30

22.8K 818 84
                                        

JAM di tangan dikerling buat kesekian kalinya sebaik sahaja dia selamat tiba di Imperial. Ray menggelengkan kepalanya apabila melihat jarum jam sudah menginjak ke pukul 10 pagi. Tidak pernah dia tiba di pejabat selewat ini sepanjang hidupnya.

Ini semua disebabkan keretanya yang tiba-tiba sahaja buat hal. Kereta buat hal itu satu. Hendak menunggu drivernya datang ambil di rumah pula hal kedua. Bahananya, dia menjadi orang terakhir yang tiba di tempat kerja.

"Morning, Encik Ray."

"Selamat pagi, bos."

"Selamat pagi, Encik Ray."

Sapaan dari pekerja-pekerjanya sekadar dibalas dengan anggukan dan gumaman seperti kebiasaan. Kebersamaan itu, langkahnya kekal terlihat penuh berwibawa menuju ke bilik ofisnya.

"Morning, Encik Ray!" Melihat Ray yang kian hampir menuju ke arahnya, Badrina turut bangun dari duduk. Sapaan mesra beserta senyuman manis dipaparkan di hadapan lelaki itu.

Sekali lagi, sekadar gumaman yang Ray balas buat Badrina tanpa melihat ke arah gadis itu. Namun tatkala dia baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam ofis, dia mula teringatkan akan sesuatu yang buatkan dia berpaling semula.

"Badrina."

"Ya, Encik Ray?" Laju Badrina berpaling tatkala namanya diseru.

Tanpa berkata apa-apa, Ray sekadar mengisyaratkan agar Badrina masuk ke dalam biliknya segera. Badrina mengerutkan dahinya pelik namun tetap sahaja dia bangkit semula dari duduknya. iPad miliknya dicapai lalu bahagian schedule Ray yang bertarikh hari ini segera dibuka.

Ray menghela nafas lega apabila dia selamat melabuhkan duduk di atas kerusi. Penat juga rupanya jadi orang yang lewat ini. Sampaikan termengah-mengah dia dibuatnya. Dan sekarang dia sudah faham perasaan segelintir pekerjanya yang tiba lewat ke tempat kerja.

Tok! Tok! Tok!

Pintu yang kedengaran diketuk dan kemudiannya dibuka memperlihatkan sosok tubuh Badrina yang melangkah masuk. Seperti biasa, badannya akan ditundukkan terlebih dahulu sebelum fokusnya berubah pada iPad yang berada di tangan.

"Untuk harini, jadual Encik Ray—"

Ray mengangkat sebelah tangannya untuk menghentikan bicara Badrina yang pastinya ingin memberitahu soal jadualnya untuk hari ini. "Kosongkan semua appointment saya selepas waktu lunch." Sebaliknya, arahan lain pula yang diberikan kepada gadis itu.

Sebenarnya dia baru teringat bahawa Alice ada menghantar mesej padanya pagi tadi. Katanya Tan Sri Alias sudah mula sedarkan diri Subuh tadi. Lega juga hati dia yang mendengarnya. Tetapi akibat terlalu kalut dengan isu keretanya yang tiba-tiba rosak, tidak sempat pula dia ingin membalas.

Dan oleh kerana itulah dia fikir lebih baik jika dia memunculkan diri sahaja di hospital. Sekurang-kurangnya tidaklah Alice fikir yang bukan-bukan tentangnya. Lagipula, dia juga ingin bertemu empat mata dengan lelaki yang bergelar bapa kepada Alice itu.

Berkerut dahi Badrina tatkala mendengar arahan Ray yang satu itu. Pelik. Kenapa tiba-tiba?

Lama pandangan Badrina menatap iPad di tangan sebelum kembali mencari wajah Ray. "Tapi encik, hampir semua appointment harini selepas waktu lunch.." Bukan hampir, memang semua pun selepas waktu lunch.

"Dan ada juga yang pada waktu lunch." Sambung Badrina lagi apabila pandangannya terhala pada suatu lagi temu janji yang berada paling atas di dalam jadual.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang