TAWA mereka semua bergabung serentak tatkala melihat sesi tikam lidah diantara Ejat dan Fatihah yang tidak berkesudahan. Yang seorang tak mahu beralah, yang seorang lagi tak mahu kalah. Yang penonton pula jadi tukang gelaklah!
Alice turut sama tertawa kecil seraya menepuk lengan Fatihah beberapa kali. "Sabar, Fatihah, sabar."
Fatihah ulingkan biji matanya ke atas. Wajah Ejat dijelingnya. Sabar dia dah habis had!
"Patutnya ko kena cakap sabar dengan mak tau, Lis! Bukan dia!" Ejat tuding jari pada Fatihah. Nadanya jelas tidak berpuas hati.
Ketawa mereka semua terhambur lagi. Alice sekadar tersenyum. Tangan mula menopang dagu.
"Lepasni mesti Lis dah tak boleh tengok kau orang gaduh lagi." Sedikit lirih nada Alice berkata-kata buatkan mereka semua yang berada di situ memandangnya serentak.
"Kenapa pula? Lis nak pergi mana?" Wana menjadi yang pertama menyoal.
Terangguk-angguk kepala Ejat. "Entah. Ko nak kemana Lis?" Dahinya sudah berkerut.
Melihatkan pandangan mereka semua padanya, Alice tersenyum lagi. "Sebenarnya, Lis ada benda nak bagitahu kau orang semua." Ucapnya akhirnya.
Masing-masing memandang sesama sendiri. Jarak pula sengaja dirapatkan untuk mendengar bicara Alice.
"Bagitahu apa, Lis?" Zana angkat keningnya, penuh penasaran.
Ejat sentuh dadanya yang kian berdebar. "Nervous pula mak macamni."
Alice pandang satu-persatu wajah teman sekerjanya. Nafas dihela perlahan. "Sebenarnya.. Lis nak berhenti kerja."
"Hah?!" Serentak mereka semua menyoal. Terkejut akan pemberitahuan Alice.
"Tapi kenapa, Lis?" Terbias riak risau di wajah Fatihah.
Terangguk-angguk kepala Wana. "Itulah. Lis dah tak suka kerja sini ke?"
Alice masih lagi tersenyum. Tidak menyangka bahawa pemberitahuannya mampu buatkan mereka semua tertanya-tanya.
"Ke.. Encik Ray yang suruh berhenti?" Tanpa aba-aba, Ejat menyoal soalan tersebut buatkan pandangan mereka semua terarah padanya.
Seketika Zana naik menepuk lengan Ejat. "Apa pula cakap macamtu!" Matanya dijegilkan pada Ejat.
Ejat memuncungkan bibir. Lengannya yang sakit ditepuk Zana diusap beberapa kali.
Terhambur tawa Alice akan ujaran Ejat tadi. Kepalanya digelengkan beberapa kali. "Bukan. Encik Ray bagi je Lis kerja."
Sememangnya sejak dia menjadi isteri Ray, suaminya itu tidak pernah menyuruh dia berhenti. Walaupun secara teknikalnya dia bukannya lakukan kerja yang teruk pun, tetapi Ray masih membenarkan dia berkhidmat di Imperial.
"Habistu?" Ejat angkat keningnya. Kenapa Alice nak berhenti kerja?
Alice kembali tersenyum. "Lis sebenarnya.. dapat tawaran sambung belajar." Beritahunya penuh nada gembira.
Mendengarkan itu, bercahaya terang mata mereka semua. Tidak menyangka bahawa Alice membawa berita baik buat mereka.
Putri menjadi orang pertama yang memeluk Alice. "Tahniah, Lis! Putri dah agak dah!" Ucapnya sambil tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
