PULANG sahaja daripada Imperial tengahari tadi, Ray perasan tingkah Alice sedikit berbeza daripada kebiasaan. Sampai sahaja di rumah, terus isterinya itu naik ke atas. Sepatah yang dia tanya, sepatah juga yang Alice jawab.
Pada mulanya dia fikir Alice masih bersedih kerana harus menamatkan khidmatnya di Imperial. Jadi dia pilih untuk memberi Alice masa.
Tetapi apabila Alice masih bertingkah seperti itu sepanjang hari, dia jadi tidak senang duduk. Meskipun senyuman masih terukir di bibir Alice tetapi dia tahu ada sesuatu yang sedang cuba Alice sembunyikan daripadanya.
Tetapi apa?
Seketika pandangan Ray terhala ke arah tingkat atas daripada meja makan. Apa agaknya yang Alice sedang lakukan seorang diri di dalam bilik? Sudahlah sewaktu makan tadi Alice cuma menjamah sedikit sahaja makanan.
Tidak betah terus dihuni tanda tanya, segera Ray menuju ke tingkat atas. Bilik tidur mereka ditujunya. Pintu bilik yang tertutup rapat itu dibuka perlahan-lahan sebelum bayangan isterinya yang sedang duduk di atas katil menyapa kornea mata.
Melihatkan sosok tubuh Ray yang melangkah masuk ke dalam, segera Alice tegakkan tubuhnya. Laptop diselesakan kedudukan di atas paha. Tangan pula laju mengelap sisa air mata di pipi.
Tingkah Alice yang nampak kalut itu Ray perhatikan. Langkah dibawa menuju ke katil bersama mata yang memicing. Duduknya dilabuhkan bersebelahan Alice.
"Buat apa ni?" Soal Ray cuba untuk berinteraksi.
Alice telan liurnya. Matanya dipejamkan lama sambil tangan menyelitkan rambut ke celah telinga. "Tengok website kolej." Balasnya perlahan.
Mendengarkan nada serak isterinya, laju Ray palingkan tubuhnya menghadap Alice. Dahinya sudah berkerut seribu. Isterinya.. menangis? Tetapi kenapa?
Perasan akan tingkah Ray, segera Alice sorokkan wajahnya. Sengaja dia palingkan sedikit tubuhnya untuk membelakangi Ray namun laju Ray menahan lengan isterinya.
"Kenapa ni?" Soal Ray penuh nada risau. Sisi wajah Alice yang memerah dapat dilihatnya dengan jelas.
Alice tarik tangannya semula. "Tak ada apalah." Nafinya. Tangan sudah menyorok wajahnya daripada dipandang Ray.
"Jangan tipu. Bagitahu aku kenapa. Siapa buat kau?" Kian melembut nada Ray menyoal. Lengan Alice disentuhnya agar terus menghadapnya.
Suara lembut Ray yang menyapa koklea telinga entah kenapa buatkan Alice tidak jadi untuk berpaling. Sebaliknya wajah Ray dipandangnya dengan bibir yang mencebik. Air mata perlahan-lahan turun membasahi pipi.
Melihatkan air mata yang jatuh ke pipi Alice, laju Ray menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Laptop di atas paha Alice ditutup sebelum diletakkan di atas meja lampu. Belakang tubuh Alice diusapnya beberapa kali.
"Saya rindu ibu saya." Luah Alice akhirnya. Pinggang Ray dipeluknya erat.
Siang tadi dia tidak tahu kenapa dia tiba-tiba teringatkan ibu. Daripada teringat dia jadi rindu. Tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk beritahu pada Ray. Jadi dia pilih untuk pendam seorang diri.
"It's okay. Just let it out. Aku ada." Ray anggukkan kepalanya seraya mengeratkan pelukan. Rambut Alice diusapnya perlahan, cuba untuk menenangkan isterinya.
"Kalau ibu ada sekarang, dia mesti dah bangga dengan saya kan, awak? Finally, saya dapat capai apa yang saya nak." Ucap Alice dibalik pelukan. Air mata gugur lagi di pipi yang sudah sedia basah.
Memikirkan bahawa tidak lama lagi dia akan menyambung pelajaran seperti apa yang ibu harapkan, dia jadi bertambah rindukan ibu. Jika dulu dia pernah gagal sekali, sekarang dia sudah berjaya penuhi kehendak itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
