65

19.8K 631 47
                                        

DITEMANI suasana sejuk hasil rintik-rintik hujan di luar, Alice dan Ray sedang berbaring di atas katil sambil pandangan yang terhala ke arah sliding door yang dibuka separuh. Sesekali angin malam menyapa tubuh mereka buatkan Alice mengeratkan pelukannya pada pinggang Ray.

Ray yang menyedari akan hal itu turut berbuat sama. Tubuh isterinya dipeluk seeratnya sambil tangan naik mengusap pipi Alice. Alice angkat wajahnya buatkan pandangan mereka bertaut.

Senyuman terukir di bibir mereka berdua.

"Awak.." Seru Alice perlahan dibalik pelukan hangat itu.

"Hm?" Ray angkat keningnya. Wajah Alice dipandangnya sambil tersenyum.

Alice turut sama mengukir senyuman. Kepalanya sengaja disengetkan sedikit. "Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya?" Soalnya penuh rasa ingin tahu.

Ray kerutkan dahinya. "Aku kena bagitahu ke?" Soalnya kembali dengan nada mengusik.

Alice muncungkan bibirnya. "Mestilah! Saya kena tahu!" Sikap curious dia ni dah tak dapat ditahan lagi.

Ray terdiam buat seketika. Wajah sengaja dibuat-buat sedang berfikir. "Macam mana eh aku jatuh cinta dengan kau?"

Alice sudah tersenyum teruja. Tak sabar ingin mendengar cerita Ray tentang dia!

Melihatkan senyuman di wajah Alice, Ray turut sama mengukir senyuman lebar. Tubuh Alice sengaja dipeluk lebih erat, mata pula memanah tepat ke dalam anak mata Alice yang sedang turut memandangnya. Rambut isterinya kemudiannya diselitkan ke celah telinga.

"Aku jatuh cinta dengan kau sebab kau terlalu baik." Ujar Ray sambil tersenyum.

Dahi Alice sudah berkerut pelik. "Maksud awak?"

Ray anggukkan kepalanya. "Yes. Your kindness. Your innocence. Your pure face. I fall in love with that." Jujur Ray tanpa berselindung.

Sememangnya kerana kebaikan Alice lah yang membuatkan dia jatuh cinta pada gadis itu. Dan tidak dapat dia nafikan bahawa wajah lembut yang Alice miliki menjadi salah satu punca dia jatuh suka pada isterinya.

Terbentuk kembali senyuman di bibir Alice akan ujaran Ray tadi. Berbunga-bunga rasanya hati dia mendengarkan pengakuan cinta Ray padanya.

"Sejak bila?" Alice angkat keningnya.

Ray terdiam. Seketika kata-kata yang pernah Alice ucapkan padanya mula berlayar di fikirannya.

"Terima kasih encik sebab dah jadi seorang bos yang baik.
Saya minta maaf sebab selalu susahkan encik dan ambil kesempatan atas kebaikan encik. Tapi saya doakan semoga kebaikan encik pada saya bakal dibalas dengan sesuatu yang lebih baik pada suatu hari nanti."

Saat Alice tuturkan kata-kata itu, dia sebenarnya sudah mula merasakan sesuatu. Tetapi dia memilih untuk mengendahkannya sahaja.

"Sejak aku sedar yang aku tak boleh biarkan kau sendiri." Ucap Ray sambil menatap wajah Alice yang sedang tersenyum.

Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berasa tanggungjawab terhadap seseorang mahupun pekerjanya yang lain. Tetapi ia berbeza dengan Alice.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus merasakan seperti itu setiap kali dia berada dekat dengan Alice. Dan kerana itulah dia sering menghantar Alice pulang meskipun dia tahu dia tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

Tetapi entah kenapa dia memilih untuk terus melakukannya. Pada awalnya dia fikir kerana sikap tanggungjawabnya terhadap seorang gadis yang bergelar pekerjanya. Namun lama-kelamaan dia sedar bahawa bukan asbab itu dia ingin lakukannya.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang