BAKUL baju di dalam pegangan Alice letakkan di penjuru bilik sebelum dia melangkah keluar. Tangannya refleks menutup mulut saat dia menguap kecil dek rasa kantuk yang tersisa. Itulah. Rajin sangat basuh baju malam-malam.
Pintu bilik dibiarkan tutup tidak rapat sebelum perlahan-lahan Alice melangkah turun ke bawah. Rutin harian yang tak boleh tertinggal: minum air sebelum masuk tidur.
Tatkala langkah kian menghampiri tingkat bawah, dahi Alice naik berkerut melihatkan rumah yang begitu gelap-gelita. Rasanya tadi dia tak tutup pun semua lampu sewaktu dia naik ke atas. Sekarang punya tahap gelap sampai dia nak berjalan pun rasa teragak-agak.
Kekal berpaut pada tiang, tergagau-gagau tangan Alice mencari suis lampu. Namun baru sahaja dia ingin menekan suis tersebut, lampu terlebih dahulu terbuka dengan sendirinya buatkan Alice sedikit terngadah.
"Surprise!" Jerit Tan Sri Alias dan Ungku Firyani serentak dari arah hadapan.
Wajah Alice yang tadinya agak terkejut berubah melembut tatkala melihat wajah papa dan Ungku Firyani. Helaan nafas lega turut sama terlepas dari bibir sebelum dia ukirkan senyuman lebar.
"Papa! Kak Yani! Terkejut Lis tau!" Sambil berkata-kata, Alice melangkah turun dari tangga. Turut diliarkan ke arah sekeliling yang dihiasi dengan belon-belon kecil beserta banner 'Happy Birthday Alice' pada dinding. Tidak dilupakan juga, di tangan Ungku Firyani ada kek bersaiz mini yang terpacak lilin di atasnya.
Dada yang tadinya berdebar kini bertukar pula dengan rasa terharu melihat persiapan ringkas tersebut. Tak sangka pula dia yang mereka berdua berpakat ingin memberikan kejutan padanya. Sangkanya tadi mereka betul-betul sudah masuk tidur kerana papa dan Ungku Firyani benar-benar hilang selepas makan malam tadi.
"Macam mana? Menjadi tak surprise kita orang?" Ungku Firyani angkat keningnya beberapa kali. Tiba-tiba rasa bangga sebab berjaya buat Alice terkejut.
"Menjadi sangat!" Alice ulingkan biji matanya ke atas. Terhambur tawa Tan Sri Alias dan Ungku Firyani yang melihatnya.
"Tapi awalnya kau orang wish! Bukan ada lagi setengah jam ke?" Dahi Alice berkerut pelik. Tak silap dia tadi sebelum dia turun ke bawah, sempat jugalah dia kerling jam pada dinding. Baru 11:30 malam.
Ungku Firyani angkat bahu. Bibir sudah terukir senyuman senget. "Well, we're too special not to wish it earlier. Kan, pa?" Ungku Firyani pandang Tan Sri Alias di sebelah.
Laju Tan Sri Alias mengangguk kepalanya. "Yes! And I guess.. we both made it as the first wisher?" Tan Sri Alias turut tersenyum bangga.
"Obviously?" Balas Ungku Firyani sambil memandang ke arah Alice.
Tidak dapat menahan rasa terharu, terus sahaja Alice menghampiri mereka berdua dan memeluk kedua orang insan kesayangannya seerat mungkin.
"Of course you both will be the first wisher! Always!" Sedikit emosi nada Alice tatkala berkata-kata. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata rasa terharu yang sedang dia rasakan ketika ini.
Tan Sri Alias dan Ungku Firyani turut membalas pelukan tersebut. Terukir senyuman di bibir masing-masing sebelum Alice kembali leraikan pelukan tersebut.
"Selamat hari lahir anak manja papa, Alice Dayana. I couldn't believe you've grown up." Tangan Tan Sri Alias naik mengusap ubun-ubun Alice sambil tersenyum. "Rasa macam tak percaya anak manja papa ni dah 23 tahun. Rasa macam baru semalam papa dengar Lis panggil papa 'papa' for the first time." Sayu nada Tan Sri Alias berkata-kata buatkan air mata Alice bergenang di pelupuk mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
