TAMAT sahaja kelas pada petang itu, segera Alice kemas segala barangannya. Jam pada dinding sempat dikerlingnya. Nampaknya hari ini kelas dia habis lebih awal daripada kebiasaan.
Galas beg pada bahu, segera dia buka langkah untuk keluar. Sempat tangannya dilambaikan pada Amani yang sudah berura-ura ingin mengambil laluan sebelah kiri untuk menuju ke librari.
"Bye, Amani! Jumpa esok!"
"Okey, Lis! Hati-hati jalan!"
Alice sekadar tersenyum. Telefon bimbit dari dalam poket dikeluarkan bersama kaki yang bergerak perlahan-lahan menuju ke pintu pagar. Mesej daripada Firyani yang terlihat pada skrin ditekannya.
+ Kak Yani dah on the way.
Hari ini Ungku Firyani yang akan mengambilnya kerana Ray punya meeting penting di luar daerah. Sudah menjadi rutin kakaknya untuk mengambilnya jikalau Ray tidak sempat. Lebih-lebih lagi dengan jadual kelasnya yang tidak menentu.
Sementara menunggu, Alice labuhkan duduknya pada sebuah pondok bersebelahan guardhouse. Kereta dan motor yang lalu-lalang kekal diperhatinya sambil mata yang sesekali mengerling ke arah jam.
"Alice."
Sedang dia bermain dengan telefon bimbit, tiba-tiba namanya kedengaran diseru dari arah tepi. Kening sudah berkerut apabila suara yang menyeru itu seperti dikenalinya. Perlahan-lahan kepalanya dipaling sebelum tubuhnya menegak.
Di hadapannya kini terlihat sosok tubuh Ungku Farhana yang sedang tersenyum ke arahnya. Liur yang terasa perit ditelan. Apa yang kakak tirinya itu lakukan di sini? Dan bagaimana Farhana tahu dimana keberadaannya?
"Kak Hana. Buat apa dekat sini?" Senyuman tawar cuba untuk diukirnya buat Farhana.
Ungku Farhana menunduk buat seketika. Dari gaya Alice memandangnya tadi tahulah dia bahawa Alice tidak selesa dengan kehadirannya.
"Kalau Kak Hana nak cakap dengan Lis sekejap boleh?" Pinta Ungku Farhana setelah beberapa ketika. Lembut nadanya dengan senyuman di wajah.
Alice terdiam. Wajah Farhana di hadapannya ditatap untuk jangka masa yang lama. Mengapa Farhana ingin berbicara dengannya? Bukankah semuanya sudah jelas apa yang berlaku di rumah papa tempoh hari?
Dia tak tahu kenapa dia rasa sedikit teragak-agak dengan kehadiran Farhana. Lebih-lebih lagi dengan pesanan Ray padanya tempoh hari untuk tidak lagi memikirkan tentang orang-orang yang tidak penting di dalam hidupnya.
"Sorry, Kak Hana tapi Lis baru teringat yang Lis ada discussion dengan kawan dengan librari." Bangkit dari duduk, Alice berpura-pura memberi alasan. Beg galasnya dicapai bersama langkah yang ingin dibawa pergi.
Namun tidak sampai beberapa tapak, suara Ungku Farhana kembali kedengaran buatkan Alice berhenti bergerak.
"Lis, tolong.. sekali ni aje Kak Hana nak jumpa Lis. Kak Hana janji lepasni Kak Hana takkan ganggu Lis lagi. Kak Hana dah nak pergi jauh Lis.." Rayu Ungku Farhana bersungguh-sungguh. Wajahnya juga jelas berharap agar Alice mampu memberinya peluang untuk kali ini sahaja.
Sekali lagi Alice terdiam. Mendengarkan suara penuh rayuan Ungku Farhana entah kenapa buatkan dia rasa sesuatu. Dan sesuatu itu nampaknya berjaya meruntuhkan benteng yang cuba dia bina tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Vow Of Hope
Romance[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam...
