TERBENTUK senyuman di bibir Ray melihatkan Alice yang sedang terkedek-kedek berjalan keluar dari kawasan kolej. Perut Alice yang sudah membulat besar itu dipegang isterinya sambil melambai-lambai ke arahnya.
Comel betul! Macam penguin!
Buka pintu kereta seluasnya, Alice melangkah masuk ke dalam sambil mengukir senyuman lebar. "Hai, abang!" Sapanya begitu ceria.
Terpaling sedikit tubuh Ray ke arah Alice. Bibir turut membalas senyuman lebar isterinya. "Hai, manja." Pipi Alice diciumnya sekilas.
Alice ukir senyum comel.
"Macam mana last paper? Okey tak? Boleh jawab?" Soal Ray dengan kening yang terangkat. Melihat dari gaya Alice senyum nampak macam okey.
Laju Alice mengangguk. "Boleh! Semua yang Lis baca semalam masuk tau, abang!" Gembira Alice memberitahu. Senyum-senyum dia sewaktu melihat kertas tadi!
Ray tersenyum lebih lebar. Ubun-ubun Alice diusapnya lembut. "Alhamdulillah, congrats manja abang." Hidung Alice turut dicuitnya.
Alice tertawa kecil. Kepalanya disengetkan sedikit sebelum lengan Ray dipeluknya.
"So, harini manja nak makan apa? Nasi? Western? Dessert? Ke chocolate?" Tanya Ray seperti kebiasaan. Kepala ditundukkan sedikit bagi melihat wajah Alice.
Sekarang ini setiap kali dia mengambil Alice pulang dari kelas, Alice akan suarakan permintaannya untuk makan makanan yang isterinya itu craving. Dan pastinya dia tiada masalah untuk menurut kesemua permintaan kesayangannya ini.
Tergeleng kepala Alice bersama jari telunjuk yang digoyangkan beberapa kali. "No! Harini taknak chocolate."
Kening Ray terangkat sebelah.
"Sebab harini baby cakap dia nak makan cupcake!" Alice dongakkan kepalanya sambil tersenyum buatkan Ray turut sama tersenyum.
"Boleh kan, abang? Lis nak 5 cupcake!" Alice kerlipkan matanya beberapa kali.
Ray anggukkan kepalanya seraya mendaratkan ciuman di dahi Alice. "Boleh, sayang." Apa sahaja untuk isterinya.
Kembali palingkan tubuh, tangan naik memegang stereng untuk memulakan perjalanan. "Okey jom kita cari cupcake manja!" Sempat dia kerling ke arah Alice yang sudah tersenyum gembira.
"Yeay, thank you, abang!" Tangan naik memeluk leher Ray seeratnya sebelum ciuman didaratkan pada pipi Ray sehingga Ray tertawa.
SAMBIL memimpin tangan Alice, mereka melangkah masuk ke bangunan Imperial. Pinggangnya turut sama dipeluk Alice sambil sebelah tangan isterinya memegang cupcake yang baru dibeli tadi. Ray sekadar menggelengkan kepala.
"Manja nak teman abang ke manja nak balik penthouse?" Soal Ray sambil memandang ke arah Alice di sebelah.
Alice tersenyum. "Nak teman abang!"
Terukir senyuman di bibir Ray seraya dia mencuit hidung Alice. Sekarang ini bilik ofis dia bukan cuma bilik dia tetapi dah jadi bilik Alice juga. Jikalau dia buat kerja dia meja utama, Alice pula buat 'kerja' dia di sofa berhadapan mejanya.
Kalau tak buat assignment, dia tidur. Sampaikan dia terpaksa sediakan tilam dan bantal agar Alice dapat berehat dengan selesa di situ. Disuruh berehat di penthouse tak mahu. Nak juga duduk dalam bilik dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
