Bali, Indonesia.
SENYUMAN lebar tidak lekang daripada bibir Alice sejak mereka turun daripada kapal terbang tadi. Rasa takutnya sudah digantikan dengan rasa teruja sebaik sahaja mereka mendarat di bumi Bali.
Bersama tangan yang berada di dalam genggaman Ray, mereka melangkah menuju ke resort yang bakal menjadi tempat tinggal mereka untuk beberapa hari ini. Lengan Ray dipeluknya erat sebelum pandangan mereka berlaga.
Terbentuk senyuman di bibir Ray melihat keterujaan Alice. Genggaman tangan isterinya kian dieratkan bersama langkah yang kian diteruskan.
Seketika Ray berhentikan langkahnya sebaik sahaja melihat bilik bertanda 172. Access card di tangan dihalakan pada pad kekunci sebelum detingan bunyi kedengaran. Perlahan-lahan, pintu tersebut dibuka luas.
Turut mengekori Ray, pandangan Alice meliar ke sekeliling resort tersebut. Matanya kian bercahaya melihat betapa cantiknya tempat yang dipilih Ray untuk percutian mereka kali ini. Sungguh, dia sangat sukakannya!
"Macam mana dengan resort ni? Kau suka?" Ray palingkan wajahnya menghadap Alice di sebelah. Sisi wajah isterinya yang sedang tersenyum menjadi santapan mata.
Laju Alice berpaling menghadap Ray. "Suka! Cantik sangat resort yang awak pilih ni!" Senyumannya kian melebar.
Ray turut sama tersenyum. Tangan Alice masih digenggam lalu dibawa menuju ke arah sliding door yang langsirnya separa terbuka. Alice kekal membontoti langkah suaminya sebelum pandangannya terarah pada luar kawasan. Matanya membulat teruja.
Ada pantai! Di hadapan resort mereka!
Lepaskan pegangan tangan mereka, Alice hampiri sliding door tersebut sebelum ia dibuka sepenuhnya. Seketika angin sepoi-sepoi bahasa mula menyapa wajah Alice buatkan dia memejamkan mata. Menikmati angin bumi Bali.
Melihatkan tingkah Alice itu, Ray turut sama bergerak menghampiri isterinya. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket sebelum tubuhnya diberhentikan di sebelah Alice. Riak wajah isterinya yang sedang teruja dipandangnya tanpa jemu.
"Awak! Jom kita jalan-jalan dekat pantai!" Pusingkan tubuh menghadap Ray, Alice sentuh lengan lelaki itu. Wajah Ray dipandang dengan mata yang berkelip.
"Jom." Ray anggukkan kepalanya buatkan senyuman Alice kian melebar.
Tangan Ray digenggamnya erat seraya mereka berjalan perlahan-lahan menyulusuri kawasan persisiran pantai. Sesekali angin petang yang menyapa buatkan rambut Alice kian berterbangan.
Kian menghampiri pantai, sengaja Alice lepaskan genggaman tangan Ray. Langkahnya pula sengaja dilajukan, meninggalkan Ray seorang diri di belakang. Sengihan kecil terbit di bibirnya tatkala melihat pandangan tajam Ray padanya.
Kedua belah tangan didepakan, tubuh pula dipusingkan beberapa kali. Mata dipejam rapat menikmati suasana pantai.
Ray yang kekal menjadi pemerhati menyimpan senyum. Langkah Alice yang sudah semakin jauh meninggalkannya disaingi dalam diam. Dan tatkala dia tiba di belakang Alice, tubuh isterinya itu dicempungnya buatkan jeritan kecil Alice kedengaran.
Secara automatik, tangan Alice naik memeluk leher Ray apabila kakinya tidak lagi memijak tanah. Wajah Ray yang sedang tersenyum ke arahnya dipandang dengan bibir yang memuncung.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romantizm[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
