Bab 61

3.4K 133 12
                                    

.......

"Kenapa Ina diamkan hal seperti ini? Saya tak penting ke untuk tahu hal anak saya dengan menantu saya." Suaranya kedengaran amat kecewa dengan apa yang terjadi.

Patutlah bila dia tanya Mikail semalam, anaknya itu macam tergagap-gagap tak tahu nak jawab apa.

Puan Zalina dan Mira masing-masing mendiamkan diri. Mereka rasa amat bersalah. Datin Rosmizah juga perlu tahu tentang perkara ini.

"Maafkan saya Rosmizah. Ina tak tahu nak cakap macam mana? Ina sangka mereka boleh selesaikan masalah. Tapi tak sangka sampai teruk macam ni jadinya." Puan Zalina menghampiri besannya itu.

"Habis mana Sara?" Datin Rosmizah memalingkan wajahnya.

Pucat dan lesu wajah si Puan Zalina ingin menjawab soalan yang sangat cepumas itu.

"Dia dah bawa diri ke Melbourne." Terkejut terus si datin sebelum dia merebahkan dirinya di atas lantai kerana tak sangka sampai begini sekali jadinya.

......

Sara pov

"Macam mana kau tahu yang aku nak datang Melbourne?" Drastik hingga menyebabkan Heliza terpaksa meletakkan sudunya.

"Okay macam ni. Kakak kau yang inform aku. Dia cakap kau datang sini untuk bekerja dan kerana hal lain juga. Tapi dia tak beritahu sebab dia cakap dia nak kau cerita sendiri dekat aku. Dia nak aku jaga kau." Aku mengeluh. Kenapalah kakak perlu buat semua ni?

"Sekarang ni aku nak tahu, apa yang berlaku dekat kau sebenarnya? Takkanlah suami kau tak tahu kau datang sini."

Aku membisu. How I want to start?

"Sebenarnya orang yang jadi suami aku ialah Mikail." Terus tersedak si Heliza. Dahlah dia duk hirup air oren tu.

"Eh kau ni dah kenapa? Sampai tersedak." Aku berleter.

"Oh my God. Crush aku waktu dekat sekolah ke? Ya Allah tak sangka kau kahwin dengan dia. Macam mana kau jumpa dia?" Dah start dah keterujaan dia tu.

Aku pun mula bercerita satu-satu untuk buat dia faham dengan keadaan aku sekarang.

Beberapa minit kemudian,

"Kenapa dia kejam sangat Sara? Apa salah kau sampai dia kena main kayu tiga! Haih! Kalau aku ada dekat sana, aku dah patah-patahkan tulang dia." Merengus wajah molek itu. Aku tersenyum. Masih tak berubah perangai ganas dia ni.

"Mungkin jodoh aku dengan dia tak berpanjangan. Dan mungkin dia dah jumpa orang yang sesuai dengan dia. Aku terus dilupakan lah." Aku berserah.

"Kau ni baik sangat Sara. Kau mudah biarkan orang pijak kepala kau sesuka hati. Hish! Kalau akulah....tak tahu apa jadi dekat Mikail. Habis anak kau ni macam mana? Takkan kau nak bela dia tak berbapa!" Aku termangu.

"Sebenarnya aku cakap dekat dia anak kami dah mati." Aku perlahankan suara aku.

Terus membulat mata si Heliza.

"Ya Allah Sara! Takkan kau sanggup tipu dia. Aku tahulah dia tu jahat. Tapi kau tak patut buat macam tu." Heliza memegang tanganku.

"Aku waktu tu terlalu marah Iza. Aku tak boleh fikir apa. Yang aku rasa hanya kemarahan dalam jiwa aku ni. Aku nak dia rasa penderitaan yang aku rasa juga." Aku menahan tangisan.

"Sara, walau apapun yang terjadi, kau perlu cerita perkara yang sebenar. Kesian dia. Mungkin dia masih menyalahkan diri dia kerana telah membunuh anak sendiri padahal bukan terjadi pun." Aku membisu.

"Entahlah hati aku ni dah terlalu sakit Iza. Kalau ada jodoh,adalah. Kalau takde aku reda." Heliza menggelengkan kepalanya.

Kenapalah degil sangat sahabatnya ni?

......

Mikail pov

Aku memarkir kereta ku di hadapan rumah mummy. Aku tekad aku perlu berterus terang tentang apa yang telah terjadi antara aku dan Sara.

Ditekannya punat pintu di bahagian luar rumah. Kelihatan seorang anak kecil berlari keluar dari muka pintu ke arahku.

"Yeay Pak Su datang!" Apabila pagar terbuka terus diterjahnya aku sebelum dipeluk erat tubuhku. Aku tergamam.

Lah Aina rupanya. Anak saudara aku. Patutlah tengok ada kereta lain di hadapan rumah.

"Dari jauh aku nampak wajah kak Medina di muka pintu.

"Bila kak sampai?" Aku menghampirinya lalu bersalam. Tapi muka dia agak keruh.

"Baru sampai. Aina come to mummy." Aku lihat wajah kak Medina seperti acuh tak acuh sahaja berbicara dengan aku.

"Aina miss paksu mummy." Aina erat memeluk lehernya. Aku tersenyum. Comelnya dia. Tiba-tiba dia teringat pula kepada anak dia. Kalaulah dia bahagia dengan Sara, mesti anak dia pun comel begini.

"Mummy said no! Come here!" Suaranya sedikit keras membuatkan Aina sudah mencebikkan bibirnya.

"Kakak jangan marah dia." Terus ditarik tubuh Aina dari dukunganku. Aku terpana.

"Kau pergi masuk dan jumpa mummy. Ada hal yang perlu diselesaikan." Satu perasaan takut mula menjalar dalam hati aku. Jangan kata yang mummy dah tahu.

Aku melangkah masuk dan kelihatan mummy sedang tekun melayan drama di televisyen.

"Erk....mummy sihat?" Aku menghampirinya. Dia memalingkan wajah dan terus ditamparnya pipi aku.

Aku menahan sakit.

"What you have done Mikail? Mummy tak pernah ajar anak mummy untuk buat perempuan sesuka hati!" Ditengkingnya aku.

Kini aku tahu dia sudah tahu tentang apa yang berlaku.

"Mummy,maafkan Mikail. Mikail tak tahu pun semua ni jadi." Aku terus duduk memeluk kakinya.

Buat pertama kali aku melihat mummy mengangkat tangannya terhadap aku.

Matanya merah menahan tangisan.

"Apa salah Sara sampai kamu sanggup halau dia? Dia sedang sarat mengandungkan anak kamu. Mummy rasa kecewa sangat. Kamu dah janji nak jaga dia dengan baik kan." Datin Rosmizah terus duduk sambil mengesat air mata yang bercucuran jatuh ke pipi.

Dia sungguh kecewa dengan anak lelakinya. Manakala kak Medina hanya menyaksikan drama tersebut. Dia juga tak sangka yang adiknya akan bertindak sampai begitu sekali.

"Mikail kena sihir pemisah mummy. Ini semua perbuatan Liyana yang merancang untuk pisahkan kami berdua." Berderai-derai air mata Mikail mengalir.

"Sihir pemisah? Siapa Liyana tu?" Wajah Datin Rosmizah sudah berubah.

"Dia merangkap pembantu Mikail di pejabat. Keluarga dia berhasrat nak hancurkan Sara sebab mereka berdendam dengan keluarga Sara. Jadi mak dia gunakan Liyana untuk pikat Mikail." Satu-satu diterangkan kepada mummynya.

"Ya Allah! Kenapa semua ni jadi begini?" Dia terasa sesak nafasnya.

"Ya Allah kesian menantu aku!" Datin Rosmizah menahan esakan.

"Kita kena cari Sara semula. We have to tell her the truth." Kak Medina bersuara.

"Akak tolong Mikail. Mikail dah banyak lukakan hati Sara. Tambah-tambah dengan kandungan dia." Mata Datin Rosmizah terus terarah ke anaknya itu.

"Kenapa dengan cucu mummy?" Dia dah rasa lain. Jangan apa-apa kan cucuku ya Allah!

"Mikail dah bunuh anak Mikail sendiri." Ya Allah! Terus tak sedar dirinya kerana jatuh pengsan di atas lantai buat kali kedua.

Benda terakhir yang dia dengar hanyalah jeritan kedua-dua anaknya itu.

"Mummy!!!" Seluruh pandangannya gelap. Ya Allah tolong jaga menantu aku!

........

TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now