48

22.6K 826 57
                                        

SEBAIK sahaja dia melangkah masuk ke bangunan Imperial pagi itu, terus sahaja dia diserang bertubi-tubi oleh semua teman sekerjanya. Masing-masing sepertinya sudah bersedia dengan berbagai jenis persoalan untuk ditanyakan kepadanya.

Berdiri di tengah, Alice dikerumuni mereka semua dari setiap sudut. Cincin tunang yang tersarung di jari manis belah kanan menjadi fokus paling utama mereka semua.

"Cantiknya! Pandai betul Encik Ray pilih," komen Fatihah menerima anggukan serentak daripada mereka semua. Sememangnya cincin pertunangan Alice itu terlihat begitu sempurna pada mata mereka semua.

"Ish, macam tak percayalah mak yang Lis dah nak kahwin!" Nada suara Ejat kedengaran begitu dramatik mengundang tawa Alice dan yang lain. Tercebik-cebik bibir lelaki itu.

"Tapi apa-apa pun, tahniah, Lis! Mak tumpang happy untuk kau!" Suara Ejat kembali bertukar ceria. Tidak terkata betapa gembiranya untuk Alice.

Yang lain turut sama mengangguk. Wana dan Putri sudah terlebih dahulu memeluk tubuh Alice sambil tersenyum.

"Aku dah agak dah!" Zana tiba-tiba bersuara buatkan pandangan mereka terarah pada gadis itu. "Mesti ada something antara Lis dengan Encik Ray!" Sambung Wana lagi sambil tersenyum bangga.

"Kan! Tengok gaya Encik Ray pandang Lis pun boleh tahu kot?" Putri turut sama menyokong.

"Aku ingatkan aku je yang perasan?" Sampuk Wana pula.

Ejat silangkan tangannya ke dada. Kepala pula digelengkan beberapa kali. "Siapa yang tak perasan tu memang butalah! Dah siap berbagi-bagi bunga lagi kot."

Serentak mereka semua memandang ke arah Ejat. Dahi pula sudah berkerut seribu, tidak faham akan kata-kata Ejat itu.

"Bunga?" Zana kecilkan matanya.

Kali ini giliran Ejat pula yang pelik. "Yelah. Bunga. Kan Encik Ray yang bagi Lis bunga masa birthday dia haritu?"

Kata-kata Ejat yang menyapa koklea telinga buatkan Alice terngadah. Kepala sudah ditundukkan sedikit ke bawah. Alamak, kantoi pula!

Membulat mata mereka semua, seolah-olah tidak percaya. Kian memerah wajah Alice tatkala pandangan mereka semua serentak terarah padanya. Manakala Kak Gee pula sudah menyimpan senyum.

"Oh! Patutlah senyum lebar je haritu! Encik Ray yang bagi rupanya!" Laju Fatihah mencuit pinggang Alice dengan senyuman mengusik. Tawa Alice kedengaran terhambur serta-merta.

"Sweet juga rupanya bos kita tu. Ingatkan tak ada romantic sense." Zana ketuk dagunya berkali-kali. Tak sangka pula dia dibalik wajah tidak berperasaan Ray itu masih terselit sifat romantiknya.

"Ada tu ada. Tapi untuk Lis sorang je la." Kening Putri terangkat beberapa kali.

"Untunglah Lis.." Serentak mereka semua berkata-kata buatkan pipi Alice semakin bertukar kemerah-merahan.

Tak henti-henti dia diusik hari ini nampaknya!

Sedang mereka bersemua bergelak tawa akan reaksi Alice, satu suara yang begitu mereka kenali siapa orangnya kedengaran dari arah belakang.

"Rancak berborak nampak. Tak ada kerja ke?"

Serentak mereka semua palingkan tubuh. Dan seperti yang mereka agak. Orang itu ialah.. Badrina.

Wajah masing-masing yang dihiasi senyuman sudah bertukar kepada riak wajah menyampah. Tiba-tiba datang tanpa diundang. Rosakkan momen orang sahaja!

Alice yang turut sama memandang ke arah Badrina tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Sudahnya dia hanya ukirkan senyuman kecil.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang