38

20.3K 849 85
                                        

TINGKAT penthouse pada pagi itu riuh-rendah dengan persiapan yang sedang dilakukan. Balon yang sudah siap ditiup digantung di setiap penjuru meja. Di atas meja itu pula penuh dengan berbagai jenis aneka makanan dibawa oleh mereka semua. Di tengahnya pula disediakan ruang separa besar untuk memuatkan kek yang telah mereka tempah.

Ia adalah bersempena untuk meraikan hari kelahiran Ray yang ke-28 pada hari ini.

Ejat dan Azlan yang sama-sama memanjat anak tangga dipegang oleh Wana dan juga Putri dari bawah. Manakala Zana pula menjadi orang yang menghulurkan banner kepada mereka berdua untuk digantung.

"Okey tak?" Soal Azlan pada mereka yang berada di bawah. Dia dan Ejat sama-sama menekap tangan pada banner tersebut.

"Kanan sikit weh!" Zana memberi arahan daripada bawah. Tangannya turut digerakkan ke belah kanan.

Ejat dan Azlan automatik menggerakkan banner tersebut ke kanan sedikit.

"Macam mana nyah? Tangan mak dah lenguh ni!" Ejat bersuara pula dari atas. Sudahlah dia gayat bukan main.

"Cun weh!" Para-para wanita yang berada di bawah mengangkat ibu jari ke atas. Manakala Ejat dan Azlan sama-sama mengikat banner tersebut pada penjuru dinding.

Dari sudut lain, Alice sedang tersenyum sebagai pemerhati. Melihat gelagat mereka yang bertungkus-lumus sedari tadi cukup untuk buat dia terhibur. Walaupun plan yang dibuat ini last minute, tetapi tetap terasa hidupnya.

"Kek dah sampai!" Suara teruja Kak Gee yang kedengaran buatkan mereka semua yang berada di situ berpaling. Berpusu-pusu mereka menghampiri Kak Gee yang memegak kotak kek yang sememangnya mereka tunggu-tunggu sedari tadi.

Alice yang berada di penjuru meja turut sama mendekati Kak Gee. Walaupun dialah orang yang menempah kek ini tempoh hari tetapi tetap sahaja dia ingin lihat hasilnya bagaimana.

"Way! Encik Ray turn 28!" Tulisan di atas kek itu menjadi perhatian mereka semua tatkala kotak selesai dibuka.

"Tua dah rupanya encik bos kita tu!" Komen Ejat tidak beragak.

"Hoi! Kalau Encik Ray dengar mahu kau kena buang kerja!" Tegur Zana beserta tangan yang menolak bahu Ejat.

"Ish, sakitlah!" Ejat menarik muka masam. Bahunya digosok berkali-kali. Tertawa mereka semua melihat reaksi Ejat itu.

"Okey sudah! Semua standby dekat tempat masing-masing. Akak nak call Encik Carl sekejap. Akak bagi je sign, semua kena ready." Kak Gee mula memberi arahan. Terangguk-angguk kepala mereka semua tanda faham.

Hilang sahaja Kak Gee dari bayangan, berpusu-pusu semua bergerak mengambil tempat dan bersedia. Ada yang memegang belon. Ada yang memegang banner kecil. Dan ada juga yang sudah bersedia dengan party horn di bibir.

Alice pula menjadi orang yang memegang prop yang tertulis "Happy Birthday" di atasnya. Tidak dilupakan juga, dia menjadi orang yang berada di barisan paling hadapan memandangkan kata mereka semua kononnya dia adalah 'pekerja kesayangan' Ray. Entah betul, entah tidak!

"Encik Ray dah nak sampai! Standby semua!" Arahan yang diterima dari Kak Gee buatkan debaran kian terasa.

Alice yang berdiri paling hadapanlah yang paling berdebar sekali. Risau pula dia dengan penerimaan Ray terhadap persiapan ini.

Satu detik.

Dua detik.

Tiga detik.

"Selamat hari lahir, Encik Ray!" Serentak mereka menjerit tatkala Ray melangkah masuk ke ruangan penthouse. Turut ada bersama Hun dan Carl disisi lelaki itu dengan senyuman penuh makna.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang