Bab 35

5.1K 129 11
                                    


.......

Dua bulan kemudian,

Sudah seminggu Mikail pergi ke outstation di London. Katanya ada hal syarikat yang perlu diselesaikan di sana.

Aku termenung seorang diri di halaman rumah ibuku. Mikail mengarah aku untuk duduk bersama ibuku sewaktu ketiadaannya. Katanya risaulah, apalah....haih!

"Sara...." Lamunanku terhenti tatkala ibu memecah kesunyian yang melanda diriku ketika ini.

Aku tersenyum sambil tanganku menarik kerusi bersebelahanku untuk ibu duduk.

"Mika tak call ke?" Ibu memandangku dengan wajah yang lembut.

"Dia dah call tadi pagi. Dia cakap ada meeting. Nanti malam dia call balik." Aku membalas sambil tanganku masih memegang telefonku.

Ya Allah betapa rindunya aku kepada Mikail. Rindu segala tentangnya. Sentuhannya, manjanya, degilnya....semualah! Apalah abang dah buat dekat Sara.

Masing masing mendiamkan diri sehinggalah ibu bertanya kembali satu soalan yang tak diduga.

"Sara tak da isi ke? Dah dekat 5 bulan kahwin tapi masih tiada apa apa ke? Ibu bukan apa tapi ibu teringin nak timang cucu di kala ibu masih hidup ni." Ibu memegang tanganku.

Aku mengeluh. Bukan tak da tapi aku pun tak tahu....

Sejak kebelakangan ni, aku asyik muntah...pening kepala....sakit belakang....

"Ibu period Sara tak stabil. Patutnya bulan ni datang tapi tak datang." Senyuman mula terhias di wajah tuanya.

"Kalau macam tu Sara pergilah buat check up. Mana tahu kalau ada baby dalam ni. Esok ibu teman Sara ye?" Perutku diusapnya lembut. Aku tersenyum. Ibu memeluk bahuku sambil kami berdua menikmati keindahan alam di waktu petang memandangkan rumah ibu terletak di atas bukit.

......

Lapangan terbang Busan sesak dengan orang ramai. Aku duduk di sebuah kerusi panjang berhadapan kaunter pemberian pasport.

Mataku meliar mencari kelibat Hyuna yang sedari tadi mengatakan sudah hendak sampai ke lapangan sebelum aku bertolak pulang ke Malaysia.

"Chingu~ya". Suara yang sangat dikenaliku datang dari arah belakang.

Aku memalingkan wajahku dan ternyata Hyuna datang bersama Mark. Ya Mark!!!

"Chingu, nanti kita tidak jumpa lagi. Bila kau nak datang sini?" Matanya sudah berair. Aku tersenyum. Sesekali mataku terarah kepada Mark yang masih mendiamkan diri. Mark, please say something.

Aku meraih Hyuna ke dalam pelukanku. Aku mengusap belakangnya.

"Don't worry dear. I will come back for you. Tapi aku tak janji bila aku akan datang sini. Sebab aku rasa aku dah tak diperlukan pun di sini." Aku berasa sebak kerana Mark masih tidak mengeluarkan kata kata. Aku takut aku tak sanggup tinggalkannya.

Hyuna mengeratkan pelukan kami berdua.

"Apa kau cakap? Kami masih perlukan kau. You are my friend. Someone needs you hardly. In his life. No one cannot get rid of you from him." Aku terkesima.

Pelukan kami dileraikan. Aku mengesat air mataku.

Di kala itu, sebuah panggilan dari kapal terbang yang akan ku naiki memanggil para penumpang untuk menunggu di gate.

"Aku pergi dulu. Jaga diri ya. Nanti aku skype kau. Kau jangan nakal nakal!" Aku mencubit pipi Hyuna.

Mark setia memandangku. Aku mengalah. Biarlah dekat dia. Aku dah pasrah jika dia memang menginginkan aku pergi.

Tatkala aku mula melangkah, tanganku diraih oleh seseorang membuatkan wajahku terpaling ke belakang. Ternyata Mark sedang memandangku dengan matanya yang sangat merah menahan sebak. Dia menangis!

"Mira, please don't leave me!" Suaranya seakan merayu. Lututku lemah. Apa yang aku perlu buat? Aku rindukan keluarga tetapi pada masa yang sama hati aku mula terpaut pada Mark.

Dia merapati aku lalu pergelangan tanganku diambilnya sebelum tangannya meletakkan seutas rantai emas ke atas tapak tanganku.

"Ni rantai yang saya simpan sejak dulu lagi pemberian omma saya. Saya ikhlas bagi dekat awak. Kalau awak rindu saya, just look at this thing." Mark mengenggam tanganku erat.

Air mataku mengalir lebat.

"Mark, kenapa awak buat begini dekat saya? Kenapa awak tidak mampu buat saya lupakan awak?" Aku menumbuk dadanya berkali kali. Tolonglah...kau dengan dia berbeza agama.

Dia terus meraih aku ke dalam pelukan. Dia mencium ubun ubunku bersama linangan air mata.

"Mira, I love you so much! I akan datang Malaysia with my parents untuk meminang you. Wait for me!" Dia melepaskan tubuhku.

Aku kaget. Dia nak meminang aku.

Aku mengangguk. Terus dia melepaskan aku pergi.

Bismillahirrahmanirrahim! Aku memulakan perjalananku dengan harapan yang baru apabila tiba di Malaysia.

Saya tunggu awak, Mark!

......

Aku keluar dari bilik air dengan berkemban setelah selesai membersihkan diri.

Losen di atas meja solek ku capai untuk menyapu ke tubuhku.

Selalunya setiap malam Mikail yang akan sapu losen ni dekat badan aku sebab dia kata ini satu tugas wajib untuk dia buat dekat aku. Ingat aku tak tahu yang dia maksudkan lain.

Maklumlah dapat lelaki miang macam tu tak boleh dilayan sangat.

Bathrobe yang tersangkut di penyidai tuala dicapai lalu disarungkan ke tubuhku yang masih lembap.

Tatkala itu, telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk.

Aku melihat nama yang tertera pada skrin fonku sebelum sebuah senyuman menghiasi bibirku.

"Hello sayang!" Ah! Gemersik sungguh suara ini. Aku rindukan tuan punya badan.

"Abang bila nak balik?" Aku menyintal rambutku.

"Aik rindu ke orang di sana." Dia menguji kesabaranku lagi.

Aku mencebik

"Yelah tahulah abang tak rindu kita ni. Oklah Sara nak tutup fon!" Aku memasamkan wajahku.

Tatkala itu,

"Sayang......." Tak jadi nak tutup bila suara dia dah berubah romantik gitu.

"Abang dah macam orang separuh gila sebab nak jumpa sayang. Malam abang tidur tak da orang teman. Selalunya abang peluk sayang ketat ketat. I miss you dear." Dia mengadu. Aku tersenyum.

Indahnya alam perkahwinan!

"Nanti abang balik Sara bagi layanan yang paling istimewa dekat abang ye." Aku senyum seloroh. Saja nak usik. Tapi aku tak tahu pula yang dia ambil serius.

"Okay abang akan tuntut. Kalau sayang tak nak bagi, abang paksa juga." Ah sudah! Dia dah bagi amaran.

"Erk....." Tak mampu nak cakap apa.

"Okay sayang abang nak tidur dulu. Esok ada meeting dengan client. Nanti abang call balik ye. Bye dear. I love you!"

"I love you too.....!!!" Aku mematikab panggilan.

Aku mengeluh. Benarkah aku mengandung? Adakah Mikail akan seronok dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami?

Lalu aku pun terlelap dalam keadaan berbaju bathrobe.

.......






TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now