49

21.8K 929 85
                                        

BUTANG baju melayu yang terakhir diperbetulkan bersama mata yang melihat pantulan diri dalam cermin. Melangkah setapak ke belakang, tangan Ray naik memperbetulkan kolar baju yang dirasakan sedikit senget.

"Aku rasa macam tak percaya." Kekal sebagai pemerhati daripada belakang, Hun tiba-tiba bersuara.

Carl palingkan wajahnya. "Apa yang kau tak percaya?" Keningnya terangkat sebelah.

Kerling kedua orang temannya itu di belakang, Ray sekadar mendiamkan diri. Namun telinganya tajam mendengar bait-bait bicara mereka.

"Aku macam tak percaya kawan kita dah nak kahwin, Carl." Hun bersuara penuh dramatik. Bahu Carl disentuhnya.

Bibir Carl sudah terukir senyum. "Tahu tak apa. Dulu siapa entah yang cakap dengan aku yang dia takkan kahwin." Carl berpura-pura mengintai Ray dari pantulan cermin.

"Remark, dengan pekerja sendiri." Carl menyambung lagi. Kali ini dengan nada berbisik.

"Aku dengar, Carl." Sambil memperbetulkan sampin pada tubuh, Ray bersuara. Wajah Carl dilihatnya dari dalam cermin.

Terkekeh-kekeh Hun dan Carl tertawa. Dengar pula dia!

"Sabar, sabar. Pengantin tak boleh marah-marah. Nanti hilang seri." Carl kembali mengingatkan Ray soal itu.

Menyedari tentang kata-kata Carl, Ray rasa macam tak percaya bahawa hari ini adalah harinya. Hari dimana statusnya bakal berubah. Hari dimana tanggungjawabnya berubah lebih besar daripada sekarang.

Hari dimana dia dan Alice akan disatukan di dalam satu ikatan yang sah.

Tanpa sedar, bibir Ray sudah terukir senyuman tipis. Sampin yang sudah selesai diikat dipandang dari dalam cermin. Berpuas hati dengan kedudukannya, songkok dari atas meja pula dicapai. Perlahan-lahan songkok itu disarungkan di atas kepala.

Buat kesekian kalinya, penampilannya dipandang dari dalam cermin. Mencari kalau-kalau ada cacat-cela yang tidak dilihatnya. Namun setelah dia pastikan semuanya sempurna, Ray pusingkan tubuhnya ke belakang.

"Macam mana? Okey tak?" Soal Ray pada Carl dan Hun, lebih kepada ingin meminta pendapat. Songkok di kepala ditekan sedikit.

Hun angguk kepalanya laju tanda dia berpuas hati. Manakala Carl pula sudah bergerak menghampiri Ray. Tangan Ray automatik naik memperbetulkan kolar bajunya. Kotlah ada yang tak kena.

Atas bawah Carl menilik tubuh Ray buatkan dahi Ray berkerut sedikit. Apa yang tak kena sebenarnya?

"Semua okey.. tapi.." Sengaja Carl hentikan bicaranya. Tangan sudah dibawa ke dagu.

Terangkat kening Ray ke atas.

"Ada satu benda yang tak kena." Jujur Carl akhirnya.

Semakin berkerut wajah Ray dibuatnya. "Apa dia?" Soalnya.

Carl kian menghampiri Ray. Wajah temannya itu dipandang lama. "Muka kau ni, tak reti senyum sikit ke? Dah macam kena paksa kahwin je aku tengok."

Ray hela nafas penuh kegeraman sebaik sahaja kata-kata Carl menyapa koklea telinga. Ditambah pula dengan tawa Hun yang sudah meledak kuat, nak je dia cekik Carl sekarang ini.

Dia orang berdua memang nak tengok dia gelabah ke?

"Ini kalau aku yang jadi Alice, mahu fikir dua tiga kali nak cakap ya dekat tok kadi." Sengaja Hun menambah buatkan Carl terangguk-angguk setuju.

Tidak mengendahkan kata-kata mereka, Ray kembali pandang dirinya dalam cermin. Wajahnya dipandang agak lama. Teruk sangat ke muka dia kalau tak senyum?

"Itu kau. Bukan Alice." Jawabnya yakin. Bukannya Alice tak biasa tengok muka dia.

Vow Of HopeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang