MALAM sudah semakin larut namun Alice langsung tidak mampu memejamkan matanya. Angkat kepalanya ke atas, sisi wajah Ray yang sedang separa lena dipandangnya. Dada lelaki itu turun naik menandakan dia juga sedang berusaha untuk tidur.
Jarak mereka sengaja dirapatkan sebelum pelukan pada tubuh Ray kian dieeratkan. Dagu diletakkan di atas dada Ray.
"Abang.." Seru Alice bernada perlahan.
"Hm?" Balas Ray dengan gumaman. Namun tangannya tetap sahaja memeluk pinggang Alice.
Alice kerlipkan matanya beberapa kali. "Abang dah tidur ke?" Tanyanya penuh berhati-hati.
Ray gerakkan tubuhnya sedikit. Mata kekal dipejamkan. "Belum, sayang. Kenapa?" Dia dah hampir nak tidur sebenarnya sebelum Alice sempat menyeru tadi.
Alice cebikkan bibir. Serba salah pula dia menganggu lena Ray. Tetapi dia cuma bosan. Dan dia perlukan teman untuk berbicara!
"Abang dah mengantuk ke?" Alice menyoal lagi. Kepalanya disengetkan sedikit untuk menatap Ray sepenuhnya.
Perlahan Ray mengangguk. "Mengantuk. Abang penat sikitlah harini, manja." Adu Ray sedikit lirih.
Matanya kemudiannya cuba juga dibuka meskipun cuma separuh. Wajah Alice yang sedang tersenyum menghiasi kornea mata. Bibir automatik mengukir senyum.
"Manja dengan baby okey harini? Manja nak cakap apa-apa ke dengan abang?" Soal Ray penuh kelembutan. Tangan turut didaratkan pada perut Alice yang sudah terlihat bentuknya.
Hari ini dia terlalu letih. Tak sempat dia hendak berbual lama dengan Alice. Dan tak sempat juga dia ingin bertanya tentang keadaan anak mereka di dalam perut Alice.
"Baby okey!" Alice angguk kepalanya laju. Namun tidak lama kemudian dia hela nafas. "Tapi Lis yang tak boleh tidur." Adu Alice manja.
Berkerut dahi Ray. "Kenapa manja tak boleh tidur?"
Alice muncungkan bibirnya sambil menggeleng. "Tak tahu."
Ray sekadar tersenyum. Pipi Alice dicubitnya manja. "Tak apa. Biar abang tepuk manja. Mesti manja boleh tidur." Ray kembali selesakan tubuh.
Alice turut berbuat sama. Tangannya memeluk pinggang Ray erat seiring tubuhnya terasa ditepuk Ray perlahan. Mata masih tidak dipejamkan entah kenapa.
"Abang.." Setelah beberapa ketika, Alice kembali menyeru Ray.
"Ya, sayang?" Sambil menepuk Alice, laju bibir Ray menjawab. Matanya juga terpejam rapat.
Alice angkat wajahnya ke atas. Sisi wajah Ray dipandangnya sambil tersenyum.
"Lis ada teka-teki untuk abang!" Ceria nada Alice memberitahu.
Mendengarkan itu, Ray terdiam buat beberapa saat. Teka-teki pula dah! Fikir dia, Alice sudah mahu tidur tadi.
Abang ni dah mengantuk, manja!
"Malam-malam ni manja ajak abang main teka-teki?" Soalnya bernada tidak percaya. Manalah tahu Alice lupa sekarang sudah pukul berapa.
Alice sengih lebih lebar. "Teka-teki ni Lis jumpa siang tadi tau!" Memang niat dia nak tanya Ray tadi tapi terlupa. Sekarang dah ingat!
Ray tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Sudahnya dia hanya ukir senyum.
"Teka-teki apa tu, manja?" Layankan ajelah! Mata masih dipejam rapat.
Alice tersenyum lagi. Dagunya didaratkan pada dada Ray. "Teka-teki ni abang kena berfikir di luar kotak tau!" Alice berpesan terlebih dahulu.
Ray sekadar mengangguk tanda faham. Rasanya dalam keadaan dia yang menganguk seperti sekarang, bukan setakat luar, dalam kotak pun belum tentu dia mampu fikir.
Tetapi demi isteri kesayangan, dia akan layan juga sampai habis.
"Okey. Apa teka-tekinya, manja?" Ray menyoal penuh ingin tahu. Apa teka-teki yang luar kotak sangat tu?
Alice selesakan tubuh. Pinggang Ray sengaja dipeluk lebih erat.
"Teka-teki dia bunyi macamni, abang! Semut kan.. kalau dia bisu kita panggil dia apa?" Soal Alice penuh suspens. Keningnya turut diangkat beberapa kali.
Mendengarkan soalan Alice itu, Ray rasa hendak tepuk dahi. Tak terjangka pula dia teka-tekinya berbunyi begitu.
Semut bisu? Sejak bila pula semut boleh bercakap, sayang?
"Hmm.. abang tak tahulah, manja." Pasrah awal dia nampaknya. Sungguh, dia tak mampu berfikir!
Kening Alice naik bercantum. "Abang dah give up ke?" Awalnya!
"Ya, manja. Abang dah give up. Apa jawapannya?" Dia tak give up. Dia cuma dah terlalu mengantuk untuk berfikir.
Alice tertawa kecil. Pasrah betul bunyi nada Ray!
"Jawapan dia.. se-mute!" Jawab Alice separa menjerit. Kemudiannya dia tertawa.
Sejenak Ray terdiam. Cuba mencantumkan soalan dan jawapan yang Alice berikan. Dan setelah dia dapat menangkap apa maksud Alice, dia turut tertawa kemudiannya.
Teka-teki luar kotak sangat!
"Hebat kan teka-teki Lis?" Soal Alice pada Ray. Anak mata Ray yang sudah terbuka buatkan dia menatap mata Ray sambil tersenyum.
Tergeleng kepala Ray dibuatnya. Bibir sudah kembali mengukir senyum tatkala dia lihat senyuman yang Alice pamerkan di hadapannya.
Geram je dia tengok Alice sekarang ini!
"Hebat sangat sampai kacau abang tidur!" Ray cubit pipi Alice kegeraman.
Alice tergelak kecil. "Mana ada Lis kacau abang tidur!" Dia geleng kepalanya laju.
Ray menggulingkan biji matanya ke atas. "Sekarang dah pukul 1 pagi, manja. Mana ada orang main teka-teki 1 pagi!" Dia dari mengantuk terus segar matanya!
Alice ketawa lagi. "Kalau orang lain tak buat, kita buatlah!" Jawab Alice tidak bersalah.
Membulat mata Ray akan jawapan Alice. Pipi Alice kemudiannya dicubit lagi. Geram!
"Manja ni kan!" Tubuh Alice kemudiannya dipeluk kuat sehingga tawa Alice memenuhi ruangan bilik.
"Abang!" Menjerit Alice dibuatnya apabila dia hampir tidak mampu meloloskan diri.
"Sebab manja dah kacau abang tidur, abang nak peluk manja macamni sampai esok!" Pelukan pada tubuh Alice kian dieeratkan sebelum pipi Alice pula diciumnya berkali-kali.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
