Hari ini ialah hari terakhir aku di hospital. Doktor kata aku dah boleh balik.Tatkala aku mengemas begku, pintu dibuka dari luar.
Ku sangka ibuku malah sangkaanku meleset sekali kerana lelaki itu yang datang.
"Awak buat apa kat sini?" Aku memandangnya.
Aku terkejut tatkala dia terus memeluk tubuhku erat. Tergamam!
"Abang rindukan Sara. Do you miss me?"
Aku menolak tubuhnya.
"I'm not sure about that."
"Takpalah. Abang akan tunggu sampai Sara tahu cerita sebenarnya."
Aku hanya berdiam diri sahaja.
"Ibu suruh abang bawa Sara pulang sebab ibu balik kampung."
"What?" Mataku terbeliak.
"Kenapa? Sarah tak suka ke? Kita kan dah kahwin. Takpalah duduk sekali."
"No, saya takkan duduk dengan awak. Awak bukan siapa siapa bagi saya." Aku memarahinya walaupun aku tahu hatinya tersinggung dengan kataku.
Dia terus mengangkat begku dan keluar dari bilik tanpa menghiraukan aku.
Aku pula yang tersentap!
.....
"Itu bilik kita." Jarinya menunjuk ke arah sebuah bilik masterbedroom yang besar. Anak orang kaya rupanya dia ni.
Saya nak bilik asing kalau boleh."
"Tapi kenapa?"
"Plese understand me!" Aku terus menuju ke sebuah bilik yang kosong.
Ya Allah! Kau kuatkanlah hatiku. Aku tahu aku patut terima hukuman sebegini. Aku reda....
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...