Bab 52

2.7K 103 22
                                    

........

Sara pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara pov

Aku membaringkan tubuhku dengan perlahan ke atas katil setelah aku terlihat mesej yang dihantar oleh seorang wanita terhadap suamiku.

Aku cuba memejam mataku apabila aku terdengar pintu bilik air dibuka dari dalam membuktikan bahawa dia sudah selesai membersihkan dirinya itu.

Aku mengiring ke sisi katil tanpa terdetik untuk baring menghadap dirinya yang sudah menghenyakkan punggungnya di atas katil bersebelahan ku.

Aku dengar dia mengeluh. Mungkin dia sudah baca teks yang dihantar oleh teman wanitanya itu.

Aku mendiamkan diri sahaja tanpa berniat untuk bertanya tentang mesej tersebut kerana aku percaya kalau betul dia menyayangi aku, dia akan cakap dekat aku sendiri.

"Kau dah baca mesej tu ke?" Soalan itu menusuk ke jantungku.

Aku masih membisu. Terdengar keluhan kecil lagi dari bibirnya.

"Aku lelaki. Dan aku boleh buat apa yang aku nak. So kau jangan expect yang aku tak boleh cari lain untuk gantikan kau." Aku tersentak.

Sampai begitu sekali ke dia membencikan aku. Aku sebak. Air mata please jangan turun.....

Aku mula bangun dengan perlahan. Dia memalingkan wajahnya menghadap aku sambil memegang iphone nya itu.

Aku memberanikan diri untuk memegang tangannya. Ya! Tangan aku sejuk sebab aku takut.....

"Kenapa abang benci Sara sampai begini sekali? Mana janji-janji abang dulu? Abang dah tak sayangkan Sara ke?" Aku menahan getaran di jiwa.

Dia masih memandang aku tanpa bibirnya tidak mahu mengeluarkan sepatah perkataan pun.

"Aku tak tahu. Dan aku tak mahu jawab soalan macam ni. Dah! Aku nak tidur. Esok Mira nak kahwin kan?" Dia menarik tangannya lalu terus baring menghadap ke arah lain meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

Aku buntu. Dia selalu mengelak untuk bercakap tentang hubungan kami. Apa lagi yang aku boleh buat dengan suami aku?

.......

Mira sedang menunggu di dalam bilik untuk dirinya dihias oleh mak andam.

Sesekali dia membelek dirinya yang sudah dipakaikan baju pengantin itu.
Dia tersenyum.

Hhmm! Aku dah nak kahwin dah.....

Tuk!tuk!tuk!

Pintu bilik diketuk.

"Masuk!" Terjengul kepala Sara di sebalik pintu itu.

"Adik!" Dipeluknya terus tubuh Sara dengan erat bagai melepaskan rindu yang teramat.

"Aduh! Sakitlah perut Sara." Sara mencebikkan bibir. Mira tersenyum. Adik dia memang selalu manja dengan dia.

"Kenapa Sara tak datang malam semalam? Kakak baru nak suruh Sara letak inai dekat kakak." Mira bertanya. Sara terdiam seketika.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now