33

21.5K 837 149
                                        

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik kedengaran diketuk itu buatkan fokus Ray pada iMacnya sedikit terganggu. Kepala diangkat bersama bibir yang bergerak menyuruh si pengetuk pintu itu masuk.

Seketika kelihatan figura Badrina melangkah masuk. Bibir gadis itu semestinya dihiasi senyuman manis seperti kebiasaan.

"Anything, Badrina?" Pusingkan kerusinya menghadap gadis itu, Ray menyoal penuh tanda-tanya. Rasanya hari ini dia tidak punya sebarang janji temu mahupun apa-apa hal yang penting.

"Maaf ganggu, Encik Ray tapi saya cuma nak serahkan kad jemputan ni." Kad jemputan yang sememangnya berada di tangan terus sahaja diserahkan kepada Ray.

Bersama dahi yang berkerut, laju Ray menyambut huluran tersebut. Seketika bebola matanya dilarikan bagi membaca isi kad jemputan yang baru sahaja diterima atas namanya.

Harrizz & Marissa
Are getting married!

With love and blessings from,
Tan Sri Ghaos & Puan Sri Zulaikha

We would be honoured to have you with us on our special day!

Melihatkan baris nama yang tertera pada kad jemputan tersebut, barulah Ray teringat akan perbualan diantara dia dan Tan Sri Ghaos sebulan yang lalu. Lelaki itu ada menjemputnya untuk hadir ke majlis perkahwinan anak gadisnya pada hujung bulan ini.

"I would love to meet Alice again as your plus one at my daughter's ceremony."

Oh, dan dia juga baru teringat akan suatu perkara. Tan Sri Ghaos juga berharap dapat bertemu lagi dengan Alice di majlis tersebut sebagai 'plus one'nya.

Tetapi persoalannya sekarang ini, mahukah Alice hadir ke majlis sebegitu bersamanya?

Hela nafas perlahan, Ray sekadar menganggukkan kepalanya. Tak apa, soal itu nanti akan dia fikirkan. Wajahnya kembali diangkat bagi memandang ke arah Badrina yang masih berdiri di hadapannya.

"Noted. Thank you, Badrina." Kad jemputan diangkat tatkala bibir mengucap terima kasih. Kerusi pula kembali dipusingkan ke arah iMac untuk menyambung kerja yang tergendala.

Badrina yang sedari tadi menunggu kalau-kalau Ray ingin mengajaknya menemani lelaki itu ke majlis tersebut akhirnya terpaksa mengukir senyuman kekok. Badannya ditundukkan sedikit sebelum dia melangkah keluar dari pejabat Ray.

Kembali labuhkan duduk di meja kerja, Badrina gelengkan kepalanya sebelum dia kembali tersenyum.

It's okay, Badrina. Mungkin dia lupa.

















"BETUL ke kek pisang dengan pudding caramel aje dah cukup, Kak Yani?" Bersama tubuh yang dipalingkan menghadap Ungku Firyani, Alice meluahkan kerisauannya yang satu itu.

"Lebih dari cukup dah tu, Lis. Yang makannya kita aje tau." Jawab Ungku Firyani sambil tertawa kecil. Risau benar Alice kalau minum petang mereka tidak cukup.

Alice turut sama tertawa. "Lela jangan lupa! Dia dah call tau tadi cakap nak datang." Alice mengingatkan kembali tentang Aspalela. Temannya itu juga mahu turut serta dengan sesi minum petang mereka sekeluarga.

"Oh ya! Pukul berapa dia nak sampai?" Soal Ungku Firyani sambil menghampiri Alice.

"Mungkin dalam pukul—"

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang