39

20K 800 81
                                        

SESI food testing giliran staff penthouse pada pagi itu berlalu dengan begitu pantas. Setengah jam masa yang diperuntukkan untuk mereka cuba menu breakfast terbaru pihak hotel. Makanya tidak sesama sekali mereka melepaskan peluang untuk makan secara 'percuma' yang cuma akan dilakukan 3 bulan sekali.

"Pergh, padu betullah caramel croissant yang baru tu. Still tak boleh move on kemanisan dia dekat tekak mak ni." Ejat bersuara terlebih dahulu sebaik sahaja mereka keluar dari kawasan kafe.

"Mananya nak move on dah kalau rembat sampai 6 ketul!" Bidas Fatihah beserta jelingan.

"Tau tak apa! Mentang-mentang yang lain makan 2 je. Tamak kau ek!" Zana tolak pula bahu Ejat. Ejat mengaduh manja. Yang lain menghamburkan tawa.

"Kita semua okey lagi makan 2. Yang Alice makan 1 je. Manalah tak menadah tangan si Ejat." Wana pula menambah buatkan pandangan mereka semua terarah pada Alice. Kepala digelengkan serentak.

Alice hanya mampu tersenyum. Memang betul pun dia bagi Ejat kedua-dua croissant yang dia punya. Sebabnya dia tak berapa minat dengan segala benda manis.

"Kau ni, Jat! Kesian Alice. Report dekat Encik Ray memang kenalah engko ni." Kak Gee gelengkan kepalanya pasrah. Dia sendiri pun dah pening dengan perangai Ejat.

"Eh, tak apa! Lis tak kisah pun. Lis tak makan sangat makanan-makanan macamtu. Daripada membazir baik bagi dekat Ejat." Segera Alice menggeleng kepala. Risau pula dia kalau mereka semua ingat dia terasa hati soal itu. Padahal dia sendiri yang tawarkan pada Ejat.

"Hah! Mak setuju dengan cakap Lis tu. Daripada membazir, lebih baik masuk perut mak!" Sambil memegang perut, Ejat hamburkan tawa.

"Ini bukan perut!" Zana unjukkan jari pada perut Ejat. "Ini tong sampah!"

Meledak tawa mereka semua mendengarkan ujaran Zana. Alice turut sama tertawa kecil. Ejat pula sudah menarik muka masam. Sampai hati mereka semua cakap perut dia tong sampah!

"Ish! Sampai hati kau orang gelakkan mak!" Silangkan tangan ke dada, Ejat menonong berjalan ke hadapan, meninggalkan mereka semua di belakang.

Tawa yang masih belum reda terhambur lagi. Langkah Ejat daripada belakang diteruskan seperti biasa.

Seketika tatkala mereka sudah tiba di ruangan lobi, secara mendadak Ejat memberhentikan langkahnya buatkan yang lain turut berbuat sama.

"Dah apahal kau berhenti tengah-tengah jalan ni!" Marah Wana apabila dahinya terhantuk pada bahu Ejat.

"Weh korang!" Mata Ejat sedikit membulat. Tangan sudah naik mengatup mulut. Pandangannya tika itu kekal mengikuti langkah gerangan yang sedang melangkah masuk ke ruangan lobi.

Pelik dengan tingkah Ejat, yang lain turut sama memandang. Dan itu termasuklah Alice sendiri.

"Encik Ray.."

Langkah melepasi ruangan lobi bersama Carl, langkah lelaki itu tampak yakin. Sesekali ada senyuman senget yang terbit dari lelaki itu apabila dia dan Carl saling berbicara.

Akan tetapi, ada sesuatu perkara lain yang mencuri perhatian mereka semua pada pagi itu— iaitu tali leher berwarna biru gelap yang terlilit kemas pada leher lelaki itu.

"Itu.." Jari Ejat terunjuk ke hadapan. "Tali leher yang Lis hadiahkan dekat Encik Ray, kan?" Automatik kepala mereka semua terangguk sebelum serentak mereka memandang Alice.

Kekal sebagai pemerhati Ray sedari tadi, Alice sudah terlebih dahulu menyimpan senyum. Serasa tidak percaya dengan apa yang dia lihat meskipun sudah disuarakan oleh teman-teman sekerjanya.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang