.....Pagi yang cerah,
Aku mula bosan menonton televisyen yang asyik menyiarkan rancangan yang sama sahaja.
Tatkala itu, aku mencapai telefonku yang sedang dicas. Kakakku tiada di rumah memandangkan dia keluar bersama bakal suaminya untuk membeli baju pengantin.
Aku harap sangat Mikail dapat jaga kakak aku sebaik mungkin, desis hatiku kerisauan.
Aku membuka laman facebook untuk melihat notifikasi yang mungkin ada.
"Banyaknya! Hampir 200 ratus lebih."
Al-maklumlah, sudah lama aku tak cek facebook aku.
Banyak mesej daripada kawan aku waktu zaman sekolahlah.
Mataku tertancap ke arah mesej yang sangat ku kenali.
My oppa!
Sender: Abang Cun
Sara dah balik Malaysia kan? Nanti abang balik rumah ibu. Lagipun anak abang ni dah tak sabar nak jumpa makcik dia.
Luv u adik....
Aku sudah gelak terbahak bahak sambil menekan perutku.
Apa kena abang aku ni....jiwang sangat....!!!
......
"Mira nak tema apa untuk perkahwinan kita nanti." Mikail merenung wajah kekasihnya sedalam mungkin.
Ya! Perempuan inilah yang telah berjaya mengubah dirinya daripada seorang playboy kepada seorang lelaki sejati.
"Mira tak kisah Mikail asalkan hubugan kita sentiasa kekal." Mira tersenyum saat dia mengucapkan ayat sebegitu. Rasa merah muka seketika.
Betapa bahagianya Mikail dengan ayat yang baru dilafazkan oleh pujaan hatinya itu.
"Kalau gitu biar abang yang pilihkan."
......
Malam itu,
Esok kakak aku akan kahwin. Kenapa tiba tiba aku rasa jealous? Jangan cakap yang aku dah tersangkut dengan mamat tu.
Aku menatap gambarku dan kakakku sewaktu di New Zealand dahulu.
Adik sayang akak. Adik doakan semoga akak bahagia di sisinya, bisik hatiku dan tanpa disedari sedikit air mataku mengalir.
Aku membuka semula diariku sewaktu di sekolah menengah. Coretan tersebut benar benar membuatkan aku takut untuk mempercayai terhadap seorang insan yang bernama LELAKI!!!
Kejadian sewaktu dulu asyik terimbau kembali hingga membuatkan aku terlena dengan sendirinya.
......
"Adik dah tidur ke?" Aku memboloskan diriku ke dalam bilik adikku setelah aku sudah selesai menyiapkan hantaran bersama ibu dan saudara maraku yang lain di tingkat bawah.
Kelihatan Maisara sudah tertidur sambil memeluk sesuatu yang sangat mencurigakan. Ia seperti sebuah buku.
Aku dengan perlahan menghampiri adikku supaya dia tidak terjaga dengan derapan kakiku lalu aku pun mencapai buku tersebut.
Diari! Pelbagai soalan mula bermain di benak fikiranku.
Aku pun membaca satu persatu coretan hati adikku.
19 April 2011
Hensemnya lelaki tu! Lelaki itu yang telah berjaya mencairkan hatiku. Indahnya dunia. Tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan dekat dia. Tapi kawan aku, Nina nak sangat aku cakap dekat lelaki tu.
Aku tersenyum keseorangan. Jiwang betul adik aku ni. Tak sangka akak....!!!
20 April 2011
Nina bagitahu aku yang dia nak jumpa aku. Rasa berdegup jantung aku bila crush aku nak jumpa aku sendiri.
OMG! He invites me to date with him. I can't believe it!!!
Aku harap sangat aku dapat berhadapan dengan dia sebaik mungkin and tak nervous macam selalu.Entah kenapa tiba tiba dada aku berdebar nak tahu siapa kekasih hati adik aku ni.
21 April 2011
Betapa kacaknya dia malam itu. Sungguh aku berkali kali jatuh cinta dengan seniorku sendiri.
Mata dia asyik tengok aku je dari tadi. Haish, ni yang tak senang nak duduk ni.
Dia perkenalkan diri dia. Oh! Tengku Mikail Isyraf. Anak Tengku rupanya dia ni. Still single and available dia cakap.
Aku tergamam. Tengku Mikail Isyraf. Bakal suami aku.
Selama ni adik aku dah pernah kenal dengan dia. Entah kenapa hatiku bagaikan dirobek sembilu.- Dia ajak aku pergi rumah mama dia. Mula mula aku segan tapi dia cakap dia nak sangat aku jumpa mama dia. Aku pun setujulah.
Sampai2 mama dia sambut aku baik sekali. Sampai segan dibuatnya.
Rupa rupanya, mama dia nak aku jadi tunang Mikail but its too earlier. Aku pun baru kenal je dengan Mikail ni. Dia paksa aku. Aku jenis perempuan yang tak suka dipaksa.
Aku cakaplah yang aku tak bersedia lagi nak bertunang. I'm still young! Aku ambil keputusan untuk pulang sendiri.
Memang aku suka dia tapi aku tak bersedia lagi nak jadi tunang dia.
Sejak hari tu aku dah tak bertegur sapa dengan dia walaupun aku tahu dia banyak kali minta maaf dekat aku.
Memang aku rasa bersalah. Aku bukan tak mau terima tapi aku takut kalau aku dipermainkan.
Tanpa disedari, air mataku mengalir laju. It seems like aku jadi perampas kekasih adik aku sendiri.
Aku mendekati adikku dengan perlahan. Dalam samar samar cahaya, aku dapat lihat mata adik aku seperti sembab.
I knew she cried!!!
Perlahan lahan aku mencium dahi adik aku.
"Maafkan akak kalau akak dah rampas kebahagiaan adik selama ni."
Aku akan cuba untuk menjauhkan diri terutamanya daripada Mikail.
"Mira sayang Mikail. Mira harap abang dapat jaga adik Mira sebaik mungkin.
Aku pun keluar meninggalkan adikku dengan satu tekad yang baru.
Rasa rasanya apa yang Mira akan buat kan? Hope so janganlah dia buat sesuatu yang tak diduga.
To be continued....
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...