SENYUMAN ceria automatik terukir di bibir tatkala melihat Aston Martin Ray yang sudah terparkir di hadapan kolejnya. Berlari-lari anak Alice menuju ke arah tersebut sebelum dia melangkah masuk ke dalam.
"Hai, awak!" Ceria suara Alice menyapa.
Bibir Ray turut terukir senyuman tatkala melihat wajah ceria isterinya. "Hai. Macam mana first day? Okey?" Tubuhnya dipalingkan ke arah Alice.
"Okey!" Terangguk-angguk kepala Alice bersama senyuman yang kian melebar. "Seronok sangat kelas harini!" Beritahunya.
"Iya?" Ray masih lagi tersenyum. Ubun-ubun Alice diusapnya beberapa kali sebelum dia kembali menghadap hadapan untuk memulakan pemanduan.
Alice anggukkan lagi kepalanya. Tubuhnya dihadapkan sepenuhnya menghadap Ray yang sedang memandu.
"Saya dah dapat kawan baru tau awak! Nama dia Amani." Mata Alice bercahaya terang tatkala memberitahu hal itu kepada Ray.
Ray kerling isterinya di sebelah. "Sorang je?"
Bibir Alice mengukir sengih. "Haah. Baru sorang." Dia malu sebenarnya nak bertegur dengan yang lain. Tadi pun Amani yang tegur dia dulu.
"Tapi dia baik! Dia duduk sebelah saya tadi." Kepala Alice mengangguk bersungguh.
Ray sekadar tersenyum mendengarnya. Kepala Alice diusapnya beberapa kali. "Tak apa. Nanti lama-lama ramailah tu kawan kau."
Alice sekadar mengangguk. Lagipun baru hari pertama. Masih banyak lagi masa untuk dia suai kenal dengan teman-teman sekelasnya.
"Ni dah makan belum?" Ray angkat keningnya pada Alice.
Laju kepala Alice mengangguk. "Dah. Tapi saya lapar lagi." Alice ukir sengih comel buatkan Ray tertawa.
"Okey. Kita pergi makan dulu lepastu kita balik." Ray kerling ke arah Alice yang sudah mengangguk.
"Tapi kita balik penthouse tau sebab aku ada kerja." Beritahunya terlebih dahulu.
"Okey!" Alice ukir senyuman yang lebih lebar. Bolehlah dia singgah jumpa Aspalela dan rakan-rakan sekerjanya sebentar nanti!
Melihatkan Alice tersenyum, Ray turut sama tersenyum. Sempat dia cuit hidung Alice buatkan Alice tertawa kecil.
MELANGKAH masuk ke bilik tidur mereka, bibir Rah mengukir senyum melihatkan sosok tubuh isterinya yang nampak nyenyak tidur di atas katil. Perlahan-lahan, langkahnya dibawa menghampiri Alice sebelum dia berhenti betul-betul di hadapan katil.
Seketika kepala Ray tergeleng sambil tersenyum apabila melihat gaya Alice tidur. Tadi waktu makan malam bersama, Alice ada mengadu bahawa dia sedikit penat hari ini. Nampaklah gaya orang penat tidur tu!
Tundukkan wajah, ubun-ubun Alice diusapnya sebelum dia daratkan ciuman di atas dahi Alice. Tidak dilupakan juga, selimut ditarik untuk menyelimuti isterinya.
Tutup segala suis lampu dan meninggalkan cuma lampu meja, Ray melangkah menuju ke bilik kerjanya. Masih ada beberapa kerjanya yang belum selesai sejak petang tadi.
Namun tatkala pintu bilik tersebut baru sahaja ditutupnya, kedengaran ketukan dari arah luar. Bersama dahi yang sudah berkerut seribu, Ray kuak kembali pintu bilik kerjanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
