sekali lagi kedengaran dek ucapan Ray yang begitu menyayat hati. Pekerja-pekerja penthouse yang mendengar turut sama sebak melihat ketulusan cinta Ray terhadap Alice.
Kembali pusingkan tubuhnya menghadap hadapan, Ray ukirkan senyuman selebarnya. "And today, it's just not about Imperial we're going to celebrate!" Penuh suspens nada Ray berkata-kata buatkan rata-rata mereka sudah memandang sesama sendiri.
Ray dan Alice saling berpandangan. Bibir mengukir senyuman.
"But we're also going to celebrate our baby's coming."
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
