"AWAK Ray, kan? Teman lelaki adik saya.. Alice?"
Mendengarkan sebaris nama yang disebut itu, Ray akhirnya dapat mengecam siapa gadis di hadapannya tika ini. Gadis ini ialah salah seorang kakak kepada Alice.
Seketika tubuh Ray mula menegak apabila menyedari akan gelaran yang diberikan oleh gadis itu padanya. Teman lelaki? Ha. Ha. Ha. Teman lelaki lah sangat..
'Salah sendiri, Ray! Tak payah nak terkejut sangat.' Kata-kata itu sekadar diluahkan di dalam hati.
"Ya. Betullah tu." Kekalkan riak wajah tidak terkesan, tanpa segan-silu Ray mengaku. Walaupun sekarang ini dia rasa macam penipuan dia sedang makan diri, tetapi tak mengapalah. Teruskan sahaja selagi mampu.
Terukir senyum di bibir Ungku Firyani tatkala lelaki di hadapannya itu menganggukkan kepala. Sangkanya tadi dia sudah salah menegur orang.
"Tengah cari Alice ya?" Soal Ungku Firyani lagi apabila dia kembali teringat akan sebab mengapa dia datang menyapa lelaki itu. Dia yang pada ketika itu baru sahaja keluar dari tandas tiba-tiba sahaja terdetik untuk menegur tatkala melihat Ray seperti sedang mencari sesuatu mahupun seseorang.
Ray terdiam buat beberapa saat. Entah kenapa dia jadi segan tiba-tiba dengan persoalan itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman Firyani padanya.
Tangan naik menggosok leher bagi menghilangkan gusar. "Ya." Harini saja dah berapa kali dia bohong. Tetapi nak buat macam mana? Takkanlah dia nak mengaku dia sedang mencari wad 'bakal bapa mertua' sendiri? Nampak sangatlah temberangnya nanti.
Terlepas tawa kecil dari bibir Ungku Firyani. Agak dah dia. "Alice tak ada cakap ke dia ke mana?" Pelik juga dia sebenarnya. Takkanlah Alice tak inform boyfriend kesayangan kemana adiknya itu ingin pergi.
Lidah Ray bertukar kelu. "Tadi rushing sikit. Tak teringat pula nak tanya." Alasan yang tak berapa nak munasabah itu dia berikan pada Ungku Firyani.
Wajah Ungku Firyani berubah skeptikal. Namun beberapa ketika kemudian tetap sahaja dia mengangguk.
"Kalau macam itu, jomlah ikut saya. Alice tengah temankan papa saya makan dekat atas." Ajak Ungku Firyani akhirnya.
Ray sekadar mengangguk lalu langkah Ungku Firyani itu dibontotinya. Sempat dia hela nafas lega apabila gadis itu tidak lagi bertanyakan apa-apa soalan mengenai hal tadi padanya.
Di dalam suasana hening bertemankan bunyi tapak kaki mereka berdua, tiba-tiba sahaja Ungku Firyani ajukan soalan cepumas. "Dah lama ke kenal Alice?"
"3 bulan?" Balas Ray mengikut perkiraan dia mengenali Alice.
Ungku Firyani mengangguk kepalanya faham. Make sense. Kerana sememangnya sudah 3 bulan lamanya Alice meninggalkan rumah mereka.
"Awak dengan dia teman sekerja ke?" Soalan kedua pula diajukan. Kerana dari gaya Ray berpakaian, dia dapat rasakan bahawa lelaki itu bukanlah seorang yang biasa-biasa. Mungkin seseorang yang punya pangkat yang agak tinggi di pejabat.
Ray diam agak lama. Frasa 'teman sekerja' yang disebut itu buatkan dia tersedar bahawa gadis itu tidak begitu kenal dia siapa. Tetapi tidaklah dia berasa pelik. Sementelah tempoh hari keluarga Alice menganggap bahawa dia adalah lelaki yang 'membela' gadis itu selama ini.
Gumaman perlahan beserta anggukan yang didengari itu buatkan dahi Ungku Firyani berkerut sedikit. Ray ni memang jenis cakap sepatah-sepatah agaknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
